icon TROLL facebook chat

nie icon troll tuk facebook chat korang, comey-comey semuanya
korang just copy code troll nie and then pastekan ke chatbox fb korang

[[171108522930776]]
[[164413893600463]]
[[218595638164996]]
[[189637151067601]]
[[129627277060203]]
[[227644903931785]]
[[100002752520227]]
[[105387672833401]]
[[100002727365206]]
[[224812970902314]]


nie troll tak elok skit, sila abaikan
[[9gags]] 9gag logo (thanks 9gag for all of this)
[[254055957957388]] Jackie Chan
[[FapFapFapMeme]] Fap Fap Fap
[[169919399735055]] Not bad Obama
[[106043532814443]] Y U NO Guy
[[211782832186415]] Me Gusta
[[142670085793927]] Mother of God
[[170815706323196]] Cereal Guy
[[168456309878025]] LOL Face
[[167359756658519]] NO Guy
[[218595638164996]] Yao Ming
[[224812970902314]] Derp
[[192644604154319]] Derpina
[[177903015598419]] Forever Alone
[[NotBaad]] Not Bad
[[105387672833401]] Fuck yeah
[[100002727365206]] Challang accepted
[[100002752520227]] Okay face
[[218595638164996]] Dumb bitch
[[129627277060203]] Poker face
[[224812970902314]] Okay face
[[98438140742]] Socially awkward penguin
[[FUUUOFFICIAL]] Rage face
[[168040846586189]] Feel like a sir
[[125038607580286]] Forever alone christmas
[[148935948523684]] Pedobear


Others:


[[136446926442912]] = friendster
[[googlechrome]] = google chrome
[[2231777543]] = twitter
[[87741124305]] = old youtube logo
[[2513891999]] = new youtube logo
[[100001076048283]] = shin-chan
[[250128751720149]] = domo
[[326134990738733]] = Pikachu
[[155393057897143]] = Doraemon 
[[224502284290679]] = Nobita
[[144685078974802]] = Mojacko
[[334954663181745]] = Spongebob
[[100001755689032]] = Squirtle with shades (by Cristian Parra)
[[249199828481201]] = Konata Izumi
[[223328504409723]] = Gintoki Sakata
[[236147243124900]] = Pokeball
[[144685078974802]] = Mojacko
[[269153023141273]] = Poring
[[332936966718584]] = Hello Kitty 

icon troll nie kawan pqah yang share bende nie, maaflah kalau ada icon troll yang lucah skit xD 

please la jangan bohong~

Tumblr_ln9rzvxxvu1ql3c3uo1_500_large
Assalammualaikum

aiyoo, pqah cukup tak suka la dengan blogger sekarang yang suka suki je nak tipu
orang dengan menggunakan spoiler button

spoil mood betol >.<"
pqah rasa adik hanan pun ada pun ada post benda yg sama.
sekarang nie memang trend kot, blogger guna spoiler button nie untuk dptkan
earning, ye la kalau korang tak guna spoiler nie orang tau yang tau url bende tu ape
contohnya mcam nie
nie cara mudah untuk mengelakkan org tekan link yg di diletakkan churp-churp or heartbeat
tpi kalau guna spoiler button jgn harap org nak tau link bende tu,
kekadang tu ada blog yang letak spoiler button nie pastu letak link churp-churp dengan banyak sekali
">.<"  dan menyebabkan laptop pqah jadi blank and then pqah terpaksa restart blek laptop. huhuhu
korang yg buat mcm tu, jgn harap pqah nak dtg blog korang  lgi skali..huhu
k. bye...Assalammualaikum
entry nie bukan nk ajar bersifat kedekut tpi nak ajar korang jgn gunakan spoiler button nie utk  MENIPU

sungai darah..uwekkss

Assalammualaikum
geli gila baca entry dkt blog serius nie pasal sungai berdarah di negara China, pqah ingatkan sungai tu memang natural warna merah tapi rupa-rupanya warna merah yang terjadi dkt sungai tu sebab kilang-kilang yang memproses piggy..euwwww

nak tahu dengan lebih lanjut pegi la blog serius...k..bye... Assalammualaikum

wordless..


Assalammuaalaikum~~
korang ingat tak entry pqah pasal cite fated to love you ari tu..hehe korang tengok tak cite tu dekat youtube... hmm~~korang mesti malaskan nak tengok dkt youtube coz loading lmbatkan.
kalo pqah tips nak cepatkan loading dkt youtube korang boleh

-bace blog gosip..hewhew\ pqah suka blog beautifulnara/
-update blog
-tak pun bace blog serius..hihihi

okey, bye.. Assalammualaikum~~
erkk, pqah update nie sbb tgh tunggu loading youtube cite tu..hihi

freebies stripes background.. school version

Tumblr_lwk3vcrr0s1r4okq9o1_500_large

assalammualaikum ye korang, hari nie pqah nk bagi  background baik punya
memandangkan sekolah dah nak buka jadi pqah dpt inspirasi nak multiplekan background nie yang original pqah amek dkt amadpariz

jeng..jeng..jeng...~~~

http://4.bp.blogspot.com/-m9We732nQw8/TvHlNpZxBsI/AAAAAAAAAc4/1UEaevHizHI/s1600/sya+stripe+blue.png
http://3.bp.blogspot.com/-4SVYh9PuO4c/TvHlN245J7I/AAAAAAAAAc8/lu-Elvhs_Iw/s1600/sya+stripe+green.png
http://2.bp.blogspot.com/-V0QIcom8tPs/TvHlOSnSyoI/AAAAAAAAAdE/303pi_1rPlg/s1600/sya+stripe+grey.png
http://3.bp.blogspot.com/-rvh4SeM4szU/TvHlPAuYDTI/AAAAAAAAAdQ/lwv6taulGUI/s1600/sya+stripe+pink.png
http://1.bp.blogspot.com/-4RfTY-LPHzY/TvHlQLrBmoI/AAAAAAAAAdU/tx38maa8iEc/s1600/sya+stripe+purple.png
http://4.bp.blogspot.com/-tTlqooZQ0X4/TvHlQiGhuZI/AAAAAAAAAdc/uR89Baf0IBk/s1600/sya+stripe+red.png
okey, dah abis. terima kasih!!

