Bab 6
Aniq Rayyan
tiba di Langkawi International Airport setelah 45 minit penerbangan. Telephonenya pantas didail nombor papanya.
“hello papa,
aniq dah sampai dekat airport nie. Siapa yang nak jemput Aniq pa?”. kata Aniq
Rayyan Bengang.
“kamu tunggu
la kejap, nanti sampai la Pak mat tu lagipun dia kenal kamu”. Balas si
pemanggil.
“okay la
papa nanti kirim salam dekat mama, bye, Assalammuaalaikum”.telephone bimbitnya
di letakkan dalam kocek seluarnya.
Seorang
lelaki dalam lingkungan 40-an menuju
kearahnya.
“err.. anak ni
Encik Aniq Rayyan ka?. Kata lelaki itu dengan loghat utaranya
“ya pak cik,
pak cik ni siapa?. Dahinya berkerut menunggu jawapan lelaki tersebut.
“oh, betui
la kalau camtu. Pak cik nie Pak Mat, Tan
Sri Syukur upah pak cik jaga anak dekat sini”. Balas lelaki yang membahasakan
dirinya pak mat.
“maap la noo
pak mat lambat ambik anak, jom la ikut pak mat pi dekat keta”. Kata pak mat
lagi.
Aniq Rayyan
hanya mendiamkan diri saja mendengar celoteh Pak Mat didalam kereta.
Sememangnya lelaki berumur itu peramah
dan murah dengan senyum.
“anak pernah
datang sini dak sebelum ni?” Tanya pak mat mesra.
“tak pak
cik” hendak tak hendak saja Aniq menjawab. Moodnya tiada untuk bersembang
dengan lelaki itu.
“ruginya
anak tak pernah mai sini, orang kata kalau sekali dah pernah mai sini mesti nak
mai lagi. Orang kata Panggilan Pulau”. Kata pak mat sambil tersengih. Dia cuba
menimbulkan kemesraan dengan anak muda itu kerana dia diupah untuk
berkhidmat itu selama seminggu dan
selama seminggu juga dia akan melayan kerenah anak orang kaya itu.
‘cehh, apa
class bercuti dekat sini, kalau bukan sebab papa belum tentu aku jejakkan kaki
dekat sini. Panggilan Pulau bagai nonsense gila, kali pertama dan terakhir aku
datang sini’. Monolog Aniq Rayyan riak.
“anak kita
singgah mesjid dulu noo, takut tak sempat pulak nak sembahyang?”.kata pak mat
setelah mendengar bunyi azan magrib dari masjid berdekatan.
Setelah
selesai menunaikan solat mereka
beriringan menuju ke kereta BMW 3Series yang diparkir dibawah pokok.
“Banyak pulak
bunga pokok nie luruh kat keta ni”. Bebel Pak Mat sambil menarik wiper untuk
membuang bunga yang luruh pada cermin hadapan
kereta agar tidak menganggu pemanduannya.
“bunga apa
ni, pak mat?”. Tanya Aniq Rayyan.
“bunga
sakura nak”. Balas Pak mat.
Aniq Rayyan
hanya menjongketkan keningnya selepas mendengar jawapan pak mata.
‘hmm..
ingatkan bunga apa tadi, seram jugak la kalau bunga cempaka ’. Monolog Aniq.
Jam di
dashboard sudah menunjukkan 8.15 minit
malam.
“Anak jom pi
makan sat, pak cik belanja malam ni”. Kata pak mat.
Aniq Rayyan
hanya menganggukkan kepala.
badannya
terasa letih ingin saja dia mengarahkan pak mat menghantarkannya ke Resort
dahulu tetapi mengenangkan perutnya yang sudah berkeroncong , dia menerima saja
pelawaan pak mat.
Restoran
Danau Malai menjadi pilihan Pak Mat, kata Pak Mat makanannya sedap dan murah
memang berbaloi-baloi.
“Pak mat
kenapa lambat sangat sampai order nie?”. Rungut Aniq rayyan yang sudah
kebosanan menunggu.
“Sabaq sat
nak, restoran nie memang macam nie, orang ramai tak menang tangan la depa nak
layan”.
5 minit
kemudian, seorang waiter tergesa-gesa menuju kearah mereka.
“maaf encik,
encik nak order apa?”.Tanya waiter tersebut
“hmm, Aniq kamu nak makan apa?”.tanya pak mat
sambil memandang Aniq Rayyan.
“apa-apa je
la pak mat”. Dengan nada malas Aniq Rayyan menjawab.
Sebetulnya moodnya telah
tiada untuk makan direstoran itu.
“hmm.. bagi
ikan siakap tiga rasa, ikan pari bakaq, gulai kepala ikan merah, sup campuq
untuk dua orang makan, sotong goreng tepung, telur bungkus, Daging masak merah,
tomyam, sayur kalian goreng,…bla..bla ”
“wait!!”.
Jerit Aniq Rayyan menghalang pak mat daripada meng-order lebih banyak makanan.
“pak mat,
kita makan dua orang je perlu ke nak order banyak macam tu”.bengang Aniq Rayyan
dengan lelaki tua itu.
Waiter tadi
juga kelihatan seperti lipas kudung menulis pesanan yang disebut oleh pak mat.
Buku nota kecilnya juga diselak beberapa kali, tak cukup tempat untuk menyalin
agaknya.
