HEY MR, BENCI KAMU!! BAB 6


Bab 6



Aniq Rayyan tiba di Langkawi International Airport setelah 45 minit penerbangan.  Telephonenya pantas didail nombor papanya.

“hello papa, aniq dah sampai dekat airport nie. Siapa yang nak jemput Aniq pa?”. kata Aniq Rayyan Bengang.

“kamu tunggu la kejap, nanti sampai la Pak mat tu lagipun dia kenal kamu”. Balas si pemanggil.

“okay la papa nanti kirim salam dekat mama, bye, Assalammuaalaikum”.telephone bimbitnya di letakkan dalam kocek seluarnya.

Seorang lelaki dalam lingkungan 40-an menuju  kearahnya.

“err.. anak ni Encik Aniq Rayyan ka?. Kata lelaki itu dengan loghat utaranya

“ya pak cik, pak cik ni siapa?. Dahinya berkerut menunggu jawapan lelaki tersebut.

“oh, betui la kalau camtu. Pak cik nie Pak Mat,  Tan Sri Syukur upah pak cik jaga anak dekat sini”. Balas lelaki yang membahasakan dirinya pak mat.

“maap la noo pak mat lambat ambik anak, jom la ikut pak mat pi dekat keta”. Kata pak mat lagi.

Aniq Rayyan hanya mendiamkan diri saja mendengar celoteh Pak Mat didalam kereta. Sememangnya lelaki  berumur itu peramah dan murah dengan senyum.

“anak pernah datang sini dak sebelum ni?” Tanya pak mat mesra.

“tak pak cik” hendak tak hendak saja Aniq menjawab. Moodnya tiada untuk bersembang dengan lelaki itu.

“ruginya anak tak pernah mai sini, orang kata kalau sekali dah pernah mai sini mesti nak mai lagi. Orang kata Panggilan Pulau”. Kata pak mat sambil tersengih. Dia cuba menimbulkan kemesraan dengan anak muda itu kerana dia diupah untuk berkhidmat  itu selama seminggu dan selama seminggu juga dia akan melayan kerenah anak orang kaya itu.

‘cehh, apa class bercuti dekat sini, kalau bukan sebab papa belum tentu aku jejakkan kaki dekat sini. Panggilan Pulau bagai nonsense gila, kali pertama dan terakhir aku datang sini’. Monolog Aniq Rayyan riak.

“anak kita singgah mesjid dulu noo, takut tak sempat pulak nak sembahyang?”.kata pak mat setelah mendengar bunyi azan magrib dari masjid berdekatan.

Setelah selesai  menunaikan solat mereka beriringan menuju ke kereta BMW 3Series yang diparkir dibawah pokok.

“Banyak pulak bunga pokok nie luruh kat keta ni”. Bebel Pak Mat sambil menarik wiper untuk membuang bunga yang luruh pada cermin hadapan  kereta agar tidak menganggu pemanduannya.

“bunga apa ni, pak mat?”. Tanya Aniq Rayyan.

“bunga sakura  nak”. Balas Pak mat.

Aniq Rayyan hanya menjongketkan keningnya selepas mendengar jawapan pak mata.

‘hmm.. ingatkan bunga apa tadi, seram jugak la kalau bunga cempaka ’. Monolog Aniq.

Jam di dashboard sudah menunjukkan  8.15 minit malam.

“Anak jom pi makan sat, pak cik belanja malam ni”. Kata pak mat.
Aniq Rayyan hanya menganggukkan kepala.  
badannya terasa letih ingin saja dia mengarahkan pak mat menghantarkannya ke Resort dahulu tetapi mengenangkan perutnya yang sudah berkeroncong , dia menerima saja pelawaan pak mat.

Restoran Danau Malai menjadi pilihan Pak Mat, kata Pak Mat makanannya sedap dan murah memang berbaloi-baloi.

“Pak mat kenapa lambat sangat sampai order nie?”. Rungut Aniq rayyan yang sudah kebosanan menunggu.

“Sabaq sat nak, restoran nie memang macam nie, orang ramai tak menang tangan la depa nak layan”.

5 minit kemudian, seorang waiter tergesa-gesa menuju  kearah mereka.

“maaf encik, encik nak order apa?”.Tanya waiter tersebut

“hmm,  Aniq kamu nak makan apa?”.tanya pak mat sambil memandang Aniq Rayyan.

“apa-apa je la pak mat”. Dengan nada malas Aniq Rayyan menjawab.

 Sebetulnya moodnya telah tiada untuk makan direstoran itu.

“hmm.. bagi ikan siakap tiga rasa, ikan pari bakaq, gulai kepala ikan merah, sup campuq untuk dua orang makan, sotong goreng tepung, telur bungkus, Daging masak merah, tomyam, sayur kalian goreng,…bla..bla ”

“wait!!”. Jerit Aniq Rayyan menghalang pak mat daripada meng-order lebih banyak makanan.

“pak mat, kita makan dua orang je perlu ke nak order banyak macam tu”.bengang Aniq Rayyan dengan lelaki tua itu.

Waiter tadi juga kelihatan seperti lipas kudung menulis pesanan yang disebut oleh pak mat. Buku nota kecilnya juga diselak beberapa kali, tak cukup tempat untuk menyalin agaknya.

