HEY MR, BENCI KAMU!! BAB 1




Bab 1

“mak su, tolong la Aireen! Aireen tak nak kahwin dengan Teuku Zakir, Aireen tak cintakan dia mak su” tersedu-sedan Aireen memujuk mak sunya agar membatalkan pernikahannya yg akan berlangsung lebih kurang 4 bulan lagi. Terkejut bukan main lgi Aireen apabila diberitahu oleh mak sunya bahawa dia sudah bertunang dengan Teuku Zakir sejak 1 tahun yg lalu .

“Aireen jangan nak bagi malu maksu boleh tak?, bukannya maksu yg paksa Aireen kahwin dengan dia, Aireen yg nak bertunang dengan dia dulu hampir 3 tahun aireen couple dgn dia. Ya Allah! Aireen takkan yg tu pun Aireen tak boleh ingat” pening kepala Datin Sharifah Najla apabila memikirkan perangai anak buahnya yg seorang ini. Sejak sedar dari koma sebulan yg lalu akibat kemalangan jalan raya yg turut mengorbankan kedua-dua ibubapa Aireen, iaitu Tan Sri Lee Zainail dan Puan Sri Sharifah Najihah. Perangai Aireen semakin berubah, penyakit Amnesia Aireen juga dilihatnya semakin teruk mana tidaknya Aireen yg dulunya begitu pandai bergaya menjadi begitu kekampungan . paling teruk Aireen tidak mengenali kekasih hatinya, malah dirinya juga Aireen tidak ingat puas juga dia memaksa Aireen mengenali dirinya dan mujurlah Aireen dpt menerima kematian daddy dan mummynya.

“mak su, b…be..tul Ai..reen tak in..gat di..a lang…sung.” Semakin teruk sedu sedan Aireen dibuatnya.

“ Aireen, persiapan semua dah dibuat takkan kita nak cancel macam tu saja, kalau parents Aireen masih ada tentu mereka marah dan sedih dgn keadaan Aireen begini” .Datin Sharifah Najla mengelengkan kepala  melihat penampilan  Aireen yg dirasakan berubah 360  darjah berbanding  Nur Najeeba Qaireen yg dulu, Nur Najeeba Qaireen yg dilihatnya sekarang  hanya memakai kain batik dan berbaju kurung kedah tak ubah seperti Mak Ziah pembantu rumahnya, nasib baik juga anak buahnya ini mempunyai rupa paras  yg cantik diwarisi daripada kedua-dua ibu bapanya, Tan Sri Lee Zainail merupakan mualaf, ibu berketurunan iban manakala ayahnya pula org korea, Lee Zainail sudah memeluk islam sebelum mengenali kakaknya, mereka pula berketurunan arab . perkahwinan kakaknya direstui oleh kedua-dua ibubapanya walaupun ditentang oleh ibubapa Lee Zainail kerana melarang anak lelaki mereka menukar agama padahal anak mereka sudah lama memeluk islam, oleh kerana keikhlasan Lee Zainail memeluk islam perkahwinan kakaknya bahagia walaupun hanya dikurniakan seorang anak.

Wajah satu-satunya anak saudaranya dipandang lama, wajah Aireen lebih banyak diwarisi dari mummynya Cuma matanya sahaja diwaris oleh daddynya.

“ma..ak mak su”
Lamunan Datin Sharifah Najla terhenti apabila mendengar lirih suara anak saudaranya itu.

“ya Aireen, kenapa sayang?” panggil Datin Sharifah Najla lembut. Tidak guna rasanya jika dia memaksa Aireen sekarang.

“Ai…reen ten…tu dah ban..yak su..sahkan mak..su kan?” sayu sahaja suara Aireen, rasa sudah terlalu banyak masalah yg dia taburkan kepada maksunya itu.

“tidak sayang , maksu faham aireen tertekan sekarang . Aireen dh sedar dari koma hari tu pun dah melegakan hati maksu. Nanti maksu bincang dengan family Zakir pasal masalah Aireen nie, mak su tahu dia org mesti faham”.

