BAB 4
“Aniq tak
apa-apa?”. Tegur Puan Sri Belinda, cemas melihat aniq memegang dadanya.
Risau Puan
Sri Belinda melihat keadaan anaknya yg kelihatan pucat mukanya, terasa menyesal
pula membenarkan Aniq memandu sendiri.
“takde
apa-apa mama, Aniq maybe cuma terkejut je tadi time drive kereta.”
“kenapa
Aniq? Apa dah jadi?”. Soal Puan Sri Belinda bertalu-talu.
“Aniq kena
hon tadi. Aniq tak tau la kenapa Aniq gementar bila nak pegang stereng kereta”.
Adu Aniq.
Puan Sri
Belinda semakin cemas mendengar kata-kata anaknya, sebelum ini Aniq cekap
memandu mungkin peristiwa kemalangan hari itu masih menghantui anaknya.
“Aniq jom
kita pergi hospital, mama nak tanya doktor Prakash”. Ajak Puan Sri Belinda
tergesa-gesa.
“mama calm
down, Aniq okay la nanti lama-lama hilanglah rasa takut ni” pujuk Aniq.
“isshh..
mama susah hati la tengok keadaan Aniq macam nie, kalau Aniq nak pergi
mana-mana pergi je dengan Pak Daud dulu nanti mama suruh papa cari driver baru
untuk Aniq”.
“tak mahu la
mama, InsyaAllah Aniq dapat atasi rasa takut nie nanti asyik mengharapkan
driver je Aniq jadi tak pandai terus nak drive kereta”.
Puan Sri Belinda hanya menganggukkan kepalanya
tanda menyetujui kata-kata anaknya. Malas mahu bertekak dengan anaknya yang
keras kepala itu.
……………………………………
Teuku Zakir,
memandang Iphone 5 nya yang berkecai diatas lantai serabut kepalanya selepas
mendapat panggilan daripada papanya diUK.
‘hissh, papa
nie tak reti nak bersabar ke? Aku dengan Aireen tu dah la banyak masalah.
Aireen tu pun satu, setan apa yang merasuk kepala hotak dia sampai aku pun dia
mati-mati tak ingat. Habis hancur plan aku. Tak pasal-pasal kena rancang plan
baru’. Rungut Teuku Zakir.
teringat
perbualannya dengan Aireen semalam membuatkan hatinya bertambah sebal. Pantas
dia mencapai kunci kereta untuk pergi ke rumah kekasihnya.
Dia tiba di
apartment kekasihnya malamnya tepat pada jam 5petang.
“ehh! Dhiya
you nak pergi mana?”. Terkejut melihat Nik Dhiya sudah siap berpakai cantik,
hati lelakinya bergelora melihat nik Dhiya mengenakan dress ketat berwarna
maroon terbelah sehingga kepaha dan belahan di dada luas.
“I nak
keluar kejap, jumpa boyfriend I?” balas Nik Dhiya selamba.
Hati teuku
Zakir bertambah sakit, baru ingin menenangkan hatinya bersama Nik Dhiya.
“I tak
benarkan you keluar”. Tegas kata Teuku Zakir berbau arahan.
“hey, you
siapa nak halang I keluar? Bukan ke you booked I hanya pada waktu malam
je?”sinis Nik Dhiya membalas kata-kata Teuku Zakir.
Sakit
hatinya dengan Teuku Zakir yang sesuka hati beri arahan kepadanya.
“ish.. you
tepi sikit boyfriend I dah tunggu”, nik Dhiya menolak tubuh Teuku Zakir yg
menghalang pintu.
“please
dhiya, don’t leave me alone”, rayu Teuku Zakir sambil mengesel-geselkan
kepalanya didada Nik Dhiya. Seperti kucing pula lagaknya.
Nik Dhiya
berasa serba salah, lantas di gigit bibirnya.
“ok, hari
nie je”.bisik Nik Dhiya sambil mengigit lembut telinga Teuku Zakir yg gatal dan
yakni miang itu. Mereka hanyut dalam dosa.
……………………………………………
Aniq Rayyan
gelisah menunggu kekasih hatinya yang tidak kunjung tiba, jam sudah menunjukkan
pukul 5.30 hatinya menjadi risau dengan keselamatan kekasihnya. Dia sudah
memaafkan Nik Dhiya kerana tidak melawatnya di hospital tempoh hari. Kerjaya
Dhiya sebagai model sering menjadi penghalang wanita itu untuk melawatnya
banyak showcase dan ‘Free Show’ terpaksa dihadiri wanita itu atas urusan kerja,
semua itu sudah diterangkan oleh Dhiya sendiri.
