HEY MR, BENCI KAMU!! bab 7
BAB 7
Aniq Rayyan
berjalan pantas untuk ke chaletnya, kiri dan kanannya terdapat daun pokok
pisang berbentuk kipas yang seoleh-oleh menyambut kedatangannya di malam hari.
Kulitnya nyaman disapa bayu laut.
Langkahnya
diatur perlahan apabila semakin hampir dengan chaletnya.
‘126, betul la chalet ni’. Tangannya membelek-belek nombor yang terdapat
pada kunci bilik. Langkahnya diatur
menaiki tangga chalet.
‘apasal aku rasa tak sedap hati pulak’.
Monolognya lagi apabila terlihat cahaya yang memenuhi ruang chalet yang disewanya.
Tangannya
memulas tombol pintu dengan perlahan-lahan.
‘hmm, takde apa-apa pun’. Nafas lega
dihembusnya.
Badannya
yang kepenatan dihempaskan ketilam
bersaiz king itu. Tiba-tiba telinganya mendengar bunyi percikan air dari dalam
bilik mandi. Langkahnya pantas menuju kearah bilik air.
Pintu bilik
air itu tiba-tiba dikuak dari dalam.
“arghhhhhhhhhhhhh”.
Gerit gadis dari dalam bilik air itu. Gadis itu segera melarikan diri didalam bilik air semula, pintunya di kunci
rapat.
Hampir
hendak terkeluar mata Aniq Rayyan melihat
gadis itu berada didalam bilik yang ditempah oleh ayahnya ini.
“ka..u si..a..pa?”.
Laung gadis itu kuat dari dalam bilik Air.
“ kau pulak
siapa?”. Soalan yang Tanya oleh gadis itu dibalas dengan soalan pulak oleh Aniq
Rayyan.
“sa..ya
tu..an pu..nya bi..lik nie”.tergagap-gagap Aireen itu menjawab, takut.
“what?”.
Melopong Aniq Rayyan mendengar jawapan gadis itu.
“kau keluar
kejap”. Arah Aniq Rayyan.
……………………………………………………………………..
“bang, Naj
rasa bersalah sangat dkt Aireen sebab kita buat dia macam tu”.
“ishh, awak
nie. insyaAllah semuanya baik-baik aje lagipun
kita buat ni untuk kebaikan dia jugak. Saya tak nak dia terseksa
dikemudian hari”. Terang Dato Akid bila melihat isterinya serba salah.
“ye la, tapi
macam mana kalau rancang kita tu tak berjaya?. Saya tak nak Aireen pandang
serong terhadap kita”.gelisah Datin Najla mengingatkan anak saudaranya itu akan
membenci dirinya.
“kalau tak
Berjaya pun saya akan pastikan rahsia kita tu tak kan terbongkar. Awak jangan
la pulak tersasul apa-apa dekat Aireen.
“dah la awak
nie daripada fikir bukan-bukan lebih baik awak tidur”.kata Dato Akid sambil
menarik selimut.
………………………………………………
“hoii! kau
nie pekak badak ke? Aku cakap keluar, keluar la atau kau nak aku pecahkan pintu
nie baru kau nak keluar”. Baran Aniq Rayyan melihat kedegilan gadis itu.
‘eh, mamat nie gila ke hapa suruh aku keluar.
Kalau aku keluar memang sengajalah aku nak nak buat free show dekat dia, tak
ingin aku. Sesungguhnya free show nie hanya untuk suamiku..haha’.. gumam
Aireen sambil mengetuk kepalanya.
“kau kata
apa tadi?” sergah Aniq Rayyan
‘adoii apalah yang aku fikir nie. Aireen
sekarang kau berada dalam masalah besar okay, mamat tu L.E.L.A.K.I kalau kau
keluar mungkin kau kena dotdot. Ya Allah
bantulah hambaMu ini..huhu ‘. Kata Aireen dalam hati. Dia terasa ingin menangis dikala ini.
“a….awak,
sa…ya tak pa…kaii ba..ju maa…cam ma…na saya.. na..k ke..lu..ar”. merah muka
Aireen menahan malu.
