HEY MR, BENCI KAMU!! BAB 5





BAB 5


“bik”.  panggil Aireen kuat dari biliknya.

Berlari-lari bibik Yanti menuju kebilik Aireen di tingkat tiga

“ya, mbak” sahut bik yanti termengah-mengah.

“esok, saya nak pergi bercuti ke Langkawi sebelum masuk kerja”.

Aireen sudah memikirkan cadangan pak sunya untuk  mengambil alih tugas daddynya sebagai CEO di syarikat  Material Holdings.

“berapa hari kok mbak pergi kesano?”. Kata bibik yanti dalam loghat jawa-indonnya yang pekat.

“seminggu kut bik, nanti bibik jaga la rumah ni baik-baik ya” pesan Aireen , terasa berat pula hatinya untuk meninggalkan rumah itu.

“biarin bibik hantarin mbak ke airport ya”

“tak perlulah bibik, saya sewa teksi je. Lagipun saya pergi sana naik ferry”. 

Sudah  hampir 5kali dia melawat kepulau itu namun dia tidak berpeluang untuk menaiki feri kerana tidak dibenarkan oleh mummynya.

“ooOOh.. hati-hati ya mbak jangan lupain beli ole-olenya buat bibik”. Kata bibik yanti sambil tersengih.

“bibik pasti saya enggak akan lupain dong” balas aireen dalam bahasa indonesianya yang berterabur.

Bibik yanti yang sedari tadi hanya tersengih sudah ketawa mendengar  kata-kata Aireen. Hubungannya dan Aireen sangat akrab seperti adik dan kakak semenjak dia Aireen kembali kerumah itu sebulan yang lalu. Dahulu hubungannya dan Aireen  seperti majikan dan pekerja walaupun dia dilayan dengan baik oleh Aireen.namun hubungan itu dirasakan terhapus kini.

“bik,tolong saya packing barang ya?

“baik mbak”. Balas bibik sambil tersenyum.

……………………………………………


Jam dipergelangan Aireen sudah menunjukkan jam 10.30 pagi namun feri yang dijangka tiba pada jam 10.00 pagi tidak juga kunjung tiba.  Aireen telah tiba di jeti Kuala Kedah pada jam 8.00 pagi tadi, hampir tiga setengah jam  juga Aireen  terkandas dijeti itu. Aireen hanya memakai baju t-shirt lengan panjang  berwarna pink dan skinny jeans berwarna hitam, rambutnya yang panjang diikat menggunakan reben pink tidak lupa juga spek berbingkai tebal dikenakan pada matanya. Satu penampilan yang berbeza daripada Nur Najeeba Qaireen yang dulu. Wajahnya yang putih juga bebas daripada sebarang make up, sungguh nerd sekali wajahnya.

“ishh.!! Lambatnya feri kalau aku tau naik flight lagi bagus”.rungut aireen dalam hati, rambutnya yang berterbangan dibetulkan semula. Sekali pandang macam iklan rejoice, guna jari pun boleh.

Feri tiba juga pada jam 10.50 pagi. Aireen tertidur sepanjang perjalanan, Perjalanan feri daripada Kuala Kedah ke Langkawi mengambil masa selama satu jam.

………………………………………


Tan Sri Syukur berjalan pantas menuju kebiliknya. intercomnya ditekan.

“Fati panggil Aniq Rayyan masuk kebilik saya”, kata Tan Sri Syukur kepada setiausahanya.

“Baik, Tan Sri”. Balas Fatimah

Fatimah berjalan pantas menuju ke bilik Aniq Rayyan, Pintu bilik itu diketuk.

“masuk”. Panggil Aniq.

“hmm.. Encik Aniq, Tan Sri panggil ke bilik beliau”.

“okay, kejap nanti saya datang”

‘ada apa pulak nie papa panggil aku’ monolog Aniq. Dia berjalan laju kebilik papanya. Pintu bilik papanya dibuka.

“hah! Aniq duduk situ” arah Tan Sri Syukur sambil menundingkan jari kearah sofa dipenjuru bilik.

“okay, Ingatkan papa ada perkara penting nak bincang tentang syarikat” balas Aniq. Di masak benar dengan perangai papanya. Papanya lebih selesa berbincang masalah peribadi di sofa manakala jika hal berkaitan syarikat papanya lebih selesa berbual dimejanya .

Tan Sri Syukur hanya tersenyum mendengar kata-kata anaknya itu.