Aniq
mengambil handphone galaxy note 2 hadiah daripada kakaknya, handphone itu
dipandang lama menunggu panggilan dari kekasih hati. Dia tersentak apabila
handphone yang dipegangnya berdering, pantas dilihatnya nama pemanggil bibirnya
mengukir senyuman lebar lantas diangkatnya handphone itu ketelinga.
“helo Aniq,
sorry I tak dapat datang”.
Kening Aniq
Rayyan tercantum mendengar suara si pemanggil
“kenapa? You
sakit eh?”,Tanya Aniq sambil membuat andaian sendiri. Masak benar dia dengan
suara Nik Dhiya yg bertukar serak jika wanita itu sakit.
“haah, kita jumpa lain kali ya”.
“it’s okay
Dhiya. You nak I bawa ke klinik tak?”.
“ehh..
no….no”, kalut Nik Dhiya menjawab.
“I tak nak
menyusahkan you lagipun kawan I ada, I takut you segan”, tambah Nik Dhiya untuk
menyedapkan hati Aniq Rayyan.
“Okaylah
kalau you dah kata macam tu” kata Aniq kecewa.
“bye darl…
muahhh I love You”.
“bye sweet..
Love you too”, balas Aniq lemah.
………………………………………
Nur Najeeeba
Qaireen, yang terdengar perbualan mamat yang membelakanginya bagai hendak
termuntah. ‘Bye sweet’ yuckss!!.Aireen membuat memek mulut meniru percakapan
lelaki tersebut.
Aireen membuat muka sinisnya ‘love you too’ huh! not ‘You too’
but ‘you two’ that’s mean two girlfriends what an idiot girls. Entah mengapa
dirasakan dirinya begitu pesimis terhadap lelaki.
Kelibat pak
su dan mak su nya tidak juga kelihatan. “Ishh!! Mana mereka nie”.rungut Aireen,
sudah kebas punggungnya menunggu di restoran di dalam hotel JW Marriott.
Mamat
di belakangnya juga dilihat sudah berlalu pergi. handphone Blackberry Torch di
capai hendak didailnya nombor pak sunya, belum sempat dia mendail kelibat pak
su dan mak su sudah kelihatan.
Senyuman
dilemparkan menyambut kedatangan pak su dan mak sunya. Disalamnya tangan paksu
nya.
“aireen apa
khabar?”, Tanya maksunya sambil membawa Aireen didalam pelukannya.
“sihat mak
su. Mak su dengan pak su pulak?”.
“macam nie
la Aireen sihat-sihat orang tua”. Balas pak sunya
“Aireen,
tujuan paksu panggil Aireen ni nak bincangkan tentang syarikat arwah daddy
Aireen, Material Holdings”.
“paksu dah
tak larat nak uruskan dua syarikat dalam satu masa, jadi pak su rasa Aireen harus mengambil alih syarikat peninggalan arwah daddy
Aireen. Walaupun Aireen amnesia paksu yakin Aireen mampu menerajui syarikat tu”.
Aireen yang
mendengar hanya terdiam sahaja. Selama ini daddynya sering memaksa dia untuk
berkerja disyarikat itu namun ditolaknya mentah-mentah. Ya Allah! Banyaknya
dosaku kepada Mu dan ayahku.
Tanpa disedari, air mata Aireen mengalir. Dosanya
kepada daddy dan mummynya begitu banyak.
Datin Najla
yang di sedari tadi hanya mendiamkan diri menjeling kearah suaminya agar
menghentikan perbincangan tersebut.
Dato’ Akid
terkedu melihat air mata Aireen yang mengalir. Mungkin dia terlalu berkeras
dengan anak saudaranya ini.
TO BE CONTINUED =D
P/S: scha sedang improve penggunaan bahasa Inggeris, scha terbiasa guna bi pasar so jadi rojak la... haha.... harap kalo scha tersilap korang tolong betulkan ye:) tqsm.
4 comments:
haha, lawak bila aireen mengajuk cara aniq bercakap...owh , i see...dhiya kekasih "malam"...bru saya faham maksud "kekasih malam" tu...hehe, welldone...biasa la tu org melayu guna BI rojak...sambung lagi k, terasa pendek pulak bab ni ..heheh :)
btww, it is Teuku Zakir or Zahir?? kesalahan kecil tpi boleh mengelirukan..hehe saya tegur aje ;)
thanks sbb tegur,saya pun tak perasan nama dh tertukar.. hehe.. btw aritu farah ckp ad buat cerpenkan, hmm nk try jugak baca=D
owh~ saya punya cerpen...hehe....i'm still working on it...hehe..insyallah bila siap saya invited bce...;)
Post a Comment