BAB 5
“bik”. panggil Aireen kuat dari biliknya.
Berlari-lari
bibik Yanti menuju kebilik Aireen di tingkat tiga
“ya, mbak”
sahut bik yanti termengah-mengah.
“esok, saya
nak pergi bercuti ke Langkawi sebelum masuk kerja”.
Aireen sudah
memikirkan cadangan pak sunya untuk
mengambil alih tugas daddynya sebagai CEO di syarikat Material Holdings.
“berapa hari
kok mbak pergi kesano?”. Kata bibik yanti dalam loghat jawa-indonnya yang pekat.
“seminggu
kut bik, nanti bibik jaga la rumah ni baik-baik ya” pesan Aireen , terasa berat
pula hatinya untuk meninggalkan rumah itu.
“biarin
bibik hantarin mbak ke airport ya”
“tak
perlulah bibik, saya sewa teksi je. Lagipun saya pergi sana naik ferry”.
Sudah hampir 5kali dia melawat kepulau itu namun dia
tidak berpeluang untuk menaiki feri kerana tidak dibenarkan oleh mummynya.
“ooOOh..
hati-hati ya mbak jangan lupain beli ole-olenya buat bibik”. Kata bibik yanti
sambil tersengih.
“bibik pasti
saya enggak akan lupain dong” balas aireen dalam bahasa indonesianya yang
berterabur.
Bibik yanti
yang sedari tadi hanya tersengih sudah ketawa mendengar kata-kata Aireen. Hubungannya dan Aireen sangat
akrab seperti adik dan kakak semenjak dia Aireen kembali kerumah itu sebulan
yang lalu. Dahulu hubungannya dan Aireen
seperti majikan dan pekerja walaupun dia dilayan dengan baik oleh Aireen.namun
hubungan itu dirasakan terhapus kini.
“bik,tolong
saya packing barang ya?
“baik mbak”.
Balas bibik sambil tersenyum.
……………………………………………
Jam
dipergelangan Aireen sudah menunjukkan jam 10.30 pagi namun feri yang dijangka
tiba pada jam 10.00 pagi tidak juga kunjung tiba. Aireen telah tiba di jeti Kuala Kedah pada jam
8.00 pagi tadi, hampir tiga setengah jam juga Aireen terkandas dijeti itu. Aireen hanya memakai
baju t-shirt lengan panjang berwarna
pink dan skinny jeans berwarna hitam, rambutnya yang panjang diikat menggunakan
reben pink tidak lupa juga spek berbingkai tebal dikenakan pada matanya. Satu penampilan
yang berbeza daripada Nur Najeeba Qaireen yang dulu. Wajahnya yang putih juga
bebas daripada sebarang make up, sungguh nerd sekali wajahnya.
“ishh.!! Lambatnya
feri kalau aku tau naik flight lagi bagus”.rungut aireen dalam hati, rambutnya
yang berterbangan dibetulkan semula. Sekali pandang macam iklan rejoice, guna
jari pun boleh.
Feri tiba
juga pada jam 10.50 pagi. Aireen tertidur sepanjang perjalanan, Perjalanan feri
daripada Kuala Kedah ke Langkawi mengambil masa selama satu jam.
………………………………………
Tan Sri
Syukur berjalan pantas menuju kebiliknya. intercomnya ditekan.
“Fati
panggil Aniq Rayyan masuk kebilik saya”, kata Tan Sri Syukur kepada
setiausahanya.
“Baik, Tan Sri”. Balas Fatimah
Fatimah berjalan pantas menuju ke
bilik Aniq Rayyan, Pintu bilik itu diketuk.
“masuk”. Panggil Aniq.
“hmm.. Encik Aniq, Tan Sri panggil ke
bilik beliau”.
“okay, kejap nanti saya datang”
‘ada apa
pulak nie papa panggil aku’ monolog Aniq. Dia berjalan laju kebilik papanya. Pintu
bilik papanya dibuka.
“hah! Aniq
duduk situ” arah Tan Sri Syukur sambil menundingkan jari kearah sofa dipenjuru
bilik.
“okay, Ingatkan
papa ada perkara penting nak bincang tentang syarikat” balas Aniq. Di masak
benar dengan perangai papanya. Papanya lebih selesa berbincang masalah peribadi
di sofa manakala jika hal berkaitan syarikat papanya lebih selesa berbual
dimejanya .
Tan Sri
Syukur hanya tersenyum mendengar kata-kata anaknya itu.