‘Aireen relax okay jangan gagap. Tarik nafas.. hembus, tarik nafas.. hembus’. Aireen menasihati dirinya.
“so??” gerit
Aniq dengan nada geram.
‘tapi kesian dekat perempuan nie, muka dah
cantik tapi GAGAP.. hahaha’.
‘Aireen, mamat nie gila baik kau jangan
keluar ..jangan keluar Aireen nanti
tergadai body…huhu’. Berkali-kali Aireen menasihati dirinya. Air
mata yang ingin mengalir pantas diseka. Terasa menyesal pula tidak membawa
bathrobe kebilik mandi tadi.
“kalau kau
buat wayang kulit pun belum tentu aku tengok, dah la aku keluar dulu and
pastikan bila aku masuk balik nanti kau dah pakai baju. Kalau kau tak pakai
siap kau! ”.gerit Aniq Rayyan sambil berjalan kearah pintu.
Aniq Rayyan
berjalan-jalan dipesisiran pantai, fikirannya kembali tenang selepas mendengar
suara manja kekasih hatinya menerusi telefon.
‘rindunya dekat Dhia, sepatutnya aku plan
awal-awal bawak dia tapi ni daddy la punya pasal buat plan mengejut’. Gumam
Aniq kakinya dilangkah menuju ke chalet.
Hampir
terbeliak mata Aniq Rayyan melihat 4 orang lelaki berkopiah dan 2 orang anggota
polis berada dihadapan pintu chalet itu. Aniq Rayyan menyorok disebalik pokok
pisang untuk mendengar perbualan mereka.
wajah 6 orang lelaki itu tidak dapat di kecam dengan jelas kerana lampu
jalan yang samar-samar. Dilihat gadis itu sudah mengenakan pakaian yang
lengkap, rambutnya dilindung dengan tuala pink.
“Assalammualaikum
Cik, Cik seorang sahaja ke didalam ni? Ada siapa-siapa lagi tak?”. Tanya salah
seorang lelaki itu bertubi-tubi.
“ha? Haah,
sa..ya so..rang je”.terasa ingin
menangis sahaja Aireen, lututnya terasa longgar sebaik sahaja membuka pintu.
“Maafkan
saya Cik, tapi saya harap cik berikan kami kerja sama dan kebenaran untuk kami
menggeledah bilik ini”. Tanya salah seorang anggota polis itu pula.
“bo..leh”.
air mata yang ditahan gugur jua. Perasaannya kini bercampur baur antara
bersyukur kepada Allah kerana masih memelihara maruahnya dan perasaan marah
kepada lelaki yang secara tiba-tiba saja muncul.
“maafkan
kami cik, kami hanya menjalankan tugas yang telah diberikan”.kata lelaki yang
berkopiah itu mewakili teman-temannya yang kelihatan serba salah.
Nur Najeeba
Qaireen hanya mengangguk lemah.
Aniq Rayyan
yang berselindung disebalik pokok pisang, keluar dari tempat persembunyiannya
setelah kelibat pegawai pencegah maksiat hilang dari pandangannya.
Pintu bilik
diketuknya perlahan
“hoi!! Bukak
pintu nie”, jerit Aniq dengan nada yang perlahan.
“awak nak
apa lagi?”.matanya sengaja dibulatkan untuk menunjukkan rasa marah terhadap
lelaki itu.
“ooOO.. tadi
bukan main takut, aku korek biji mata kau nanti baru tau”.
‘berani betul perempuan nie bulatkan mata
dekat aku,tapi comel jugak.. hehe..eh dia tak gagap la. Okay cukup package tuk
buat bini... adoi apa yang aku fikir nie’.gumam hati Aniq
Aireen hanya
menunjukkan riak wajah selamba,tuala dikepala dibetulkan.
“kau tepi
sikit, aku nak masuk”.
“sorry”.
Dummmm!!. Selamba Aireen berkata, pintu bilik dihempasnya kuat.
‘kurang ajar punya perempuan, takpe hari ni
hari kau!!’
…………………………………………………………….
