BAB 7
Aniq Rayyan
berjalan pantas untuk ke chaletnya, kiri dan kanannya terdapat daun pokok
pisang berbentuk kipas yang seoleh-oleh menyambut kedatangannya di malam hari.
Kulitnya nyaman disapa bayu laut.
Langkahnya
diatur perlahan apabila semakin hampir dengan chaletnya.
‘126, betul la chalet ni’. Tangannya membelek-belek nombor yang terdapat
pada kunci bilik. Langkahnya diatur
menaiki tangga chalet.
‘apasal aku rasa tak sedap hati pulak’.
Monolognya lagi apabila terlihat cahaya yang memenuhi ruang chalet yang disewanya.
Tangannya
memulas tombol pintu dengan perlahan-lahan.
‘hmm, takde apa-apa pun’. Nafas lega
dihembusnya.
Badannya
yang kepenatan dihempaskan ketilam
bersaiz king itu. Tiba-tiba telinganya mendengar bunyi percikan air dari dalam
bilik mandi. Langkahnya pantas menuju kearah bilik air.
Pintu bilik
air itu tiba-tiba dikuak dari dalam.
“arghhhhhhhhhhhhh”.
Gerit gadis dari dalam bilik air itu. Gadis itu segera melarikan diri didalam bilik air semula, pintunya di kunci
rapat.
Hampir
hendak terkeluar mata Aniq Rayyan melihat
gadis itu berada didalam bilik yang ditempah oleh ayahnya ini.
“ka..u si..a..pa?”.
Laung gadis itu kuat dari dalam bilik Air.
“ kau pulak
siapa?”. Soalan yang Tanya oleh gadis itu dibalas dengan soalan pulak oleh Aniq
Rayyan.
“sa..ya
tu..an pu..nya bi..lik nie”.tergagap-gagap Aireen itu menjawab, takut.
“what?”.
Melopong Aniq Rayyan mendengar jawapan gadis itu.
“kau keluar
kejap”. Arah Aniq Rayyan.
……………………………………………………………………..
“bang, Naj
rasa bersalah sangat dkt Aireen sebab kita buat dia macam tu”.
“ishh, awak
nie. insyaAllah semuanya baik-baik aje lagipun
kita buat ni untuk kebaikan dia jugak. Saya tak nak dia terseksa
dikemudian hari”. Terang Dato Akid bila melihat isterinya serba salah.
“ye la, tapi
macam mana kalau rancang kita tu tak berjaya?. Saya tak nak Aireen pandang
serong terhadap kita”.gelisah Datin Najla mengingatkan anak saudaranya itu akan
membenci dirinya.
“kalau tak
Berjaya pun saya akan pastikan rahsia kita tu tak kan terbongkar. Awak jangan
la pulak tersasul apa-apa dekat Aireen.
“dah la awak
nie daripada fikir bukan-bukan lebih baik awak tidur”.kata Dato Akid sambil
menarik selimut.
………………………………………………
“hoii! kau
nie pekak badak ke? Aku cakap keluar, keluar la atau kau nak aku pecahkan pintu
nie baru kau nak keluar”. Baran Aniq Rayyan melihat kedegilan gadis itu.
‘eh, mamat nie gila ke hapa suruh aku keluar.
Kalau aku keluar memang sengajalah aku nak nak buat free show dekat dia, tak
ingin aku. Sesungguhnya free show nie hanya untuk suamiku..haha’.. gumam
Aireen sambil mengetuk kepalanya.
“kau kata
apa tadi?” sergah Aniq Rayyan
‘adoii apalah yang aku fikir nie. Aireen
sekarang kau berada dalam masalah besar okay, mamat tu L.E.L.A.K.I kalau kau
keluar mungkin kau kena dotdot. Ya Allah
bantulah hambaMu ini..huhu ‘. Kata Aireen dalam hati. Dia terasa ingin menangis dikala ini.
“a….awak,
sa…ya tak pa…kaii ba..ju maa…cam ma…na saya.. na..k ke..lu..ar”. merah muka
Aireen menahan malu.
‘Aireen relax okay jangan gagap. Tarik nafas.. hembus, tarik nafas.. hembus’. Aireen menasihati dirinya.
“so??” gerit
Aniq dengan nada geram.
‘tapi kesian dekat perempuan nie, muka dah
cantik tapi GAGAP.. hahaha’.
‘Aireen, mamat nie gila baik kau jangan
keluar ..jangan keluar Aireen nanti
tergadai body…huhu’. Berkali-kali Aireen menasihati dirinya. Air
mata yang ingin mengalir pantas diseka. Terasa menyesal pula tidak membawa
bathrobe kebilik mandi tadi.
“kalau kau
buat wayang kulit pun belum tentu aku tengok, dah la aku keluar dulu and
pastikan bila aku masuk balik nanti kau dah pakai baju. Kalau kau tak pakai
siap kau! ”.gerit Aniq Rayyan sambil berjalan kearah pintu.