‘Bakal mentua Aireen pun satu hal jugak, Malaysia punya la besar masih nak tinggal dkt UK,’ sungguh dia tidak berkenan dia dgn si Teuku Zakir  dulu. Macam mana la anak saudaranya ini boleh tersangkut dengan dgn The King Of Crocodile ini mahu ditegah rasanya dihanyalah ibu saudara Aireen, serasanya dulu ibubapa Aireen juga tidak berkenan dengan Teuku Zakir n tetapi disebabkan anak kesayangan dituruti juga kemahuan Nur Najeeba Qaireen. Dan sekarang apabila Aireen menolak ditidak mampu untuk bebuat apa-apa kerana janji sudah termerterai.


……………………………………………………………………………………


suasana hening didalam bilik hospital Asia Columbia bagaikan mengetahui kesedihan yg melanda keluarga pemilik bilik itu sejak 3 bulan yg lalu.

“I’m sorry Tan Sri, Puan Sri, I’m trying soo harder to saves his lives, only mircle of god can makes your son aware from his comma”

Kata-kata doktor berbangsa India 3 bulan yg lalu masih segar didalam minda Tan Sri Syukur  dan Puan Sri Belinda.

Selama 3 bulan juga saudara mara dtg untuk membaca yasin kepada anak mereka untuk memberi kekuatan kepada anak mereka untuk berjuang untuk hidup. Entah bila masanya anak mereka akan sedar, melalui maklumat yg mereka perolehi mangsa yg sama terlibat dlm kemalangan jalan raya itu sudah sedar dri koma dan kemalangan yg menglibatkan anak mereka ini bukan berpunca dari anak mereka tetapi disebabkan kecuaian insan lain, hendak disalahkan siapa semua ini terjadi sebagai org islam dia harus berbalik kepada qada dan qadar Allah S.W.T mungkin ada hikmah disebalik kejadian yg menimpa anaknya.

………………………………………………………………


“hey, baby why you’re sulking like that?, hmmm… tak jadi La I nak beri you nie” sambil tangannya melayangkan rantai platinum dari Tiffany&Co di hadapan kekasih malamnya. Rantai platinum itu dibelinya untuk insan lain, tetapi mengenangkan insan tersebut hatinya menjadi sakit, ‘tak guna punya perempuan tau la apa nak buat dgn nanti’ katanya didalam hati sambil tersenyum manis dihadapan kekasih malamnya.

“hishh, you ni la, setiap kali I call you bukan nak angkat. Asyik awek you je yg angkat” kata Nik Dhiya sambil memalingkan muka kearah lain, kononnya merajuk padahal dlm hati mcm nak rampas je necklace yg ada pada kekasih gelapnya.

“hah!! Awek I? siapa?” peluh jantannya sudah memercik didahinya, tahu takut.

“alah operater girl tu la, sambil mengeling ke arah kekasih gelapnya yg berketurunan tengku itu”

“hahaha, you nie dgn operater girl tu pun you nak jeles, she not my tastes, you’re my taste” smbil memakaikan kekasih malamnya rantai platinum itu, dikucupnya leher kekasih malamnya itu.


……………………………………………………………


Sudah seminggu Nur Najeeba Qaireen berkurung didalam bilik makan minumnya tidak menentu. Naik pening kepala Datin Sharifah Najla memikirkan anak saudara tunggalnya.

“Naj, Aireen tu mcm mana hari ini?” Dato’ Akid juga risau memikiran  kesihatan anak saudara isterinya yg sudah dianggap seperti anak sendiri kerana perkahwinannya dgn Sharifah Najla tidak dikurniakan zuriat. Setelah kematian iparnya dirasakan tugas dia dan isteri bertanggungjawab untuk melindungi Nur Najeeba Qairen Lee Zainail sperti anak sendiri.

    ‘Akid, abg long harap kau boleh jaga Aireen macam anak kau sendiri bila abg long pergi nanti, Aireen tu memang degil budaknya, abg long harap kau pilih jodoh yg terbaik untuk dia, boleh membimbing dia selama ni abg long sudah banyak abaikan dia, nasib baik abg long ada isteri… haha… jaga syarikat abg long tu, harap abg long boleh percayakan kau’.