fated to love you

hari nie nak cite kat korang cite yang superb best, SUPER KELAKAR btw cite nie dah lama pqah beli and dah bnyak kali tengok dvd dia..hikhikhi...... kalau korang nie peminat drama korean, jepun ngan taiwan korang mesti kene layan cite nie la..tpi dalam cite nie ada adegan 18sx, ala normal la tu dah cite org kafir kan...huhuhu

korang mesti nak tau cite nie macam manakan, meh sini pqah cite
cite nie mengisahkan chen xin yi seorang wanita yang lurus bendul, bukan bendul lagi tapi berbendul-bendul, apeda~~!!. chen xin yi mempunyai seorang teman lelaki yang suka mempergunakan diri dia disebabkan sifat xin yi yang lurus bendul nie. disebabkan tidak mahu kehilangan teman lelakinya, chen xin yi nie telah merancang acara percutian bersama teman lelakinya diatas kapal STAR CRUISE, ibu xin yi nie selalu ingatkan xin yi nie jgn melakukan hubungan sulit dengan lelaki tanpa berkahwin dahulu namun disebabkan dia menganggap teman lelakinya itu adalah prince charming yang sering di ceritakan mendiang ayahnya.. chen xin yi nie juga sering dibuli oleh rakan sepejabatnya yang hanya melekatkan sticky note di badannya untuk menyuruh melakukan kerja seperti beli sarapan la, fotostat kertas la and etc... pada hari pelayaran percutian yang dirancangnya itu chen xin yi telah diserang selsema dengan teruk  tetapi dia tetap meneruskan pecutian tersebut setelah menelan sebiji aspirin\tak pasti pulak bpe bijik/....   xin yi yg penin kepale tu telah tersalah masuk bilik orang lain...Ji Cun Xi pulak seorang waris tauke kilang sabun kanak-kanak\lupe lak nama sabun tu/.. ji cun xi juga telah merancang acara percutian diatas kapal tersebut tujuannya ia untuk melamar teman wanitanya seorang penari ballet yang amat mementingkan kerjayanya iaitu Anna Shi.. pada hari tersebut cun xi telah didatangi 2 lelaki, yang merayu-rayu kepadanya agar tidak mengambil kilang sabun mereka yang terletak di PULAU JIANGMU dan tanpa pengetahuan cun xi mereka telah memasukkan dadah kot didalam cawan cun xi untuk membalas dendam dan mengugut cun xi, mereka jugak mengupah seorg wanita dari Indonesia untuk ditangkap gambarnya bersama cun xi agar dpt mengugut cun xi tidak mengambil kilang mereka\ hahaha, lawak siot/ dalam perjalan nak ke biliknya cun xi yang penin lalat tu tanpa menyedari ada seorang wanita asing didalam biliknya. cun xi ingat wanita tu gurlfren dia anna shi kerana semasa dia telefon anna shi, anna shi dah ada dekat tempat perlabuhan padahal anna shi sebaik sampai dekat perlabuhan tu dia dapat panggilan telefon daripada pengurus dia yang dia dapat buat persembahan dekat eropah sebagai white swans sebelum nie dia hanya dapat gak tawaran tu tapi sebagai blacks swans, tapi dia tak mau dia nak white swans gak... dan dari situ lah berubahnya hidup cun xi and xin yi, cun xi yang mabuk telah melakukan hubungan yg tak sepatutnya, cun xi menyalahkan xin yi sebab salah masuk bilik dia pastu xin yi membela dirinya dengan mengatakan yg bilik cun xi tu sama no dgn bilik dia  contoh 360 ngan bilik cun xi 390 pastu cun xi tengok la no bilik dia betol sama no dengan bilik dia 360 huruf 9 bilik cun xi longgar pastu disebabkan hentakkan yg kuat dia jadi terbalik\tak ingat no bilik, pqah bantai ja tpi 6 ngn 9 tu betol/.. xin yi yang dah tertipu ngn boyfren dia rasa menyesal sebab merancang percutian tu sebab boyfren dia yg agk huduh tu memang tak suka dia sebab dia huduh pastu rabun lak tu boyfren dia cuma suka duit dia ja\eleh boyfren dia pun huduh ada hati nak kate org...hihihi/ xin yi nie boleh dikira muflis sebab kad kredit dia suma dia bagi dekat boyfren dia and boyfren belanja sakan pastu main judi,. yang cun xi nie pulak keciwa tahap gaban ngn gurlfren dia sebab suma dia dah rancang dengan bantuan pengurus dia Anson lelaki ala-ala sotong..hehehe.. cun xi mintak xin yi nie menyamar jdi anna untuk balas dendam dkt Gu Chi boyfren xin yi yang tengah syok maen judi, cun xi sempat makeover kan  si xin yi nie.. masa cun xi lawan judi ngn gu chi, cun xi menang!! pastu orang dkt atas kapal tu buat la surprise yang dirancang cun xi untuk anna  sebab dorang ingat xin yi tu anna  dan dorang cakap pasangan yg diberi cupid love diatas kapal tu akan berkekalan sehingga akirnya.. ehemm~~korangg nk sambungan tak kalau ramai yang nak pqah buat la kalau sikit pqah tak mau buat=P

K


Assalammualaikum
mesti korang pelikkan kenapa entry pqah kali nie tajuk dia
satu huruf je pastu gambo Dato'K lagi kan
sebenarnya K yang pqah nak sebutkan nie tentang pertunangan sepupu 
yang baru je bertunang sabtu tadi 
and masa OTW pergi rumah bakal tunang dia tu ustaz yang mak cik pqah 
jemput untuk jadi wakil family kitorang cakap yang lelaki kalau nak kahwin mesti ada 3K 
bukan tiga ribu tapi 3K iaitu
KERETA, KERJAYA, KEBERANIAN
kenapa kereta? sebab kereta tu sekarang satu keperluan bukan satu kehendak
kalau dulu-dulu kereta tu satu kehendak, sebab dulu-dulu mana orang mampu pakai kereta
dan bila ada orang pakai kereta orang tu nak menunjuk je dekat orang kampung yang kebanyakannya
memang banyak yg pakai basikal
kereta sekarang pulak satu keperluan sebab sekarang kalau nak bawak bini pegi bersalin
takkan la nak pi kayuh basikal kalau dulu-dulu orang bersalin dekat rumah ada tuk bidan kalau sekarang
bidan terjun tu banyak la..hihihi pastu nak pergi beli barang , nak pegi jalan-jalan lagi, ade ke 
sekarang korang tengok orang bawak family dia jln-jln nak basikal dah tu anak ada tiga, dekat mana
dorang nak letak anak tu dekat tayar ke? =_="
yang kedua pulak kerjaya yakni kerjaya yang tetap bukan kerjaya yang bulan nie kerja guard,  bulan depan keje tebas rumput and blablabla
kalau korang dah ada kerja tetap boleh la nak tampung anak bini untuk makan nie tak, nak bagi family makan  kekadang parents yang tanggung 
keberanian? keberanian nie merangkumi semua aspek iaitu berani bertanggungjawab, berani melindungi 
family dan blabla. kalau nk terangkan sampai esok pun tak habis..hikhik
pqah ada tanya ayah pqah yang pak cik pqah pun dah cukup 3K nie tapi
kenapa nampak susah je pastu ayah pqah jawaplah 
"pak cik tu memang dah cukup 3K tapi dia sediri yang tambah 2B"
korang tau tak ape 2B tu
jawapan dia
-
-
-
-
-
-
-
-
BEBAN
BINI
*bini tu means dia ada 2 orang bini =D sekian

