HEY MR, BENCI KAMU!! BAB 5





BAB 5


“bik”.  panggil Aireen kuat dari biliknya.

Berlari-lari bibik Yanti menuju kebilik Aireen di tingkat tiga

“ya, mbak” sahut bik yanti termengah-mengah.

“esok, saya nak pergi bercuti ke Langkawi sebelum masuk kerja”.

Aireen sudah memikirkan cadangan pak sunya untuk  mengambil alih tugas daddynya sebagai CEO di syarikat  Material Holdings.

“berapa hari kok mbak pergi kesano?”. Kata bibik yanti dalam loghat jawa-indonnya yang pekat.

“seminggu kut bik, nanti bibik jaga la rumah ni baik-baik ya” pesan Aireen , terasa berat pula hatinya untuk meninggalkan rumah itu.

“biarin bibik hantarin mbak ke airport ya”

“tak perlulah bibik, saya sewa teksi je. Lagipun saya pergi sana naik ferry”. 

Sudah  hampir 5kali dia melawat kepulau itu namun dia tidak berpeluang untuk menaiki feri kerana tidak dibenarkan oleh mummynya.

“ooOOh.. hati-hati ya mbak jangan lupain beli ole-olenya buat bibik”. Kata bibik yanti sambil tersengih.

“bibik pasti saya enggak akan lupain dong” balas aireen dalam bahasa indonesianya yang berterabur.

Bibik yanti yang sedari tadi hanya tersengih sudah ketawa mendengar  kata-kata Aireen. Hubungannya dan Aireen sangat akrab seperti adik dan kakak semenjak dia Aireen kembali kerumah itu sebulan yang lalu. Dahulu hubungannya dan Aireen  seperti majikan dan pekerja walaupun dia dilayan dengan baik oleh Aireen.namun hubungan itu dirasakan terhapus kini.

“bik,tolong saya packing barang ya?

“baik mbak”. Balas bibik sambil tersenyum.

……………………………………………


Jam dipergelangan Aireen sudah menunjukkan jam 10.30 pagi namun feri yang dijangka tiba pada jam 10.00 pagi tidak juga kunjung tiba.  Aireen telah tiba di jeti Kuala Kedah pada jam 8.00 pagi tadi, hampir tiga setengah jam  juga Aireen  terkandas dijeti itu. Aireen hanya memakai baju t-shirt lengan panjang  berwarna pink dan skinny jeans berwarna hitam, rambutnya yang panjang diikat menggunakan reben pink tidak lupa juga spek berbingkai tebal dikenakan pada matanya. Satu penampilan yang berbeza daripada Nur Najeeba Qaireen yang dulu. Wajahnya yang putih juga bebas daripada sebarang make up, sungguh nerd sekali wajahnya.

“ishh.!! Lambatnya feri kalau aku tau naik flight lagi bagus”.rungut aireen dalam hati, rambutnya yang berterbangan dibetulkan semula. Sekali pandang macam iklan rejoice, guna jari pun boleh.

Feri tiba juga pada jam 10.50 pagi. Aireen tertidur sepanjang perjalanan, Perjalanan feri daripada Kuala Kedah ke Langkawi mengambil masa selama satu jam.

………………………………………


Tan Sri Syukur berjalan pantas menuju kebiliknya. intercomnya ditekan.

“Fati panggil Aniq Rayyan masuk kebilik saya”, kata Tan Sri Syukur kepada setiausahanya.

“Baik, Tan Sri”. Balas Fatimah

Fatimah berjalan pantas menuju ke bilik Aniq Rayyan, Pintu bilik itu diketuk.

“masuk”. Panggil Aniq.

“hmm.. Encik Aniq, Tan Sri panggil ke bilik beliau”.

“okay, kejap nanti saya datang”

‘ada apa pulak nie papa panggil aku’ monolog Aniq. Dia berjalan laju kebilik papanya. Pintu bilik papanya dibuka.

“hah! Aniq duduk situ” arah Tan Sri Syukur sambil menundingkan jari kearah sofa dipenjuru bilik.

“okay, Ingatkan papa ada perkara penting nak bincang tentang syarikat” balas Aniq. Di masak benar dengan perangai papanya. Papanya lebih selesa berbincang masalah peribadi di sofa manakala jika hal berkaitan syarikat papanya lebih selesa berbual dimejanya .

Tan Sri Syukur hanya tersenyum mendengar kata-kata anaknya itu.

