HEY MR, BENCI KAMU!! bab 7



BAB 7

Aniq Rayyan berjalan pantas untuk ke chaletnya, kiri dan kanannya terdapat daun pokok pisang berbentuk kipas yang seoleh-oleh menyambut kedatangannya di malam hari. Kulitnya nyaman disapa bayu laut.

Langkahnya diatur perlahan apabila semakin hampir dengan chaletnya.
126, betul la chalet ni. Tangannya membelek-belek nombor yang terdapat pada kunci  bilik. Langkahnya diatur menaiki tangga chalet.

apasal aku rasa tak sedap hati pulak’. Monolognya lagi apabila terlihat cahaya yang memenuhi ruang chalet yang disewanya.

Tangannya memulas tombol pintu dengan perlahan-lahan.
hmm, takde apa-apa pun’. Nafas lega dihembusnya.

Badannya yang kepenatan dihempaskan  ketilam bersaiz king itu. Tiba-tiba telinganya mendengar bunyi percikan air dari dalam bilik mandi. Langkahnya pantas menuju kearah bilik air.

Pintu bilik air itu tiba-tiba dikuak dari dalam.

“arghhhhhhhhhhhhh”. Gerit gadis dari dalam bilik air itu. Gadis itu segera melarikan diri  didalam bilik air semula, pintunya di kunci rapat.

Hampir hendak terkeluar mata Aniq Rayyan melihat  gadis itu berada didalam bilik yang ditempah oleh ayahnya ini.

“ka..u si..a..pa?”. Laung gadis itu kuat dari dalam bilik Air.

“ kau pulak siapa?”. Soalan yang Tanya oleh gadis itu dibalas dengan soalan pulak oleh Aniq Rayyan.

“sa..ya tu..an pu..nya bi..lik nie”.tergagap-gagap Aireen itu menjawab, takut.

“what?”. Melopong Aniq Rayyan mendengar jawapan gadis itu.

“kau keluar kejap”. Arah Aniq Rayyan.

……………………………………………………………………..

“bang, Naj rasa bersalah sangat dkt Aireen sebab kita buat dia macam tu”.

“ishh, awak nie. insyaAllah semuanya baik-baik aje lagipun  kita buat ni untuk kebaikan dia jugak. Saya tak nak dia terseksa dikemudian hari”. Terang Dato Akid bila melihat isterinya serba salah.

“ye la, tapi macam mana kalau rancang kita tu tak berjaya?. Saya tak nak Aireen pandang serong terhadap kita”.gelisah Datin Najla mengingatkan anak saudaranya itu akan membenci dirinya.

“kalau tak Berjaya pun saya akan pastikan rahsia kita tu tak kan terbongkar. Awak jangan la pulak tersasul apa-apa dekat Aireen.

“dah la awak nie daripada fikir bukan-bukan lebih baik awak tidur”.kata Dato Akid sambil menarik selimut.

………………………………………………


“hoii! kau nie pekak badak ke? Aku cakap keluar, keluar la atau kau nak aku pecahkan pintu nie baru kau nak keluar”. Baran Aniq Rayyan melihat kedegilan gadis itu.

eh, mamat nie gila ke hapa suruh aku keluar. Kalau aku keluar memang sengajalah aku nak nak buat free show dekat dia, tak ingin aku. Sesungguhnya free show nie hanya untuk suamiku..haha’.. gumam Aireen  sambil mengetuk kepalanya.

“kau kata apa tadi?” sergah Aniq Rayyan

adoii apalah yang aku fikir nie. Aireen sekarang kau berada dalam masalah besar okay, mamat tu L.E.L.A.K.I kalau kau keluar  mungkin kau kena dotdot. Ya Allah bantulah hambaMu ini..huhu ‘. Kata Aireen dalam hati. Dia  terasa ingin menangis dikala ini.

“a….awak, sa…ya tak pa…kaii ba..ju maa…cam ma…na saya.. na..k ke..lu..ar”. merah muka Aireen menahan malu.

Aireen relax okay jangan gagap. Tarik nafas.. hembus, tarik nafas.. hembus’.  Aireen menasihati dirinya.

“so??” gerit Aniq dengan nada geram.
tapi kesian dekat perempuan nie, muka dah cantik tapi GAGAP.. hahaha’.

Aireen, mamat nie gila baik kau jangan keluar ..jangan keluar Aireen nanti  tergadai body…huhu’. Berkali-kali Aireen menasihati dirinya. Air mata yang ingin mengalir pantas diseka. Terasa menyesal pula tidak membawa bathrobe kebilik mandi tadi.

“kalau kau buat wayang kulit pun belum tentu aku tengok, dah la aku keluar dulu and pastikan bila aku masuk balik nanti kau dah pakai baju. Kalau kau tak pakai siap kau! ”.gerit Aniq Rayyan sambil berjalan kearah pintu.