“la bukan
kamu ke suruh order ikut suka hati pak mat”. Kata pak mat dalam sengihan.
Mencerlung
mata Aniq Rayyan memandang wajah tua
itu. Malas mahu melayan lelaki tua itu, Aniq Rayyan hanya mendiamkan diri.
‘hai orang tua nie dah lebih, kang ada gak nak
kena hempuk dengan aku’. Desis Aniq.
Jam tangan
Tag Heuer dipandang, jam menunjukkan pukul 10.25 minit malam. Dipandang pak mat
disebelahnya yang begitu berselera menikmati hidangan.
‘lambatnya
orang tua nie makan’. Kutuk Aniq Rayyan dalam hati. Serasanya tidak betah lagi
beramah mesra dengan pak mat kerana lelaki tua itu bersikap dictator dengannya
mengarahkan itu dan ini. Ambil tisu lah, mintak pinggan tambahanlah, order air
lain lah. Walaupun lelaki itu memanggilnya dengan panggilan ANAK.
“erkk!,
Alhamdullilah”.bunyi sendawa meletus
dari bibir pak mat, bibirnya yang comot itu dilap dengan tisu.
“awat, anak
makan sikit ja pak mat tengok”. Tegur pak mat.
“tak lalu,
saya nak balik resort sekarang!”.tegas Arah Aniq Rayyan kepada Pak mat. Sambil
berjalan pantas menuju ke kereta.
Tergesa-gesa
pak mat mengejar langkah anak muda itu. Nasib baik bayaran telah dibuat oleh
Aniq setelah semua hidangan tiba di meja.
…………………………………………………..
Aniq Rayyan
segera menapak keluar dari kereta setelah tiba di Porto Malai Resort.
Langkahnya dipercepatkan ke kuanter resepsi.
“hello”.
Sapa Aniq Rayyan sambil tersenyum manis terserlah kedua-dua lesung pipitnya
yang tidak terlalu dalam.
Tercengang-cengang
gadis di kuanter resepsi melihat Aniq Rayyan.
‘aduh!!,
indahnya ciptaan tuhan’. Desis gadis itu.
Matanya
tidak putus-putus memandang wajah Aniq
Rayyan.
‘kulitnya
yang putih tetapi tidak terlalu melepak, keningnya yang tebal dan sedikit
terangkat sungguh mengancam, matanya yang agak sepet kelihatan sungguh seksi,
hidungnya yang mancung dan bibirnya…. Arghhh sempurna sungguh ciptaanNya ini’.
raung gadis itu di dalam hati.
“helloooo”.
Panggil aniq rayyan dengan lebih kuat.
“ohh..
ia..ia. ada apa encik”. Kata gadis itu tersipu-sipu, malu kerana terlanjur
mengelamun dihadapan lelaki yang handsome ini.
“I ada
booked chalet under Akid Bin Aziz”. Kata
Aniq Rayyan.
Sebenarnya
dia agak pelik kenapa chalet yang di booked oleh ayahnya dibawah Akid Bin Aziz.
Selalunya bilik akan dibooked di bawah namanya sendiri atau nama ayahnya.
‘maybe Akid
Bin Aziz tu pekerja ayah kot. tak kesah la bawah nama siapa asalkan aku boleh
berehat lepas ni’. Monolog Aniq Rayyan.
“kejap ya, I
nak check”. Kata gadis itu dengan nada manja.
“okay, I
will wait”. Sambil melirit manja kearah gadis itu. Gadis itu kelihatan
malu-malu untuk bertentangan mata dengannya.
“hmm, ada
encik”. Kata gadis itu sambil menghulurkan kunci. Nada gadis itu seperti
kecewa.
‘Aikk, tadi
bukan main mengeletis lagi. Pelik betul orang dekat sini terlebih minum air
tasik dayang bunting kot’. Kata Aniq dalam hati.
“Thank you”.
Kata Aniq. Sengaja dia menyentuh tangan gadis itu ketika gadis menghulurkan
kunci. Matanya di kenyitkan.
‘eii,
gatalnye mamat nie. Wife dia dah cantik masih nak mengatal memang lelaki tak
pernah cukup dengan satu. Dah la datang sini nak honeymoon boleh lagi pasang
jerat’. Rungut gadis itu didalam hati, teringat dia wanita cantik walaupun agak
nerd itu yang meminta kunci bilik yang telah ditempah.
p/s: sorry siapa yang tertunggu sambungan HMBK. seriously scha bukannya hangat-hangat taik ayam nk buat enovel nie. tapi scha agak sibuk kebelakangan nie.. anyway tak sangka ada jugak org tertunggu sambunganya..sobbT___T*terharu
maybe bila scha dah siap buat sambungan sampai bab 10, baru scha akan publish bab 7,8,9,10. so korang kene tunggu lama la ye =P.. ahahaha
3 comments:
Yeah, akhirnya, lama ceq tnggu tauq...huhu, kenapa jdi isteri ni?? hah! Surprise!! hehe, sambung lagi ye, kak.....saya setia menunggu walaupun lambat~ jika sudi , meh terjah saya punya pulak~ :D
cepat la buat sambungan..tak sabar nk tahu apa jadi seterusnya..plezzzz :)
@fara: tq :D
@anon: insyaAllah Anon.tq for supporting me
Post a Comment