Assalammualaikum

patut la Siti Nurhaliza suka huruf K

blogger hipokrit

Tumblr_lh79pvmadb1qg7067o1_500_large
Assalammualaikum
AMARAN: jangan baca kalau korang tergolong dalam kalangan manusia hipokrit
 HIPOKRIT...
perlu ke nak jadi hipokrit nie.. kekadang pqah menyampah dengan blogger 
yang tulis dekat blog diorang DON'T EVER YOU STEAL MY STUFF, COPYCAT YOU GET LOST.. bajet terror bi
don't steal my stuff konon padahal ko tu yang steal barang orang, ko tak tahu malu ke
tulis camtu...... lagi satu blogger yang meraban bila orang copy something dekat blog dia 
macam tutorial, pastu bukak page resource blog dia ke or whatever la.
pqah rasa korang tak perlu la nak mengamuk lebih-lebih bila orang copy tutorial
korang tanpa mengreditkan ia sebab korang pun copy gakkan... kalo nak diikutkan logik akal layak
ke korang yang umur tak sampai setahun jagung tu mampu nak create code html sndiri. pqah tak
nafikan ada yang mampu buat tapi, korang tengok la berapa ramai blogger yg buat tutorial
 semua tu takkan la semuanya terror belaka 
dah la sibuk dengan study lagi, tuisyen lagi, homework lagi, mesti korang tak mampukan 
sebelum nie pun pqah marah gak bila orang amek button follow pqah yg pqah create sendiri 
tapi bila pqah pikir balik kenape pqah nak marah, lantak dia la dia nak amek ape-ape pun
sebab hanya ALLAH yang layak menghukum dia sebab mencurikan
dan korang tak perlu la buat post panjang lebar gila sebab nak cite keburukan dia, cite dia curi tu la, curi nie la
and orang yang terpedaya dgn post korang tu pun pegi maki dia kaw-kaw punya maklum la korangkan 
blogger famous amos..kan..kan..kan =D
dah la korang dapat dosa sebab kata dia pastu tangan korang pun 
penat nak type macam-macam..hikhik
kekadang ada blogger yang suka cite alam percintaan dia dkt dalam blog dia\ikut suka dia la dah tu blog dia/
memang la ikut suka dia tapi terdapat blogger lain yang tangan di dada mata keatas, bila komen tulis 
 BOTH OF U SOOOO SWEET LA, MACAM PINANG DIBELAH DUA
tapi bila sampai diblog si pengkomen\betulke/ tu buat post amboi bukan main sedap kutuk 
pastu kata pasangan nie MACAM PINANG DIBELAH TRAILER
bagi pqah blog bukannya tempat untuk meluahkan perasaan yg terpendam tu sama gak macam
facebook. i think you should have one diary =D .. sekian terima kaseh


Assalammualaikum

harap otak korang dapat mencernakan ape yang pqah sampaikan.. ^_^vpeace.... 

yeayy!! pqah dah tukar blogskin

Tumblr_lvwxht9uvu1qiqke0o1_500_large
assalammualaikum...
setelah lama tertangguh nak tukar blogskin, akhirnya harapan
pqah tercapai jua...hihihi
hepi gila coz dah dapat tukar
sebenarnya blogskin nie senang jek nak guna 
tak susah pun macam template yang pqah selalu guna dulu tu
code dia pun simple je
tak panjang berjela tapi korang kena pandai godek-godek sikit la
kalau silap pun korang takyah risau sebab korang boleh delete balik yg korang silap buat tu
tak macam template biasa, kalau silap garu kepala la jawapnya pastu kena create lagi  sekali
oke bye, assalammualaikum~~
hari khamis nie pqah nak pegi Pantai Merdeka..hiihihi... 

aduh!! takde keberanian nk guna blogskin..

mesti korang nak gelakkan pqah kan sebab takut nak guna
blogskin untuk blog nie.. fuuuuuuu
aihhh, pqah tak tau la kenapa berat hati nk tukar.hikhik
meh gelak sesame...hahaha
alamak~~ pasnie kene tukar shoutmix kepada cbox la, kedekut betol la shoutmix 

mon chéri Casper

dua hari tidak berblogging akibat daripada panahan novel 
SAYANGKU CASPER
korang baca tak lagi novel nie, novel nie banyak memaparkan keindahan
di bumi Paris, first time baca novel nie membuatkan pqah seperti berangan berada di bumi Paris
yang entah bila pqah boleh kesana..huhuhu 
bila baca novel nie, first time pqah dengar ada SUNGAI SEINE yang berdekatan 
menara EIFFEL TOWER, pqah try la google nak tengok rupa sungai seine 





indah bukan, huhu teringin nak pegi
tajuk entry nie sayangku casper, saje je pqah translate kepada france...hihi

jika anda wanita sila baca..


Notis Penting!!! Sebarkan Kpd Wanita Yg Anda kenali…

Kebelakangan Ini, Sebahagian Kawasan Di Kuala Lumpur Diresahkan oleh Kejadian Mengerikan Yang Terjadi Hampir Setiap Hari. Diberitakan Ada Seorang Pengamal Ilmu Hitam Yang Berkeliaran Di Daerah-Daerah Di Kuala Lumpur , Sebahagian Besar Selangor Dan Juga Negeri Sembilan.

Sasarannya Adalah Wanita, Tidak Kira Muda Atau Tua Dan Tidak Mengira Paras Rupa. Penjahat Ini Berhasrat Untuk Memperkosa 2000 Wanita Agar Dapat Menyempurnakan Ilmunya. Sampai Ke Saat Ini Sudah Beratus-Ratus Mangsa Yang Berjaya Diperkosanya Dan Kebanyakan Terjadi Di Rumah-Rumah Kediaman Wanita-Wanita Tersebut.

Pihak Polis Tidak Dapat Mengesan Penjenayah Ini Karena Kesaktian Ilmunya. Cara Orang Ini Melakukan Kejahatannya Ialah Dengan Menjelmakan Diri Menjadi Seekor Nyamuk Kecil, Kemudian Menyusup Ke Kamar Wanita Yang Sedang Tidur, Menjelma Semula Menjadi Manusia Dan Dengan Kejam Dan Ganasnya Memperkosa Mangsanya.