Tidur Tan
Sri Syukur terganggu dengan deringan ditelefon bimbit. Terpisat-pisat dia
melihat nama si pemanggil. Jam di meja katil dipandang.
‘ishh.. baru pukul 1.30 pagi siapa la pulak
yang call ni’.
Butang
accept ditelefonnya di tekan dalam keadaan mamai.
“hello,
siapa ni”.
“hello Tan
Sri, ni pak mat”.jawap si pemanggil.
“kenapa Pak
Mat?”. Matanya kini terbuka luas untuk mendengar berita dari Pak Mat. Isterinya disebelah dikejutkan.
“rancangan
kita hancuq lebuq, Tan Sri. Maapkan saya”. Kata si pemanggil itu lagi.
“macam mana
boleh jadi macam tu pak Mat. Tak cukup lagi ke duit yang saya bagi tu pak mat”.
Kata Tan Sri Syukur dengan nada yang kecewa.
“cukup Tan Sri. tapi anak Tan Sri tak
tau pi mana”.
“teruk jugak saya kena marah dengan
pegawai pencegah maksiat tu, depa
kata saya bagi maklumat palsu”. Tambah si pemanggil lagi.
“tak pe la kalau macam tu, pak mat.
Tapi saya nak pak mat rahsiakan pekara ini daripada anak saya”.
Tegas arahan yang dikeluarkan oleh
Tan Sri Syukur.
Telefon bimbitnya didail nombor
rakannya.
“hello akid, rancangan kita musnah”.
Kata Tan Sri Syukur.
“tak ada rezeki kita bang”. Balas
rakannya.
…………………………………………………
p/s: sorry bab kali ni scha buat pendek je, xde masa ;(
Hi :D
Assalamualaikum
bab 7 HMBK scha dah siap buat tapi sengaja tak mau publish lagi.. hihi :p
kakak scha ada offer suruh siapkan manuskrip HMBK nie cepat-cepat sebab dia kata nak bagi dekat
lecture dia, seorang editor.. homai ^_^
and lec dia cakap 'kalau korang teringin nk bukukan novel korang jumpa saya, saya boleh la bagi pandangan untuk novel korang buat tu'. bila kakak scha cite camtu, scha rasa badan scha rasa macam berada dia awang-awangan gitu.. ewahh
TAPI
bila fikir balik scha rasa enovel scha buat nie banyak KEKURANGAN hokay. T___T
bahasa budak-budak.. yela scha baru 17 tahun. 4/10 nie baru 18 tahun.. haha
kekadang bila idea tengah mencurah-curah tak dapat scha nak tadah.. so idea tu dibiarkan melimpah je.
time nak tulis something, scha tak dpt nk describe apa yg scha tulis. <<time nie paling tension. kakak scha suka bagi pressure bila bende ni jadi.. huhu.. contoh?
"hmm, sedapnya nasi nie". kata saya sambil menjilat jari jemari nak tambah lgi nasi dalam periuk dah habis.. kesian saya.. wakakaka.. okayy ayat nie mengarut... >.<'
bila kita buat novel baru kita tau bertapa susahnya nak jadi seorang penulis.
seorang penulis mengambil masa bertahun-tahun untuk menghasilkan sebuah novel
tapi
pembaca novel hanya mengambil masa 2 hari untuk menghabiskan sebuah novel.
2hari tu kalau scha takde mood nak baca kalau ada mood dalam masa 24jam pun boleh habis
scha suka novel yg tebal-tebal tak kesah la mahal pun tapi bila time bukak kita rasa puas baca..
kamus dewan dgn oxford pun tebal gak tapi sampai sekarang tak habis lgi khatam.. << nampak tak kebengongan disitu..
hahhaha
angan-angan untuk menjadi seorang novelis memang ada. InsyaAllah.
first bab yang scha buat pun dah ada orang suruh publish dekat Alaf 21... homai ^__*tq kerana menyokong penulis picisan ini.. *terharu scha
azam scha kalau enovel nie banyak peningkatan dari satu bab ke satu bab dan scha mampu buat 1000++ muka surat. InsyaAllah scha akan bukukan..<< bertahun gak masa nak amek tu..hahaha
BIGGEST hugs to my followers and silent readers.
sincerely
Scha Vella
(anak pak yunus yang omey)
*ok, perasan =_="
HEY MR, BENCI KAMU!! BAB 6
Bab 6
Aniq Rayyan
tiba di Langkawi International Airport setelah 45 minit penerbangan. Telephonenya pantas didail nombor papanya.