Aniq Rayyan berjalan-jalan dipesisiran pantai, fikirannya kembali tenang selepas mendengar suara manja kekasih hatinya menerusi telefon.

rindunya dekat Dhia, sepatutnya aku plan awal-awal bawak dia tapi ni daddy la punya pasal buat plan mengejut’. Gumam Aniq kakinya dilangkah menuju ke chalet.

Hampir terbeliak mata Aniq Rayyan melihat 4 orang lelaki berkopiah dan 2 orang anggota polis berada dihadapan pintu chalet itu. Aniq Rayyan menyorok disebalik pokok pisang untuk mendengar perbualan mereka.  wajah 6 orang lelaki itu tidak dapat di kecam dengan jelas kerana lampu jalan yang samar-samar. Dilihat gadis itu sudah mengenakan pakaian yang lengkap, rambutnya dilindung dengan tuala pink.

“Assalammualaikum Cik, Cik seorang sahaja ke didalam ni? Ada siapa-siapa lagi tak?”. Tanya salah seorang lelaki itu bertubi-tubi.

“ha? Haah, sa..ya so..rang  je”.terasa ingin menangis sahaja Aireen, lututnya terasa longgar sebaik sahaja membuka pintu.

“Maafkan saya Cik, tapi saya harap cik berikan kami kerja sama dan kebenaran untuk kami menggeledah bilik ini”. Tanya salah seorang anggota polis itu pula.

“bo..leh”. air mata yang ditahan gugur jua. Perasaannya kini bercampur baur antara bersyukur kepada Allah kerana masih memelihara maruahnya dan perasaan marah kepada lelaki yang secara tiba-tiba saja muncul.

“maafkan kami cik, kami hanya menjalankan tugas yang telah diberikan”.kata lelaki yang berkopiah itu mewakili teman-temannya yang kelihatan serba salah.
Nur Najeeba Qaireen hanya mengangguk lemah.

Aniq Rayyan yang berselindung disebalik pokok pisang, keluar dari tempat persembunyiannya setelah kelibat pegawai pencegah maksiat hilang dari pandangannya.

Pintu bilik diketuknya perlahan

“hoi!! Bukak pintu nie”, jerit Aniq dengan nada yang perlahan.

“awak nak apa lagi?”.matanya sengaja dibulatkan untuk menunjukkan rasa marah terhadap lelaki itu.

“ooOO.. tadi bukan main takut, aku korek biji mata kau nanti baru tau”.
berani betul perempuan nie bulatkan mata dekat aku,tapi comel jugak.. hehe..eh dia tak gagap la. Okay cukup package tuk buat bini... adoi apa yang aku fikir nie’.gumam hati Aniq

Aireen hanya menunjukkan riak wajah selamba,tuala dikepala dibetulkan.
“kau tepi sikit, aku nak masuk”.

“sorry”. Dummmm!!. Selamba Aireen berkata, pintu bilik dihempasnya kuat.

kurang ajar punya perempuan, takpe hari ni hari kau!!’

…………………………………………………………….

Tidur Tan Sri Syukur terganggu dengan deringan ditelefon bimbit. Terpisat-pisat dia melihat nama si pemanggil. Jam di meja katil dipandang.

ishh.. baru pukul 1.30 pagi siapa la pulak yang call ni’.

Butang accept ditelefonnya di tekan dalam keadaan mamai.

“hello, siapa ni”.

“hello Tan Sri, ni pak mat”.jawap si pemanggil.

“kenapa Pak Mat?”. Matanya kini terbuka luas untuk mendengar berita  dari Pak Mat. Isterinya disebelah dikejutkan.

“rancangan kita hancuq lebuq, Tan Sri. Maapkan saya”. Kata si pemanggil itu lagi.

“macam mana boleh jadi macam tu pak Mat. Tak cukup lagi ke duit yang saya bagi tu pak mat”. Kata Tan Sri Syukur dengan nada yang kecewa.

“cukup Tan Sri. tapi anak Tan Sri tak tau pi mana”.

“teruk jugak saya kena marah dengan pegawai pencegah maksiat tu, depa
kata saya bagi maklumat palsu”.  Tambah si pemanggil lagi.

“tak pe la kalau macam tu, pak mat. Tapi saya nak pak mat rahsiakan pekara ini daripada anak saya”.

Tegas arahan yang dikeluarkan oleh Tan Sri Syukur.

Telefon bimbitnya didail nombor rakannya.

“hello akid, rancangan kita musnah”. Kata Tan Sri Syukur.

“tak ada rezeki kita bang”. Balas rakannya.


…………………………………………………


p/s: sorry bab kali ni scha buat pendek je, xde masa ;(