Amat Sukar Bagi Pihak Berkuasa Untuk Menangkap Penjenayah Ini Kerana Setelah Selesai Memperkosa Gadis-Gadis Dia Akan Menjelmakan Semula Dirinya Menjadi Nyamuk Dan Ghaib Dari Tempat Kejadian. Sudah Beratus Ahli Ilmu Kebatinan Dari Segenap Ceruk Rantau Termasuk Dari Indonesia Telah Dibawa Untuk Membantu Pihak Polis Mengesan Dan Mengalahkan Penjenayah ini.

Tetapi Malang Sekali Kerana Ilmu Yang Ada Padanya Cukup Tinggi Dan Tak Termampu Untuk Ditandingi Oleh Sesiapa Dan Hingga Ke Saat Ini Dia Dikatakan Masih Berkeliaran Di Sekitar Lembah Kelang Untuk Mencari Korban Seterusnya Sehingga Berjaya Memenuhi Tuntutan Ilmu Hitamnya Iaitu Harus Memperkosa Sehingga 2000 Orang.

Bagi Wanita Yang Sering Tidur Sendirian, Mengunci Pintu Bilik Dan Lain-Lain Pintu Bukanlah Suatu Tindakan Yang Bijak Kerana Dengan Mengunci Pintu Bilik, Orang Lain Tidak Dapat Memberikan Pertolongan Dengan Segera. Seandainya Perkara Yang Tak Diingini Berlaku Keatas Diri Anda. Sekali Lagi Sampai Ke Saat Ini Belum Ada Yang Mampu Untuk Mengalahkan Ilmu Si Siluman Nyamuk Ini Kecuali Hanya Ada Satu Penangkal Yang Sangat

Mujarab Iaitu :

RIDSECT

Membunuh Serangga Dengan Berkesan.

hahaahaha, lols
 credit= minatku.com

AWAS!! kau pencuri..

assalammualaikum untuk semua umat Islam dan salam sejahtera bagi  India dan China..
malam nie pqah online lama sikit sebab jadi JAGA...hahaha
semenjak cable telefon kene curik penduduk kampung pqah makin berhati-hati dengan kejadian kecurian nie
yela, mana taknyer semua orang hilang kemudahan
kalau yang macam pqah nie of course la tak boleh on9...huhuhu
kampung pqah nie mana ada PERTUBUHAN RUKUN TETANGGA
pqah tak tau la kenape arr diorang tak wujudkan 
bila jadi kes kecurian mula la bising sana, bising sini
last-last ayah pqah gak yang kene buat report...heheehoho 
bila dah buat report dekat TM
TM mula la bagi alasan kata, banyak tiang kene pasang balik la
modal yang dikeluarkan tak berbaloi la, maklum la dkt kampung pqah mana la ada sangat orang pakai telefon rumah, semua bajet pakai handphone samsung galaxy tab, uweekkss~~... haha
tapi ape-ape pun tenkiu gak dekat TM sebab dah pasang balik....hihi
kalau tak pasang takkan la pqah boleh on9 sekarangkan. 
dan Alhamdulillah rumah pqah tak pernah pencuri masuk mintak-mintak dijauhkan, AMIN

lots of love
syafiqah yunus



wordless

ape perasan korang kalo boyfriend korang mintak putus sebab 
nak couple dengan orang lain, and then bila dia putus dgn that girl dia ajak korang 
couple balik. adakah korang akan terima dia balik atau buat derk je..haha
sebelum nie pqah ada tanya kakak pqah tentang nie, dan nie jawapan kakak pqah
-"kalo lelaki tu dah berubah, why not kita tak terima dia sebab semua orang tak terlepas 
daripada buat kesalahan"
bagi pqah pendapat kakak pqah tu agak logik, tapi still tak boleh terima
sebab ia menunjukkan kita nie desperate sgt nk dekat dia\ohplease/
BYE~~~
entry nie tiada kaitan antara yang hidup ataupun yang sudah meninggal dunia...hihihi =P

kenapa takde idea nak berblogging


aishh!! susah betol la nak fikir nak tulis entry ape, korang ade masalah yang sama tak??
kalo salah buat entry kang ade pulak yang kecik hati...huhu
kekadang tu idea banyak tapi tak boleh nak diluahkan terutamanya tentang hati dan perasaan\bajet/
kekadang tu rasa idea dah keluar tapi tangan jadi kejung bila nak type...haha\dasarpemalaskopqah/..
bila dah type takleh nak buat panjang2.... oke bye assalammualaikum
haaaaaa~~ see pendek gak entry kali nie...huhuhu =(


Freebies header part 1 kpop

seperti yg dijanjikan pqah buat freebies header tuk korang kalo tak cantik mintak maaf sgt2 ye sebab pqah tau skrg blogger sudah pandai buat header sendiri yg lebih cun n molek dri header pqah...huhu






i'am back... hihihi

selama sebulan tak online membuatkan rinduku kpd blog ini kian terasa..\ayatjiwang/
btw pasni boleh la online tiap2 hari coz wifi dah elok\siapkopencurikalokocurilagiakusekehko..hohoho/ tpi tahun depan dah nk spm so xleh nk enjoy sgt...huhu 

salam rindu    
syafiqah yunus 

sorry!! for my followers


pqah nk mintak maaf sgt dkt followers pqah ngan org yg dah dtg blog
pqah utk bw tu coz pqah x boleh nak bw dkt blog korang blek pastu
xleh nak follow korang blek coz berukband pqah nie lembab nk mampus =_="
huhuhu bila dtg blog korang loading pulak lambat so pqah tkn tanda pangkah  yg warna merah tu..huhu sorry sgt2.. tdi pqah bukak blog  tgk2 follower pqah dah naik 300 org, tq sape yg follow tu 
pqah online pakai berukband nie pun sbb rndu sgt dgn blog nie.. T_T

bengong betol la sape yg curi cabel telefon rumah pqah.. byk jugak ye kekurangannya bila online pakai wireless... huhuhu .....btw pqah bnyak buat freebies tuk korang kalo ada rezeki nnti pkai bgi ye. =( 

Fenin kepale...hihi

haha, tetiba suara jadi sengau jap, pening arr kepala pqah nak bli handset ape. kakak pqah dah offer nk blikan weehee thanks ayong luv u..ciri2 handset pilihan pqah ialah
1.harga mesti bwh rm350 =P.. xmaw mahal2 coz membazir
2.cantik and ade pelbagai fungsi
tu je ciri2 dia..harhar 

nie pilih pqah buat masa skrg

sony ericson W150
Sony Ericsson W150
RM 245.. murah and cntik i loikee this colour