“hello papa,
aniq dah sampai dekat airport nie. Siapa yang nak jemput Aniq pa?”. kata Aniq
Rayyan Bengang.
“kamu tunggu
la kejap, nanti sampai la Pak mat tu lagipun dia kenal kamu”. Balas si
pemanggil.
“okay la
papa nanti kirim salam dekat mama, bye, Assalammuaalaikum”.telephone bimbitnya
di letakkan dalam kocek seluarnya.
Seorang
lelaki dalam lingkungan 40-an menuju
kearahnya.
“err.. anak ni
Encik Aniq Rayyan ka?. Kata lelaki itu dengan loghat utaranya
“ya pak cik,
pak cik ni siapa?. Dahinya berkerut menunggu jawapan lelaki tersebut.
“oh, betui
la kalau camtu. Pak cik nie Pak Mat, Tan
Sri Syukur upah pak cik jaga anak dekat sini”. Balas lelaki yang membahasakan
dirinya pak mat.
“maap la noo
pak mat lambat ambik anak, jom la ikut pak mat pi dekat keta”. Kata pak mat
lagi.
Aniq Rayyan
hanya mendiamkan diri saja mendengar celoteh Pak Mat didalam kereta.
Sememangnya lelaki berumur itu peramah
dan murah dengan senyum.
“anak pernah
datang sini dak sebelum ni?” Tanya pak mat mesra.
“tak pak
cik” hendak tak hendak saja Aniq menjawab. Moodnya tiada untuk bersembang
dengan lelaki itu.
“ruginya
anak tak pernah mai sini, orang kata kalau sekali dah pernah mai sini mesti nak
mai lagi. Orang kata Panggilan Pulau”. Kata pak mat sambil tersengih. Dia cuba
menimbulkan kemesraan dengan anak muda itu kerana dia diupah untuk
berkhidmat itu selama seminggu dan
selama seminggu juga dia akan melayan kerenah anak orang kaya itu.
‘cehh, apa
class bercuti dekat sini, kalau bukan sebab papa belum tentu aku jejakkan kaki
dekat sini. Panggilan Pulau bagai nonsense gila, kali pertama dan terakhir aku
datang sini’. Monolog Aniq Rayyan riak.
“anak kita
singgah mesjid dulu noo, takut tak sempat pulak nak sembahyang?”.kata pak mat
setelah mendengar bunyi azan magrib dari masjid berdekatan.
Setelah
selesai menunaikan solat mereka
beriringan menuju ke kereta BMW 3Series yang diparkir dibawah pokok.
“Banyak pulak
bunga pokok nie luruh kat keta ni”. Bebel Pak Mat sambil menarik wiper untuk
membuang bunga yang luruh pada cermin hadapan
kereta agar tidak menganggu pemanduannya.
“bunga apa
ni, pak mat?”. Tanya Aniq Rayyan.
“bunga
sakura nak”. Balas Pak mat.
Aniq Rayyan
hanya menjongketkan keningnya selepas mendengar jawapan pak mata.
‘hmm..
ingatkan bunga apa tadi, seram jugak la kalau bunga cempaka ’. Monolog Aniq.
Jam di
dashboard sudah menunjukkan 8.15 minit
malam.
“Anak jom pi
makan sat, pak cik belanja malam ni”. Kata pak mat.
Aniq Rayyan
hanya menganggukkan kepala.
badannya
terasa letih ingin saja dia mengarahkan pak mat menghantarkannya ke Resort
dahulu tetapi mengenangkan perutnya yang sudah berkeroncong , dia menerima saja
pelawaan pak mat.
Restoran
Danau Malai menjadi pilihan Pak Mat, kata Pak Mat makanannya sedap dan murah
memang berbaloi-baloi.