“la bukan kamu ke suruh order ikut suka hati pak mat”. Kata pak mat dalam sengihan.

Mencerlung mata Aniq Rayyan memandang  wajah tua itu. Malas mahu melayan lelaki tua itu, Aniq Rayyan hanya mendiamkan diri.

 ‘hai orang tua nie dah lebih, kang ada gak nak kena hempuk dengan aku’. Desis Aniq.

Jam tangan Tag Heuer dipandang, jam menunjukkan pukul 10.25 minit malam. Dipandang pak mat disebelahnya yang begitu berselera menikmati hidangan.

‘lambatnya orang tua nie makan’. Kutuk Aniq Rayyan dalam hati. Serasanya tidak betah lagi beramah mesra dengan pak mat kerana lelaki tua itu bersikap dictator dengannya mengarahkan itu dan ini. Ambil tisu lah, mintak pinggan tambahanlah, order air lain lah. Walaupun lelaki itu memanggilnya dengan panggilan ANAK.

“erkk!, Alhamdullilah”.bunyi  sendawa meletus dari bibir pak mat, bibirnya yang comot itu dilap dengan tisu.

“awat, anak makan sikit ja pak mat tengok”. Tegur pak mat.

“tak lalu, saya nak balik resort sekarang!”.tegas Arah Aniq Rayyan kepada Pak mat. Sambil berjalan pantas menuju ke kereta.

Tergesa-gesa pak mat mengejar langkah anak muda itu. Nasib baik bayaran telah dibuat oleh Aniq setelah semua hidangan tiba di meja.

…………………………………………………..


Aniq Rayyan segera menapak keluar dari kereta setelah tiba di Porto Malai Resort. Langkahnya dipercepatkan ke kuanter resepsi.

“hello”. Sapa Aniq Rayyan sambil tersenyum manis terserlah kedua-dua lesung pipitnya yang tidak terlalu dalam.

Tercengang-cengang gadis di kuanter resepsi melihat Aniq Rayyan.

‘aduh!!, indahnya ciptaan tuhan’. Desis gadis itu.

Matanya tidak putus-putus memandang  wajah Aniq Rayyan.

‘kulitnya yang putih tetapi tidak terlalu melepak, keningnya yang tebal dan sedikit terangkat sungguh mengancam, matanya yang agak sepet kelihatan sungguh seksi, hidungnya yang mancung dan bibirnya…. Arghhh sempurna sungguh ciptaanNya ini’. raung gadis itu di dalam hati.

“helloooo”. Panggil aniq rayyan dengan lebih kuat.

“ohh.. ia..ia. ada apa encik”. Kata gadis itu tersipu-sipu, malu kerana terlanjur mengelamun dihadapan lelaki yang handsome ini.

“I ada booked chalet under  Akid Bin Aziz”. Kata Aniq Rayyan.

Sebenarnya dia agak pelik kenapa chalet yang di booked oleh ayahnya dibawah Akid Bin Aziz. Selalunya bilik akan dibooked di bawah namanya sendiri atau nama ayahnya.

‘maybe Akid Bin Aziz tu pekerja ayah kot. tak kesah la bawah nama siapa asalkan aku boleh berehat lepas ni’. Monolog Aniq Rayyan.

“kejap ya, I nak check”. Kata gadis itu dengan nada manja.

“okay, I will wait”. Sambil melirit manja kearah gadis itu. Gadis itu kelihatan malu-malu untuk bertentangan mata dengannya.

“hmm, ada encik”. Kata gadis itu sambil menghulurkan kunci. Nada gadis itu seperti kecewa.

‘Aikk, tadi bukan main mengeletis lagi. Pelik betul orang dekat sini terlebih minum air tasik dayang bunting kot’. Kata Aniq dalam hati.

“Thank you”. Kata Aniq. Sengaja dia menyentuh tangan gadis itu ketika gadis menghulurkan kunci. Matanya di kenyitkan.

‘eii, gatalnye mamat nie. Wife dia dah cantik masih nak mengatal memang lelaki tak pernah cukup dengan satu. Dah la datang sini nak honeymoon boleh lagi pasang jerat’. Rungut gadis itu didalam hati, teringat dia wanita cantik walaupun agak nerd itu yang meminta kunci bilik yang telah ditempah.



p/s: sorry siapa yang tertunggu sambungan HMBK. seriously scha bukannya hangat-hangat taik ayam nk buat enovel nie. tapi scha agak sibuk kebelakangan nie.. anyway tak sangka ada jugak org tertunggu sambunganya..sobbT___T*terharu
maybe bila scha dah siap buat sambungan sampai bab 10, baru scha akan publish bab 7,8,9,10. so korang kene tunggu lama la ye =P.. ahahaha

3 comments:

Anonymous said...

Yeah, akhirnya, lama ceq tnggu tauq...huhu, kenapa jdi isteri ni?? hah! Surprise!! hehe, sambung lagi ye, kak.....saya setia menunggu walaupun lambat~ jika sudi , meh terjah saya punya pulak~ :D

Anonymous said...

cepat la buat sambungan..tak sabar nk tahu apa jadi seterusnya..plezzzz :)

scha vella said...

@fara: tq :D

@anon: insyaAllah Anon.tq for supporting me