Sony Ericsson Yari
handset nie cntik gak tpi lari BAJET..huhu.. so tnda pngkah siap2


corby mate B3310
Photo: Samsung Corby Mate full QWERTY keyboard
harga x dikenal pasti sama ada rm300 @ rm400
kalo rm300 compem beli tpi kalo rm400 fikir 400 kali dulu...huhu

xperia x10 mini pro
<< Sony Ericsson Xperia X10 mini Pro >> new set
perghhh smart giloss, tpi xmampu oden nk bli...huuhu


korang tengok arr header pqah xleh blah kan, sbenarnya pqah admire gila ngan handset corby tu harap kakak pqah sudi blikan...hihihi 



aiyoyo, ramainya blogger pakai blogskin

Tumblr_ltp7yxt2af1qeo03no1_500_large

blogskin skrang dah jadi trend pulak untul blogger, 
maybe guna blogskin nie bila nak loading sekejap je tu yg ramai nk pakai, 
pqah rasa mcm ketinggalan zaman lak kalo x pakai blogskin =D  
FYI, pqah guna gak blogskin nie dkt second blog, tpi guna template Nazihah xbest arr guna template org lain, kalo ade kesempatan pqah nak try gak buat template sndiri....kihkih 

soalan org bukan islam untuk org islam


baca dan fahami betul.. kerana info ini sgt brguna untuk korang jwap kalo org bukan islam tnya korang tentang islam, cikgu pqah ckp kadang2 org bukan islam tnya kita mcm2 untuk buat akidah kita terpesong, nauzubillahminzalik~~ minta2 dijauhkan

Sewaktu Nabi Muhammad saw wafat, telah disempurnakan agamamu (Islam). Semua persoalan akan ada jawapannya, hanya ilmu di dada penentu jawapan apa yang perlu diberi.

1) Nama Nabi Isa as disebut 25 kali dalam Al-Quran, tetapi berapa kali nama Nabi Muhammad saw disebut dalam Al-Quran?

Nama Nabi Muhammad saw hanya disebut 5 kali sahaja di dalam Al-Quran. Manakala nama Nabi Isa as disebut 25 kali. Mengapa? Kerana Al-Quran diwahyukan pada Nabi Muhammad saw, sebab itu nama Nabi Muhammad saw jarang disebut. Al-Quran diturunkan bukan semata-mata untuk memapaparkan kisah Nabi Muhammad saw tapi adalah sebagai panduan perjalanan hidup umat Islam.

2) Nama Nabi Isa disebut lagi banyak dari nama Nabi Muhammad saw dalam Al-Quran, tentu sahaja Nabi Isa lebih hebatkan?

Soalan sebaliknya, dalam Bible, nama syaitan lebih banyak dari nama Nabi Isa, jadi siapa lagi hebat? Syaitan @ Nabi Isa? Sebenarnya Allah tidak bezakan tentang kehebatan nabi dan rasulNya. Walaubagaimanapun, Allah Maha mengetahuinya.

3) Dalam Islam percaya yang Nabi Isa as diangkat ke langit, sedangkan Nabi Muhammad saw wafat. Jadi, bila Nabi Isa as dibawa ke langit, tentu sahaja nabi Isa itu Tuhan kan?

Dalam banyak2 kaum, hanya kaum Nasrani sahaja yang telah salah anggap tentang nabi yang diutuskan kepadanya sebagai Tuhan (Nabi Isa). Sedangkan, dalam Bible juga yang ade menyatakan bahawa Jesus (Nabi Isa) berkata “siapa yang taat pada Allah akan masuk Syurga, siapa yang menganggap Jesus sebagai tuhan akan masuk neraka.

4) Dalam Islam, Nabi Muhammad saw adalah Nabi terakhir. Tapi, di akhir zaman nanti Nabi Isa as akan turun. Kenapa tidak dikatakan Nabi Isa as yang terakhir?

Nabi Muhammad saw adalah nabi terakhir berdasarkan tahun kelahirannya. Perumpamaan : Jika anak bongsu meninggal dunia, sedangkan anak sulong masih hidup, hakikat yang tidak akan berubah ialah anak sulong tetap sulong.

5) Nabi Isa as disembah sebagai anak Tuhan kerana dianggap mulia sebab lahir tanpa bapa.

Kita jawab seperti ini, antara ibu dan anak, mana yang lagi mulia? Tentu ibu kan? Jadi, kenapa orang Kristian tidak sembah Mariam je? Kan Mariam ibu, tentu lagi mulia. Nabi Adam juga lahir tanpa bapa, malah tanpa ibu juga merupakan manusia pertama, kenapa tidak disembah Adam sahaja? Jawapan lengkap ada dalam Surah Imran, ayat 59.

6) Jika baca tafsir, Allah berfirman sekejap guna ‘Aku’, sekejap guna ‘Kami’ Kenapa?

‘Kami’ kan lambang ‘Tuhan + Mariam + Anak Tuhan (Isa)’ ? Al-Quran diturunkan dalam bahasa Arab, ‘aku’ kata jamaknya ‘kami’ yang menggambarkan tentang ‘Allah dan keagunganNya’ . Tengok sahaja Queen Elizebeth ketika bertitah, beliau guna ‘We’ bukan ‘I’.

7) Orang Sikh Punjabi bertanya, kenapa Islam perlu potong rambut? Bukankah rambut itu anugerah tuhan yang perlu disimpan?

Kita jawab dengan soalan ini, kuku juga anugerah tuhan, kenapa orang Sikh Punjabi potong kuku?

8 ) Sami Budha vegetarian bertanya, kenapa Islam suruh bunuh binatang untuk dimakan? Kan zalim kerana bunuh hidupan bernyawa?
Sains telah buktikan, sayur dan pokok turut ade nyawa. Malah, apabila kita basuh tangan pun, ade banyak nyawa kuman yang kita bunuh. Itu tidak kejam? Bila kita bunuh (sembelih sebenarnya) 1 ekor lembu, sebenarnya kita telah selamatkan bayak nyawa manusia.

9) Sami Budha menjawab “ Bunuh sayur dosa kecil sebab sayur kurang deria, bunuh binatang dosa besar”

Kita jawab seperti ini, habis tu, kita Cuma berdosa kecil je la jika bunuh orang yang pekak, buta, bisu hanya kerana dia tidak ade deria?