“Papa nak bagi Aniq hadiah”. Kata Tan Sri Syukur sambil tersengih.

“hah!! Hadiah? Untuk apa?. Kata Aniq dengan dahi yang berkerut.

Tan Sri Syukur mengeluarkan sekeping tiket

“ini, hadiah dia. Kamu kena pergi hari ni”

“hah! Hari nie? untuk apa hadiah ni papa?”pelik Aniq Rayyan melihat gelagat papanya.

“papa dah bagi ambil je la, lagipun sejak sedar kamu terus masuk kerja”.

“papa, Aniq sihat tak perlu la nak paksa Aniq pergi bercuti bagai” bantah Aniq dengan cadangan papanya.

“Aniq, no matter what you must go. Penginapan Aniq semua dah booked you just go and enjoy yourself”. Tegas arahan Tan Sri Syukur.

“sekarang dah pukul 11.00 pagi, flight kamu pukul 6.00 petang, pergi balik dan packing apa-apa yang patut”.

“ooo..kay pa..pa” balas Aniq lemah.

-------------------------------------------------

‘Alhamdullillah, sampai jugak aku dekat sini, ingatkan dah mati kejung’. Monolog Aireen selepas keluar dari perut feri. Semasa didalam feri Aireen terjaga daripada tidur kerana terkejut apabila beg galasnya terjatuh pada mukanya dengan olengan air laut yang kuat. Feri yang dia naiki juga terasa seperti hendak terbalik apabila melawan ombak..ngeri!!

Aireen telah menyewa sebuah kereta Vios selama seminggu. Aireen memilih untuk menyewa di Porto Malai Resort atas cadangan Mak sunya. Hasratnya ke Langkawi telah di ketahui oleh ibu dan bapa saudaranya semasa di perjumpaan di hotel tempoh hari malah berbelanjaannya kesini telah disponsor oleh pak sunya.

Ketibaaannya disambut mesra oleh penyambut tetamu. Aireen berjalan pantas sambil mengalas begnya yg besar ke kuanter resepsi.

“hello miss, can I help you?” Tanya gadis di kuanter itu.

“I already booked chalet in this resort under Akid Bin Aziz”

Tangan gadis tesebut lincah menekan papan kekunci mencari maklumat yang di carinya.

“Mrs, this your key and hope you enjoy your honeymoon”. Kata gadis itu yang memakai nametag Nurul.

“thank you” balas Aireen sambil mengambil kunci ditangan gadis tersebut.

Aireen berjalan menuju ke chaletnya terpukau dengan pemandangan sekeliling resort yang berdekatan dengan pantai Cenang.

“Wooow”. Jerit Aireen kagum dengan reka bentuk chalet yang klasik penuh ciri-ciri kemelayuan

“bestnya, tak sangka pak su tempah honeymoon chalet untuk aku”. Kata Aireen sambil bergolek-golek diatas katil.

Aireen menyelak langsir yang ditiup angin sepoi-sepoi bahasa.

“Wow Cantiknya”.sekali lagi Aireen terpegun dengan pemandangan yang terbentang dihadapan matanya.



…………………………………………


Pemergian Aniq di hantar oleh Tan Sri Syukur dan Puan Sri Belinda.

“bang, linda takut la”. Kata Puan Sri Belinda dengan nada risau.

“ish, awak ni jangan nak fikir bukan-bukan pulak, cuba awak doakan yang terbaik untuk anak kita”. Nasihat Tan Sri Syukur.

“kejap abang nak telephone dorang”. Kata Tan Sri Syukur sambil mendail nombor rakannya.

……………………………………………………

“Bang, betul ke apa yang kita buat nie?”. Kata Datin Najla.

“insyaAllah, Naj. Kita Cuma buat apa yang kita rasa terbaik untuk dia. Hanya ini satu-satunya cara yang abang dapat fikirkan”. Telephone bimbitnya tidak dilepaskan, hatinya rasa berdebar-debar setelah mendapat panggilan dari rakannya.



TO BE CONTINUED =D

2 comments:

Farra DeLee said...

kelakar lah aireen skrng...watak dia happy go lucky~ hehe...hai, mcm ada benda tak kena aje parents Aniq dan family Aireen? planning ke smua ni? woo....sambung-sambung~~ ;)

btw, happy new year 2013..hope 2013 is better then others~ ;)

scha vella said...

Farra: hehe biar dia hepy dlu..