HEY MR, BENCI KAMU!! BAB 4


BAB 4


“Aniq tak apa-apa?”. Tegur Puan Sri Belinda, cemas melihat aniq memegang dadanya.

Risau Puan Sri Belinda melihat keadaan anaknya yg kelihatan pucat mukanya, terasa menyesal pula membenarkan Aniq memandu sendiri.

“takde apa-apa mama, Aniq maybe cuma terkejut je tadi time drive kereta.”

“kenapa Aniq? Apa dah jadi?”. Soal Puan Sri Belinda bertalu-talu.

“Aniq kena hon tadi. Aniq tak tau la kenapa Aniq gementar bila nak pegang stereng kereta”. Adu Aniq.

Puan Sri Belinda semakin cemas mendengar kata-kata anaknya, sebelum ini Aniq cekap memandu mungkin peristiwa kemalangan hari itu masih menghantui anaknya.

“Aniq jom kita pergi hospital, mama nak tanya doktor Prakash”. Ajak Puan Sri Belinda tergesa-gesa.

“mama calm down, Aniq okay la nanti lama-lama hilanglah rasa takut ni” pujuk Aniq.

“isshh.. mama susah hati la tengok keadaan Aniq macam nie, kalau Aniq nak pergi mana-mana pergi je dengan Pak Daud dulu nanti mama suruh papa cari driver baru untuk Aniq”.

“tak mahu la mama, InsyaAllah Aniq dapat atasi rasa takut nie nanti asyik mengharapkan driver je Aniq jadi tak pandai terus nak drive kereta”.

 Puan Sri Belinda hanya menganggukkan kepalanya tanda menyetujui kata-kata anaknya. Malas mahu bertekak dengan anaknya yang keras kepala itu.


……………………………………


Teuku Zakir, memandang Iphone 5 nya yang berkecai diatas lantai serabut kepalanya selepas mendapat panggilan daripada papanya diUK.

‘hissh, papa nie tak reti nak bersabar ke? Aku dengan Aireen tu dah la banyak masalah. Aireen tu pun satu, setan apa yang merasuk kepala hotak dia sampai aku pun dia mati-mati tak ingat. Habis hancur plan aku. Tak pasal-pasal kena rancang plan baru’. Rungut Teuku Zakir.

teringat perbualannya dengan Aireen semalam membuatkan hatinya bertambah sebal. Pantas dia mencapai kunci kereta untuk pergi ke rumah kekasihnya.

Dia tiba di apartment kekasihnya malamnya tepat pada jam 5petang.

“ehh! Dhiya you nak pergi mana?”. Terkejut melihat Nik Dhiya sudah siap berpakai cantik, hati lelakinya bergelora melihat nik Dhiya mengenakan dress ketat berwarna maroon terbelah sehingga kepaha dan belahan di dada luas.

“I nak keluar kejap, jumpa boyfriend I?” balas Nik Dhiya selamba.

Hati teuku Zakir bertambah sakit, baru ingin menenangkan hatinya bersama Nik Dhiya.

“I tak benarkan you keluar”. Tegas kata Teuku Zakir berbau arahan.

“hey, you siapa nak halang I keluar? Bukan ke you booked I hanya pada waktu malam je?”sinis Nik Dhiya membalas kata-kata Teuku Zakir.

Sakit hatinya dengan Teuku Zakir yang sesuka hati beri arahan kepadanya.

“ish.. you tepi sikit boyfriend I dah tunggu”, nik Dhiya menolak tubuh Teuku Zakir yg menghalang pintu.

“please dhiya, don’t leave me alone”, rayu Teuku Zakir sambil mengesel-geselkan kepalanya didada Nik Dhiya. Seperti kucing pula lagaknya.

Nik Dhiya berasa serba salah, lantas di gigit bibirnya.

“ok, hari nie je”.bisik Nik Dhiya sambil mengigit lembut telinga Teuku Zakir yg gatal dan yakni miang itu. Mereka hanyut dalam dosa.

……………………………………………



Aniq Rayyan gelisah menunggu kekasih hatinya yang tidak kunjung tiba, jam sudah menunjukkan pukul 5.30 hatinya menjadi risau dengan keselamatan kekasihnya. Dia sudah memaafkan Nik Dhiya kerana tidak melawatnya di hospital tempoh hari. Kerjaya Dhiya sebagai model sering menjadi penghalang wanita itu untuk melawatnya banyak showcase dan ‘Free Show’ terpaksa dihadiri wanita itu atas urusan kerja, semua itu sudah diterangkan oleh Dhiya sendiri.