10) Sami Budha menjawab lagi “Jika kita bunuh sayur, sayur akan tumbuh balik”

Kita jawab lagi “ habis tu, awak makan lah ekor cicak kerana ekor cicak akan tumbuh semula selepas putus”

11) Sami Budha berkata lagi “makan binatang akan dapat banyak penyakit”

Kita jawab “Penyakit datang kerana kita makan banyak. Bukan kerana makan binatang. Allah suruh makan secara sederhana. Lagipun, Allah dah beri gigi taring dan gigi kacip untuk manusia makan binatang dan sayuran. Alah, tembakau dan dadah pun dari tumbuhan juga kan? Lagi besar penyakitnya kan? Lembu yang ragut rumput hari2 pun boleh jadi lembu gila. Sebenarnya, tak kesah pun kalau kita tak nak makan daging, tapi jangan lah cakap haram apa yang telah Allah halalkan untuk kita.

12) Kan babi itu ciptaan Allah, kenapa Islam tak makan babi?

Sebab bukan semua ciptaan Allah adalah untuk dimakan.

13) Islam cakap Hindu sembah berhala tetapi Islam hari2 sembah Kaabah.
Islam bukan sembah Kaabah, tapi Kaabah itu adalah Kiblat untuk satukan umat. Dalam Islam dah sebut, siapa sembah Kaabah akan masuk neraka kerana Islam Sembah Allah, kaabah Cuma kiblat. Perlu tahu bezakan. Bukti, orang yg sembah berhala tidak akan pijak berhala, tapi orang Islam pijak Kaabah untuk melaungkan azan. Orang Hindi tak akan pijak gambar berhala tapi orang Islam hari2 pijak gambar Kaabah (sejadah). Jika ada gambar Kaabah diletak di KLCC, orang Islam tetap solat menghadap Kaabah di Mekah kerana itu kiblat kita untuk sembah Allah. Bukan sembah Kaabah!

14) Kenapa perlu ikut Nabi Muhammad saw kerana Nabi dan Rasul sebelum baginda kan telah Allah lantik sebelum Nabi Muhammad?

Nabi sebelum Nabi Muhammad saw diutus untuk kaum dan zaman tertentu sahaja. Sedangkan Nabi Muhammad saw diutus untuk semua kaum dan sepanjang zaman.


CREDIT:informasi.my

wood background with multiple colour

sekarang bckground jenis wood nie popular jadi pqah buat la freebies bckground tu dan pqah buat la mcm2 colour kalo korang nk amek je xyah malu2 tucing pulak =P...harharhar
yg original pqah amek dkt Nurhanisah kalo korang nk yg ori bleh tkn link tu<

yg nie pulak yg dah dicolourkan =D

http://2.bp.blogspot.com/-LVeewl4iyfc/TqaCFnlu5JI/AAAAAAAAAX0/sgErduVEH44/s320/woodyschablue.png

http://1.bp.blogspot.com/-J2Dh2DACDsY/TqaCHggVjDI/AAAAAAAAAX8/KTBf-8TBPQY/s320/woodyschagreen.png

http://4.bp.blogspot.com/-vcihN7Lfsu8/TqaCJaxr0uI/AAAAAAAAAYE/sSnWzvHgt6s/s320/woodyschapinky.png

http://3.bp.blogspot.com/-aWe06BZs-eE/TqaCLrxYktI/AAAAAAAAAYM/HX33nR1HkpY/s320/woodyschapurple.png

http://3.bp.blogspot.com/-tlHqXFQYlTI/TqaCN3XZwpI/AAAAAAAAAYU/UX4axCdBBv4/s320/woodyschared.png


tutorial floating navigation bar

Tumblr_ls3ivemzce1qcm8wgo1_500_large
bestnyerr arr kalo dpt honeymoon dkt sini xD

lama dah pqah x buat tuto, tpi pqah buat ari nie sebab ada org yg request iaitu Alissa . dia nk tab menu terapung mcm pqah punye yg ada dekat kiri blog nie.. okay's let start. =D baca Bismillah dulu ye

dashboard>design> page element>add gadjet> html/javascript
letak code dkt bawah nie dkt html/javascript tu
<div style="display:scroll; position:fixed; top:80px; left:0px;">

<a href="LINK" target="_blank" rel=nofollow title="TITLE" imageanchor=1 style="margin-left: 1em; margin-right: 1em;"><img border="0" src="IMAGE" /></a><br />

<a href="LINK" target="_blank" rel=nofollow title="TITLE" imageanchor=1 style="margin-left: 1em; margin-right: 1em;"><img border="0" src="IMAGE" /></a><br />

<a href="LINK" target="_blank" rel=nofollow title="TITLE" imageanchor=1 style="margin-left: 1em; margin-right: 1em;"><img border="0" src="IMAGE" /></a><br /></div>
pastu save...... dah siapkan!!
kalo korang nk tmbah tab menu tu korang  just copy code nie je
 <a href="LINK" target="_blank" rel=nofollow title="TITLE" imageanchor=1 style="margin-left: 1em; margin-right: 1em;"><img border="0" src="IMAGE" /></a><br />
letak dia dkt atas warna orange tu
warna merah tu letak link page korang
warna purple letak tajuk dia
warna hijau tu letak image icon korng , buat la cntik2 sikit.. kalo ada masa nnti pqah buat =)
 credit: Athirah

NAUZUBILLAHMINZALIK

Satu lagi pembacaan saya yang membuatkan saya tersentak. SMS ini memang
sengaja ditulis dengan penulisan seorang lelaki. Ceritanya
memperlihatkan bagaimana seorang muslimat di'rosak' dengan mudah hanya
dengan kata-kata manis! Wahai sahabat-sahabatku... Moga Allah peliharamu
daripada semua ini....

*****************************************************************

1.
salam. Blh sy kenal awk? Sy tertarik dgn prwatakan sopan awk. Dah lama
sy prhatikn awk. Awk dak baik n sy trtarik la dgn tudung labuh awk. Sy
harap kite bleh brkenalan.. ukhuwah fillah org kate..sy x terer sgt arab
ni…

2.
 Trima kasih krn mnerima sy. Sy akan try
sedaya upaya sy mnjaga awk dan mgikut syariat. Sy tau sy bukan baik
sgt, tp demi Allah, sy cuba buat yg trbaik utk awk…

3.
Ingat tau, jaga aurat leklok..jgn bagi org lain nmpk..kuar ngan kwn2
tau.. jgn sorg2..blk contact sy ek..sy doakan awk selalu..

4.
awak,nape x contact sy. Sy risau awk kuar lama2..ye..mmg sy xde hak
pun..sy tau sy percaye awk, tp sy x tau la nk kate cmne. Kite slalu nmpk
dari jauh je ek.Tp sy rasa awk mcm dkt je ngan sy. Mgkn ni org kate
cinta kot, wak..awk cinta sy x? xnk bgtau.. tp sy tau awk cinta sy..awk
da malu nk jln tmpt sy lepak sbb malukan?..kih3. .tq.. i love u too..