“Papa nak
bagi Aniq hadiah”. Kata Tan Sri Syukur sambil tersengih.
“hah!!
Hadiah? Untuk apa?. Kata Aniq dengan dahi yang berkerut.
Tan Sri
Syukur mengeluarkan sekeping tiket
“ini, hadiah
dia. Kamu kena pergi hari ni”
“hah! Hari nie?
untuk apa hadiah ni papa?”pelik Aniq Rayyan melihat gelagat papanya.
“papa dah
bagi ambil je la, lagipun sejak sedar kamu terus masuk kerja”.
“papa, Aniq
sihat tak perlu la nak paksa Aniq pergi bercuti bagai” bantah Aniq dengan
cadangan papanya.
“Aniq, no
matter what you must go. Penginapan Aniq semua dah booked you just go and enjoy
yourself”. Tegas arahan Tan Sri Syukur.
“sekarang
dah pukul 11.00 pagi, flight kamu pukul 6.00 petang, pergi balik dan packing
apa-apa yang patut”.
“ooo..kay
pa..pa” balas Aniq lemah.
-------------------------------------------------
‘Alhamdullillah,
sampai jugak aku dekat sini, ingatkan dah mati kejung’. Monolog Aireen selepas
keluar dari perut feri. Semasa didalam feri Aireen terjaga daripada tidur
kerana terkejut apabila beg galasnya terjatuh pada mukanya dengan olengan air
laut yang kuat. Feri yang dia naiki juga terasa seperti hendak terbalik apabila
melawan ombak..ngeri!!
Aireen telah
menyewa sebuah kereta Vios selama seminggu. Aireen memilih untuk menyewa di Porto
Malai Resort atas cadangan Mak sunya. Hasratnya ke Langkawi telah di ketahui
oleh ibu dan bapa saudaranya semasa di perjumpaan di hotel tempoh hari malah
berbelanjaannya kesini telah disponsor oleh pak sunya.
Ketibaaannya
disambut mesra oleh penyambut tetamu. Aireen berjalan pantas sambil mengalas
begnya yg besar ke kuanter resepsi.
“hello miss,
can I help you?” Tanya gadis di kuanter itu.
“I already booked
chalet in this resort under Akid Bin Aziz”
Tangan gadis
tesebut lincah menekan papan kekunci mencari maklumat yang di carinya.
“Mrs, this
your key and hope you enjoy your honeymoon”. Kata gadis itu yang memakai
nametag Nurul.
“thank you”
balas Aireen sambil mengambil kunci ditangan gadis tersebut.
Aireen
berjalan menuju ke chaletnya terpukau dengan pemandangan sekeliling resort yang
berdekatan dengan pantai Cenang.
“Wooow”. Jerit
Aireen kagum dengan reka bentuk chalet yang klasik penuh ciri-ciri kemelayuan
“bestnya,
tak sangka pak su tempah honeymoon chalet untuk aku”. Kata Aireen sambil
bergolek-golek diatas katil.
Aireen
menyelak langsir yang ditiup angin sepoi-sepoi bahasa.
“Wow Cantiknya”.sekali
lagi Aireen terpegun dengan pemandangan yang terbentang dihadapan matanya.
…………………………………………
Pemergian Aniq
di hantar oleh Tan Sri Syukur dan Puan Sri Belinda.
“bang, linda
takut la”. Kata Puan Sri Belinda dengan nada risau.
“ish, awak
ni jangan nak fikir bukan-bukan pulak, cuba awak doakan yang terbaik untuk anak
kita”. Nasihat Tan Sri Syukur.
“kejap abang
nak telephone dorang”. Kata Tan Sri Syukur sambil mendail nombor rakannya.
……………………………………………………
“Bang, betul
ke apa yang kita buat nie?”. Kata Datin Najla.
“insyaAllah,
Naj. Kita Cuma buat apa yang kita rasa terbaik untuk dia. Hanya ini
satu-satunya cara yang abang dapat fikirkan”. Telephone bimbitnya tidak dilepaskan,
hatinya rasa berdebar-debar setelah mendapat panggilan dari rakannya.
TO BE CONTINUED =D
2 comments:
kelakar lah aireen skrng...watak dia happy go lucky~ hehe...hai, mcm ada benda tak kena aje parents Aniq dan family Aireen? planning ke smua ni? woo....sambung-sambung~~ ;)
btw, happy new year 2013..hope 2013 is better then others~ ;)
Farra: hehe biar dia hepy dlu..
Post a Comment