Kata-kata Tan Sri Lee Zainail terngiang-ngiang diminda Dato’Akid, pada mulanya dia menganggap kata tu hanya sebagai gurauan sahaja kerana Tan Sri Lee Zainail berkata begitu disebabkan akan ke outstation selama 3 minggu ke jepun, belum pun sempat ke jepun mereka kemalangan apabila kereta Bentley Continental yg dipandu oleh Aireen milik Tan Sri  Zainail merempuh sebuah kereta Ferrari Berlinetta. Yg pelik bin ajaibnya kenapa Aireen yg bawak kereta tu selalunya Aris yg  bawa, selama ini Aireen apabila di suruh membawa kereta milik ayahnya pasti dia menolak dgn alasan takut, ish.. ish pelik pelik smbil mengelengkan kepala.

“abg! Org ckp dgn dia boleh pulak mengelamun  lepas tu geleng2kan kepala” masam wajah Datin Sharifah Najla menegur.

“ayang ni, yg tu pun nak marah muka berkedut-kedut tu kenapa, ha kedut betul-betul baru tau” gurau Dato’Akid

 Makin panjang muncung Datin Sharifah Najla mendengar kata2 suaminya.


…………………………………………………………


Nur Najeeba Qaireen berjalan-jalan dihadapan halaman bunglow milik bapa dan ibu saudaranya. Dia berasa sungguh tenang melihat keadaan disekeliling bunglow tersebut yg dipenuhi rimbunan pohon menghijau, terdapat sebuat kolam renang dan berdekatan kolam renang terdapat sebuah gazebo yg menjadi tempat minum petang.

“Cik Aireen, pergi la dkt gazebo tu nnt Mak Ziah dah bawakan makanan, biasanya dato’ dgn datin suka makan di gazebo tu. Kejap ya mak ziah panggil”

“ehh, terima kasih Mak Ziah,” kata Aireen sambil menuju ke gazebo tersebut

Lamuan Aireen terhenti apabila terpandang kelibat pak su dan mak su yg menuju ke arahnya. Aireen mengukir senyum kepada mereka.

“Aireen sihat?” sapa pak su nya

“Alhamdulillah, sihat pak su” tersenyum kecil Aireen mendengar soalan pak su nya, hari2 jumpa pun pak su nya bertanyakan soalan yg sama.

Pandangan mata Aireen kembali tertumpu pada kawasan halaman rumah ini, matanya tertarik pada sepohon pokok sperti pokok sakura bunganya yg berguguran di rumput hijau tidak langsung mencacatkan pandangan Aireen . Hmm.. cntiknya pokok tu warna pink lgi..

“mak su?”

“ya Aireen”

“tu pokok sakura ya?” sambil matanya tidak terlepas memandang pohon tersebut.

“ya, mak su pun pelik macam mana pokok tu boleh hidup dkt sini iklim sini tapi yg berbezanya sakura Malaysia ada daun, sakura Jepun tak ada daun”.

“ya la mak su baru Aireen perasaan sakura tu ada daun, Aireen rasa cantik sakura Malaysia lagi”.

Lega Datin Sharifah Najla mendengar suara Aireen, sebelum ini berpatah-patah yg ditanya hanya sepatah sahaja yg dijawap. Wajah anak saudaranya di pandang sayang mungkin ada hikmah diatas segala yg berlaku.


………………………………………………………………

 “bang, ban..gun a..nak ki..ta”. teresak-esak Puan Belinda mengejutkan suaminya yg tertidur diatas sofa bilik hospital.

“Ya Allah linda, kenapa?” terkejut Tan Sri Syukur melihat isterinya yg menangis memandangnya, kepala yg dirasakan berdenyut-denyut mungkin akibat terkejut  dgn esakkan isterinya..


 TO BE CONTINUED

2 comments:

Anonymous said...

best crte....tpi susah sikit nk bce sbb ada menu kt tepi kiri tu...hehehe, nti ubah okey...(y)

scha vella said...

hehe, tq farra