Aniq mengambil handphone galaxy note 2 hadiah daripada kakaknya, handphone itu dipandang lama menunggu panggilan dari kekasih hati. Dia tersentak apabila handphone yang dipegangnya berdering, pantas dilihatnya nama pemanggil bibirnya mengukir senyuman lebar lantas diangkatnya handphone itu ketelinga.

“helo Aniq, sorry I tak dapat datang”.

Kening Aniq Rayyan tercantum mendengar suara si pemanggil

“kenapa? You sakit eh?”,Tanya Aniq sambil membuat andaian sendiri. Masak benar dia dengan suara Nik Dhiya yg bertukar serak jika wanita itu sakit.

“haah, kita jumpa lain kali ya”.

“it’s okay Dhiya. You nak I bawa ke klinik tak?”.

“ehh.. no….no”, kalut Nik Dhiya menjawab.

“I tak nak menyusahkan you lagipun kawan I ada, I takut you segan”, tambah Nik Dhiya untuk menyedapkan hati Aniq Rayyan.

“Okaylah kalau you dah kata macam tu” kata Aniq kecewa.

“bye darl… muahhh I love You”.

“bye sweet.. Love you too”, balas Aniq lemah.

………………………………………


Nur Najeeeba Qaireen, yang terdengar perbualan mamat yang membelakanginya bagai hendak termuntah. ‘Bye sweet’ yuckss!!.Aireen membuat memek mulut meniru percakapan lelaki tersebut.
Aireen membuat muka sinisnya ‘love you too’ huh! not ‘You too’ but ‘you two’ that’s mean two girlfriends what an idiot girls. Entah mengapa dirasakan dirinya begitu pesimis terhadap lelaki.

Kelibat pak su dan mak su nya tidak juga kelihatan. “Ishh!! Mana mereka nie”.rungut Aireen, sudah kebas punggungnya menunggu di restoran di dalam hotel JW Marriott.

 Mamat di belakangnya juga dilihat sudah berlalu pergi. handphone Blackberry Torch di capai hendak didailnya nombor pak sunya, belum sempat dia mendail kelibat pak su dan mak su sudah kelihatan.

Senyuman dilemparkan menyambut kedatangan pak su dan mak sunya. Disalamnya tangan paksu nya.

“aireen apa khabar?”, Tanya maksunya sambil membawa Aireen didalam pelukannya.

“sihat mak su. Mak su dengan pak su pulak?”.

“macam nie la Aireen sihat-sihat orang tua”. Balas pak sunya

“Aireen, tujuan paksu panggil Aireen ni nak bincangkan tentang syarikat arwah daddy Aireen, Material Holdings”.

“paksu dah tak larat nak uruskan dua syarikat dalam satu masa, jadi pak su rasa Aireen harus mengambil alih syarikat peninggalan arwah daddy Aireen. Walaupun Aireen amnesia paksu yakin Aireen mampu menerajui syarikat tu”.

Aireen yang mendengar hanya terdiam sahaja. Selama ini daddynya sering memaksa dia untuk berkerja disyarikat itu namun ditolaknya mentah-mentah. Ya Allah! Banyaknya dosaku kepada Mu dan ayahku.
 Tanpa disedari, air mata Aireen mengalir. Dosanya kepada daddy dan mummynya begitu banyak.

Datin Najla yang di sedari tadi hanya mendiamkan diri menjeling kearah suaminya agar menghentikan perbincangan tersebut.

Dato’ Akid terkedu melihat air mata Aireen yang mengalir. Mungkin dia terlalu berkeras dengan anak saudaranya ini.   




TO BE CONTINUED =D

P/S: scha sedang improve penggunaan bahasa Inggeris, scha terbiasa guna bi pasar so jadi rojak la... haha.... harap kalo scha tersilap korang tolong betulkan ye:) tqsm.

4 comments:

Anonymous said...

haha, lawak bila aireen mengajuk cara aniq bercakap...owh , i see...dhiya kekasih "malam"...bru saya faham maksud "kekasih malam" tu...hehe, welldone...biasa la tu org melayu guna BI rojak...sambung lagi k, terasa pendek pulak bab ni ..heheh :)

Anonymous said...

btww, it is Teuku Zakir or Zahir?? kesalahan kecil tpi boleh mengelirukan..hehe saya tegur aje ;)

scha vella said...

thanks sbb tegur,saya pun tak perasan nama dh tertukar.. hehe.. btw aritu farah ckp ad buat cerpenkan, hmm nk try jugak baca=D

Anonymous said...

owh~ saya punya cerpen...hehe....i'm still working on it...hehe..insyallah bila siap saya invited bce...;)