5. Wak,selain family, Allah dan rasulnyer.. awk sayang sape ek? Sape saya dlm hati awk?

6.
Wak wak..dr kawan kite just pggl sy awk je..mcm x special plk diri sy
utk awk. sy tringin gak nk jd cm room8 sy ni. Pggl syg.. bole ke? Awk
pggl sy bi ek? Rasa mcm baby sket. X salah kan.. just panggilan
je..thanks syg.. love u... ..

7. Yang. kekdang bi tgk
syg ni mcm x prcaya bi je. Yela, bi just tanya syg pkai apa je kan .. tq
ek gtau, mkin dalam pulak rindu kat syg ni... .hihihi..

8.
Yang bi nak syg tau, sayanglah segalanya utk bi, syg la pmberi semangat
utk bi... yang... ..bi harap bi ngan syg xde rahsia lagi ek.. jgn
risau..inikan membuktikan bi caring.. so jgn risau..k..yeye. . bi janji
kan jaga rahsia kite..just msg je kan..love u..papai.. mmuahh!

9. Syg..da lama kite msg, leh kite jumpe x? ye..ayang bwk la kawan2 k..tq yunk! i love u.... ..

10.
Tq pggl bi ngan pgglan abg.. abg tggu lame da..abg tau..kite x leh
pakse dlm hubungan..la iqra hafiddin..hehe. . sikit sikit je..kih3..

11. Hi syg, watpe 2? Nk ckp sket.. nape syg bwk satu battalion nak jumpa abg?... syg x caye kat abg eh.. huhu..

12.
Syg..kite jumpe k?..abg suka syg pakai tudung yg abg beli tu..cam
wardina lak..bkn syg x cntk.. just nmpk mkn cntk la..nipis sikit je..
nnt jumpa nnt syg bwk sorg dah la k..

13. Syg..abg sory
ngan apa jd td.. abg trsentuh jari syg td.. Tol gak ckp syg eh, trsentuh
xpe..TER.. hehe..makin tebal la pulak cinta abg kat syg..

14.
Thanks jumpa td, syg cntk la.. Ololo..abg romantik sket pun salah ke?
Ske abg romantik ek? Hehe.. Eh, td jumpa abg da berani tenung abg
ek..hoho.. tgk td kwn syg cam ske kat kwn abg je.. senang la kita jumpa
pasni.. tgk..Allah memberkati hubungan kite.. syg solat dah ke? Doakan
abg skali ek..miss u..

15.
syg..just nk tanya.. syg
cinta bg berapa percent? Apa tandanya eh? 50% je... huhu..yang. . just
nk tanya..rambut syg panjang x? just thinking of u at the moment…

16.
Td terbeli tudung pendek.. yg abg bg kat syg tu.. syg..bg la gmbr syg
special untuk abg yg pakai tudung td 2.. Cntk nye syg..gambar ni nak wat
wallpaper hp ngan kompter abg la..

17. Yang.. syg
cintakan abg berapa percent? Sepenuh hati Thanks syg..love u too.. abg
janji, abg akan jaga syg baik2 dan xkan tinggalkan syg...

18.
Syg..da lame kita couple kan.. xkan abg pegang tgn pun nak marah.. Syg kan milik abg.. Thank 4 being understanding. .

19.
 Syg kata Syg cintakan abg sepenuh hati.. kalu gitu..apa buktinya Syg cintakan abg..?

SELEPAS ITU BARU BERMULA ZINA YANG SEBENAR...

**************************************************************************

20.
 huh!... syg mengndung? tahu kat ne... cube check balik dgn doktor... xkan sekali buat dah mengandung, check balik k..

21.
huh! btol la syg mengndung ni?? syg, utk kebaikan kita berdua, lebih baik syg gugurkan kandungan tu.. gugurkan k..

22.
 Nape plak xnak? xberdosa la klu bunuh benda yang masing xbernyawa.....gugurkan jelah!!! jgn buat masalah bleh x!!

23.
xsakitlah!!! nape manje sangat ni! xkan bnda mudah cam tu pun xbleh buat..

24.
sori syg, abg xbleh temankan syg ke klinik tu, abg malu klu terserempak
dgn family or member, malu la abg klu diorg nmpak abg bwk syg dgn perut
syg yg besar tu..

25.
Ape!! RM 5,000?? kau yg
mengandung... kau cari sendiri la duit nak gugurkan anak tu.. bukan
masalah aku.. lantak kau la... bukan masalah aku jgak keluarga kau pulau
kau.. kau tu yg bodoh!! kau ingat kau tu cantik sgt?? aku dah xingin
kat kau!! pergi mmpos!

26. jgn kol n msg lg bleh x?!.. aku sbuk.. xde masa nk layan kau!...

27.(terputus hubungan)

- wanita itu mati akibat kegagalan proses penguguran..
- si lelaki mencari mangsa baru..
- dan kejadian terus berulang..

ITULAH KEBANYAKAN YANG TERJADI DI DUNIA KITA INI...
masyaallah~
harap kita x tergolong dalam golongan ni...

#adakah kita pernah menggunakan ayat-ayat diatas mahupun,terjerumus dengan ayat2 manis diatas....
urmmm,renung-renungkan dan ambil iktibar....

benda nie kwn pqah yg share dkt fb, semoga jdi pengajaran untuk kita =D 

background flower multiple colour

Tumblr_lsw7tiii2x1qestpko1_500_large
alolo, comelnyerr yoseob nie =D

http://2.bp.blogspot.com/-zcwB08aW1fM/TqGkEjaoILI/AAAAAAAAAWo/2bvInJncU8g/s1600/schabackgblue.png

http://4.bp.blogspot.com/-9JSb0P4YUcE/TqGkFlP58LI/AAAAAAAAAWw/i7T6t5KPa0M/s1600/schabackgorange.png

http://4.bp.blogspot.com/-oc15wM3HHe4/TqGkH6FihtI/AAAAAAAAAW4/hsw_1zQWqB0/s1600/schabackgpink.png

http://1.bp.blogspot.com/-wJj20nmbeNA/TqGkJMgqjlI/AAAAAAAAAXA/l3q6bda-cYM/s1600/schabackgpurple.png

http://3.bp.blogspot.com/-E0ZPdHsAnaI/TqGkJ-cUysI/AAAAAAAAAXI/5HXbWpmAq4w/s1600/schabackgred.png

exam~~T_T


nampaknya pqah skrg xleh selalu hupdate dah coz
skrg tgh sebok exam, hope korang paham ye
btw, wish me the luck k
skit je ari nie update coz nk bgi tau korang yg blog pqah nie masih wujud, hehe =P

13 alasan wanita yang enggan menutup aurat

Photo from Getty Images

1. Semua yang tutup aurat, confirm masuk syurga ke?

-Yang pasti, kalau tak tutup aurat, confirm masuk NERAKA..Nauzubillah

•*""*•.¸❤❤¸.•*"*•.¸❤ ❤¸.•*" "*•.¸❤❤¸.•*" "*•.¸❤ ❤¸.•*" "*•.¸❤

2. Tudung labuh pun macam baik sangat. Buat dosa jugak. Mengumpat orang.

-Bila Iblis tak mahu ikut perintah Allah untuk bersujud kepada Adam, dia menyalahkan perintah Allah itu. "Apahal pulak aku kena sujud, aku lebih baik dan mulia". Samalah seperti tudung. Tudung pula yang disalahkan, " pakai tudung tak mestinya baik..bla...bla...bla..."