Aniq Rayyan
berjalan-jalan dipesisiran pantai, fikirannya kembali tenang selepas mendengar
suara manja kekasih hatinya menerusi telefon.
‘rindunya dekat Dhia, sepatutnya aku plan
awal-awal bawak dia tapi ni daddy la punya pasal buat plan mengejut’. Gumam
Aniq kakinya dilangkah menuju ke chalet.
Hampir
terbeliak mata Aniq Rayyan melihat 4 orang lelaki berkopiah dan 2 orang anggota
polis berada dihadapan pintu chalet itu. Aniq Rayyan menyorok disebalik pokok
pisang untuk mendengar perbualan mereka.
wajah 6 orang lelaki itu tidak dapat di kecam dengan jelas kerana lampu
jalan yang samar-samar. Dilihat gadis itu sudah mengenakan pakaian yang
lengkap, rambutnya dilindung dengan tuala pink.
“Assalammualaikum
Cik, Cik seorang sahaja ke didalam ni? Ada siapa-siapa lagi tak?”. Tanya salah
seorang lelaki itu bertubi-tubi.
“ha? Haah,
sa..ya so..rang je”.terasa ingin
menangis sahaja Aireen, lututnya terasa longgar sebaik sahaja membuka pintu.
“Maafkan
saya Cik, tapi saya harap cik berikan kami kerja sama dan kebenaran untuk kami
menggeledah bilik ini”. Tanya salah seorang anggota polis itu pula.
“bo..leh”.
air mata yang ditahan gugur jua. Perasaannya kini bercampur baur antara
bersyukur kepada Allah kerana masih memelihara maruahnya dan perasaan marah
kepada lelaki yang secara tiba-tiba saja muncul.
“maafkan
kami cik, kami hanya menjalankan tugas yang telah diberikan”.kata lelaki yang
berkopiah itu mewakili teman-temannya yang kelihatan serba salah.
Nur Najeeba
Qaireen hanya mengangguk lemah.
Aniq Rayyan
yang berselindung disebalik pokok pisang, keluar dari tempat persembunyiannya
setelah kelibat pegawai pencegah maksiat hilang dari pandangannya.
Pintu bilik
diketuknya perlahan
“hoi!! Bukak
pintu nie”, jerit Aniq dengan nada yang perlahan.
“awak nak
apa lagi?”.matanya sengaja dibulatkan untuk menunjukkan rasa marah terhadap
lelaki itu.
“ooOO.. tadi
bukan main takut, aku korek biji mata kau nanti baru tau”.
‘berani betul perempuan nie bulatkan mata
dekat aku,tapi comel jugak.. hehe..eh dia tak gagap la. Okay cukup package tuk
buat bini... adoi apa yang aku fikir nie’.gumam hati Aniq
Aireen hanya
menunjukkan riak wajah selamba,tuala dikepala dibetulkan.
“kau tepi
sikit, aku nak masuk”.
“sorry”.
Dummmm!!. Selamba Aireen berkata, pintu bilik dihempasnya kuat.
‘kurang ajar punya perempuan, takpe hari ni
hari kau!!’
…………………………………………………………….
Tidur Tan
Sri Syukur terganggu dengan deringan ditelefon bimbit. Terpisat-pisat dia
melihat nama si pemanggil. Jam di meja katil dipandang.
‘ishh.. baru pukul 1.30 pagi siapa la pulak
yang call ni’.
Butang
accept ditelefonnya di tekan dalam keadaan mamai.
“hello,
siapa ni”.
“hello Tan
Sri, ni pak mat”.jawap si pemanggil.
“kenapa Pak
Mat?”. Matanya kini terbuka luas untuk mendengar berita dari Pak Mat. Isterinya disebelah dikejutkan.
“rancangan
kita hancuq lebuq, Tan Sri. Maapkan saya”. Kata si pemanggil itu lagi.
“macam mana
boleh jadi macam tu pak Mat. Tak cukup lagi ke duit yang saya bagi tu pak mat”.
Kata Tan Sri Syukur dengan nada yang kecewa.
“cukup Tan Sri. tapi anak Tan Sri tak
tau pi mana”.
“teruk jugak saya kena marah dengan
pegawai pencegah maksiat tu, depa
kata saya bagi maklumat palsu”. Tambah si pemanggil lagi.
“tak pe la kalau macam tu, pak mat.
Tapi saya nak pak mat rahsiakan pekara ini daripada anak saya”.
Tegas arahan yang dikeluarkan oleh
Tan Sri Syukur.
Telefon bimbitnya didail nombor
rakannya.
“hello akid, rancangan kita musnah”.
Kata Tan Sri Syukur.
“tak ada rezeki kita bang”. Balas
rakannya.
…………………………………………………
p/s: sorry bab kali ni scha buat pendek je, xde masa ;(
No comments:
Post a Comment