“Pak mat
kenapa lambat sangat sampai order nie?”. Rungut Aniq rayyan yang sudah
kebosanan menunggu.
“Sabaq sat
nak, restoran nie memang macam nie, orang ramai tak menang tangan la depa nak
layan”.
5 minit
kemudian, seorang waiter tergesa-gesa menuju kearah mereka.
“maaf encik,
encik nak order apa?”.Tanya waiter tersebut
“hmm, Aniq kamu nak makan apa?”.tanya pak mat
sambil memandang Aniq Rayyan.
“apa-apa je
la pak mat”. Dengan nada malas Aniq Rayyan menjawab.
Sebetulnya moodnya telah
tiada untuk makan direstoran itu.
“hmm.. bagi
ikan siakap tiga rasa, ikan pari bakaq, gulai kepala ikan merah, sup campuq
untuk dua orang makan, sotong goreng tepung, telur bungkus, Daging masak merah,
tomyam, sayur kalian goreng,…bla..bla ”
“wait!!”.
Jerit Aniq Rayyan menghalang pak mat daripada meng-order lebih banyak makanan.
“pak mat,
kita makan dua orang je perlu ke nak order banyak macam tu”.bengang Aniq Rayyan
dengan lelaki tua itu.
Waiter tadi
juga kelihatan seperti lipas kudung menulis pesanan yang disebut oleh pak mat.
Buku nota kecilnya juga diselak beberapa kali, tak cukup tempat untuk menyalin
agaknya.
“la bukan
kamu ke suruh order ikut suka hati pak mat”. Kata pak mat dalam sengihan.
Mencerlung
mata Aniq Rayyan memandang wajah tua
itu. Malas mahu melayan lelaki tua itu, Aniq Rayyan hanya mendiamkan diri.
‘hai orang tua nie dah lebih, kang ada gak nak
kena hempuk dengan aku’. Desis Aniq.
Jam tangan
Tag Heuer dipandang, jam menunjukkan pukul 10.25 minit malam. Dipandang pak mat
disebelahnya yang begitu berselera menikmati hidangan.
‘lambatnya
orang tua nie makan’. Kutuk Aniq Rayyan dalam hati. Serasanya tidak betah lagi
beramah mesra dengan pak mat kerana lelaki tua itu bersikap dictator dengannya
mengarahkan itu dan ini. Ambil tisu lah, mintak pinggan tambahanlah, order air
lain lah. Walaupun lelaki itu memanggilnya dengan panggilan ANAK.
“erkk!,
Alhamdullilah”.bunyi sendawa meletus
dari bibir pak mat, bibirnya yang comot itu dilap dengan tisu.
“awat, anak
makan sikit ja pak mat tengok”. Tegur pak mat.
“tak lalu,
saya nak balik resort sekarang!”.tegas Arah Aniq Rayyan kepada Pak mat. Sambil
berjalan pantas menuju ke kereta.
Tergesa-gesa
pak mat mengejar langkah anak muda itu. Nasib baik bayaran telah dibuat oleh
Aniq setelah semua hidangan tiba di meja.
…………………………………………………..
Aniq Rayyan
segera menapak keluar dari kereta setelah tiba di Porto Malai Resort.
Langkahnya dipercepatkan ke kuanter resepsi.
“hello”.
Sapa Aniq Rayyan sambil tersenyum manis terserlah kedua-dua lesung pipitnya
yang tidak terlalu dalam.
Tercengang-cengang
gadis di kuanter resepsi melihat Aniq Rayyan.
‘aduh!!,
indahnya ciptaan tuhan’. Desis gadis itu.
Matanya
tidak putus-putus memandang wajah Aniq
Rayyan.
‘kulitnya
yang putih tetapi tidak terlalu melepak, keningnya yang tebal dan sedikit
terangkat sungguh mengancam, matanya yang agak sepet kelihatan sungguh seksi,
hidungnya yang mancung dan bibirnya…. Arghhh sempurna sungguh ciptaanNya ini’.
raung gadis itu di dalam hati.
“helloooo”.