•*""*•.¸❤❤¸.•*"*•.¸❤ ❤¸.•*" "*•.¸❤❤¸.•*" "*•.¸❤ ❤¸.•*" "*•.¸❤

3. Macamlah kau bagus sangat nak tegur aku. Kau dulu lagi jahat nak mampos.

-Tidak tersabit larangan dari Nabi untuk seseorang yang bahkan baru masuk Islam untuk pergi berdakwah kepada kaumnya. Maksudnya, dakwah itu tuntutan. Selagi kau Islam, dakwah tu wajib walaupun kau sendiri tak berapa betul. Sekurang-kurang dia insaf dan bertaubat sekarang.

•*""*•.¸❤❤¸.•*"*•.¸❤ ❤¸.•*" "*•.¸❤❤¸.•*" "*•.¸❤ ❤¸.•*" "*•.¸❤

4. Walau kami pakai seksi tapi hati kami baik.

-Adakah kau mendakwa diri kau mempunyai hati yang suci, iman yang tinggi dan kononnya ia sudah cukup menjamin maruah diri kau tanpa perlu menutup aurat?

•*""*•.¸❤❤¸.•*"*•.¸❤ ❤¸.•*" "*•.¸❤❤¸.•*" "*•.¸❤ ❤¸.•*" "*•.¸❤

5. Pakai jarang ke ketat ke, itu hak kami. Kalau tak suka jangan tengok.

-Adakah kau berani menjamin bahawa semua lelaki ajnabi mempunyai hati suci dan iman yang tinggi untuk menahan godaan syaitan serta nafsu yang membuak-buak?

•*""*•.¸❤❤¸.•*"*•.¸❤ ❤¸.•*" "*•.¸❤❤¸.•*" "*•.¸❤ ❤¸.•*" "*•.¸❤

6. Kami rasa apa yang kami pakai tak seksi. Terpulang kepada individu yang memandang kami.

-Seksi atau tidak, kau tetap berdosa walaupun hanya menayang sehelai rambut kau.

•*""*•.¸❤❤¸.•*"*•.¸❤ ❤¸.•*" "*•.¸❤❤¸.•*" "*•.¸❤ ❤¸.•*" "*•.¸❤

7. Walau kami tak bertudung, kami tetap solat dan puasa.

-Apakah ibadat kau diterima? Kau yakin cuma dengan berpuasa sudah cukup untuk menjamin kau masuk syurga?

•*""*•.¸❤❤¸.•*"*•.¸❤ ❤¸.•*" "*•.¸❤❤¸.•*" "*•.¸❤ ❤¸.•*" "*•.¸❤

8. Suka hati kamilah nak pakai macam ni. Kami tak susahkan hidup orang lain.

-Kau sebenarnya dah susahkan bapa, abang, adik, suami serta orang lain dengan menarik mereka ke neraka bersama kau disebabkan mereka tidak menegur dan gagal mendidik kau.

•*""*•.¸❤❤¸.•*"*•.¸❤ ❤¸.•*" "*•.¸❤❤¸.•*" "*•.¸❤ ❤¸.•*" "*•.¸❤

9. Apa yang kami pakai, ini antara kami dengan ALLAH.

-Berani cakap di dunia, berani ke kau cakap macam tu depan Allah nanti? Lawan perintah Allah, Neraka tempatnya.

•*""*•.¸❤❤¸.•*"*•.¸❤ ❤¸.•*" "*•.¸❤❤¸.•*" "*•.¸❤ ❤¸.•*" "*•.¸❤

10. Kami pakai seksi macam ni, sebab ikut arahan photographer/pengarah filem untuk disesuaikan dalam scene. (ayat artis)

-Sanggup patuh arahan mereka daripada patuh suruhan Allah?

•*""*•.¸❤❤¸.•*"*•.¸❤ ❤¸.•*" "*•.¸❤❤¸.•*" "*•.¸❤ ❤¸.•*" "*•.¸❤

11. Bukan kami tak mahu menutup aurat, cuma masih belum sampai seru.

-Mati tidak mengenal usia. Tak takut ke mati dalam usia muda? Tak sempat nak bertaubat nanti.

•*""*•.¸❤❤¸.•*"*•.¸❤ ❤¸.•*" "*•.¸❤❤¸.•*" "*•.¸❤ ❤¸.•*" "*•.¸❤

12. Takkan nak buat perubahan secara drastik? Slow-slow la..

-Boleh ke cakap kat Malaikat Izrail nanti, tunggu kejap! Lepak la dulu. Jangan ambil lagi nyawa aku.

•*""*•.¸❤❤¸.•*"*•.¸❤ ❤¸.•*" "*•.¸❤❤¸.•*" "*•.¸❤ ❤¸.•*" "*•.¸❤

13. Tutup aurat tu bagus tapi kami tidak mahu hipokrit kerana tidak ikhlas melakukannya.

-Kalau begitu kau sebenarnya memang hipokrit kerana tidak ikhlas beragama Islam.“Wahai wanita, setiap ciptaan tuhan yang berharga di dunia ini akan terlindung dan amat sukar untuk diperolehi. Di mana kamu boleh dapatkan permata? Tertanam jauh di perut bumi, tertudung dan dilindungi. Dimana kamu jumpa Mutiara? Terbenam jauh di dalam lautan, tertudung dan dilindungi oleh kulit kerang yang cantik. Di mana kamu cari emas? Terperosok di lapisan bumi tertudung dengan lapisan demi lapisan tanah dan batu. Tubuh kamu adalah suci malah lebih berharga daripada emas mahupun permata. Oleh itu kamu juga perlu bertudung dan melindungi diri kamu.”

•*""*•.¸❤❤¸.•*"*•.¸❤ ❤¸.•*" "*•.¸❤❤¸.•*" "*•.¸❤ ❤¸.•*" "*•.¸❤
 credit: fb... wakaka =D