Panggil aniq rayyan dengan lebih kuat.
“ohh..
ia..ia. ada apa encik”. Kata gadis itu tersipu-sipu, malu kerana terlanjur
mengelamun dihadapan lelaki yang handsome ini.
“I ada
booked chalet under Akid Bin Aziz”. Kata
Aniq Rayyan.
Sebenarnya
dia agak pelik kenapa chalet yang di booked oleh ayahnya dibawah Akid Bin Aziz.
Selalunya bilik akan dibooked di bawah namanya sendiri atau nama ayahnya.
‘maybe Akid
Bin Aziz tu pekerja ayah kot. tak kesah la bawah nama siapa asalkan aku boleh
berehat lepas ni’. Monolog Aniq Rayyan.
“kejap ya, I
nak check”. Kata gadis itu dengan nada manja.
“okay, I
will wait”. Sambil melirit manja kearah gadis itu. Gadis itu kelihatan
malu-malu untuk bertentangan mata dengannya.
“hmm, ada
encik”. Kata gadis itu sambil menghulurkan kunci. Nada gadis itu seperti
kecewa.
‘Aikk, tadi
bukan main mengeletis lagi. Pelik betul orang dekat sini terlebih minum air
tasik dayang bunting kot’. Kata Aniq dalam hati.
“Thank you”.
Kata Aniq. Sengaja dia menyentuh tangan gadis itu ketika gadis menghulurkan
kunci. Matanya di kenyitkan.
‘eii,
gatalnye mamat nie. Wife dia dah cantik masih nak mengatal memang lelaki tak
pernah cukup dengan satu. Dah la datang sini nak honeymoon boleh lagi pasang
jerat’. Rungut gadis itu didalam hati, teringat dia wanita cantik walaupun agak
nerd itu yang meminta kunci bilik yang telah ditempah.
p/s: sorry siapa yang tertunggu sambungan HMBK. seriously scha bukannya hangat-hangat taik ayam nk buat enovel nie. tapi scha agak sibuk kebelakangan nie.. anyway tak sangka ada jugak org tertunggu sambunganya..sobbT___T*terharu
maybe bila scha dah siap buat sambungan sampai bab 10, baru scha akan publish bab 7,8,9,10. so korang kene tunggu lama la ye =P.. ahahaha
nobel aii
Assalammualaikum
scha jarang dah jarang hupdated enovel HMBK :P
masa scha byk abiskan dengan baca novel
mana la tau dpt tingkatkan pengunaan bahasa dlm enovel scha tu, ewah klas kau scha!.. bhaha
hampir seratus jugak duit scha melayang sbb bli novel tapi berbaloi.. haaha taw dek ayah scha kena pelekung kepala.
sblm bli novel jgn main rembat je okayy nanti menyesal you better search dlu dkt internet sblum membelinya untuk mengelakkan pembaziran kerana itu amalan syaiton laknatullah*tazkirah subuh
nie novel yang scha dah bli tapi tak bace lagi.
before bli nobel nie scha buat review dlu ye dkt blog acik lana and cite ni dijamin Ohsome.
nobel nie superb beb, scha baca separuh dkt blog kak evelyn. mmg beshh.. homai, dup dap dup dap jantungku akibat panahan cinta tengku Adam Kamil...muehaha
sbb nobel nie jugak scha sggup suruh kakak scha pegi popular taiping okayy jauhh dr rumah scha, dkt parit buntaq(pb) mana ada popular T_______T... seb baik scha p try tgk dkt dynamic bookstore pb and Alhamdullilah ada. siap dpt less 15% sila jeles ok..
nobel ni pulak scha bli sebab baca review dr goodreads and dorang bagi 5 star for this nobel..
nobel ni pun banyak mengunakan bahasa luar... i loikeeeee.. bhahaha
bila baca novel msti terbayangkan kita heroin..ekeke.. sebab tu scha tak suka sgt novel yang perempuan tu enggak suci lgi.. ewahh.. hhaha... novel yg byk part 18sx malu aii nk bace nasib baik dah cukup umur.. k, tata muahhhhhsss
Subscribe to:
Posts (Atom)