“Papa nak bagi Aniq hadiah”. Kata Tan Sri Syukur sambil tersengih.

“hah!! Hadiah? Untuk apa?. Kata Aniq dengan dahi yang berkerut.

Tan Sri Syukur mengeluarkan sekeping tiket

“ini, hadiah dia. Kamu kena pergi hari ni”

“hah! Hari nie? untuk apa hadiah ni papa?”pelik Aniq Rayyan melihat gelagat papanya.

“papa dah bagi ambil je la, lagipun sejak sedar kamu terus masuk kerja”.

“papa, Aniq sihat tak perlu la nak paksa Aniq pergi bercuti bagai” bantah Aniq dengan cadangan papanya.

“Aniq, no matter what you must go. Penginapan Aniq semua dah booked you just go and enjoy yourself”. Tegas arahan Tan Sri Syukur.

“sekarang dah pukul 11.00 pagi, flight kamu pukul 6.00 petang, pergi balik dan packing apa-apa yang patut”.

“ooo..kay pa..pa” balas Aniq lemah.

-------------------------------------------------

‘Alhamdullillah, sampai jugak aku dekat sini, ingatkan dah mati kejung’. Monolog Aireen selepas keluar dari perut feri. Semasa didalam feri Aireen terjaga daripada tidur kerana terkejut apabila beg galasnya terjatuh pada mukanya dengan olengan air laut yang kuat. Feri yang dia naiki juga terasa seperti hendak terbalik apabila melawan ombak..ngeri!!

Aireen telah menyewa sebuah kereta Vios selama seminggu. Aireen memilih untuk menyewa di Porto Malai Resort atas cadangan Mak sunya. Hasratnya ke Langkawi telah di ketahui oleh ibu dan bapa saudaranya semasa di perjumpaan di hotel tempoh hari malah berbelanjaannya kesini telah disponsor oleh pak sunya.

Ketibaaannya disambut mesra oleh penyambut tetamu. Aireen berjalan pantas sambil mengalas begnya yg besar ke kuanter resepsi.

“hello miss, can I help you?” Tanya gadis di kuanter itu.

“I already booked chalet in this resort under Akid Bin Aziz”

Tangan gadis tesebut lincah menekan papan kekunci mencari maklumat yang di carinya.

“Mrs, this your key and hope you enjoy your honeymoon”. Kata gadis itu yang memakai nametag Nurul.

“thank you” balas Aireen sambil mengambil kunci ditangan gadis tersebut.

Aireen berjalan menuju ke chaletnya terpukau dengan pemandangan sekeliling resort yang berdekatan dengan pantai Cenang.

“Wooow”. Jerit Aireen kagum dengan reka bentuk chalet yang klasik penuh ciri-ciri kemelayuan

“bestnya, tak sangka pak su tempah honeymoon chalet untuk aku”. Kata Aireen sambil bergolek-golek diatas katil.

Aireen menyelak langsir yang ditiup angin sepoi-sepoi bahasa.

“Wow Cantiknya”.sekali lagi Aireen terpegun dengan pemandangan yang terbentang dihadapan matanya.



…………………………………………


Pemergian Aniq di hantar oleh Tan Sri Syukur dan Puan Sri Belinda.

“bang, linda takut la”. Kata Puan Sri Belinda dengan nada risau.

“ish, awak ni jangan nak fikir bukan-bukan pulak, cuba awak doakan yang terbaik untuk anak kita”. Nasihat Tan Sri Syukur.

“kejap abang nak telephone dorang”. Kata Tan Sri Syukur sambil mendail nombor rakannya.

……………………………………………………

“Bang, betul ke apa yang kita buat nie?”. Kata Datin Najla.

“insyaAllah, Naj. Kita Cuma buat apa yang kita rasa terbaik untuk dia. Hanya ini satu-satunya cara yang abang dapat fikirkan”. Telephone bimbitnya tidak dilepaskan, hatinya rasa berdebar-debar setelah mendapat panggilan dari rakannya.



TO BE CONTINUED =D

HEY MR, BENCI KAMU!! BAB 4


BAB 4


“Aniq tak apa-apa?”. Tegur Puan Sri Belinda, cemas melihat aniq memegang dadanya.

Risau Puan Sri Belinda melihat keadaan anaknya yg kelihatan pucat mukanya, terasa menyesal pula membenarkan Aniq memandu sendiri.

“takde apa-apa mama, Aniq maybe cuma terkejut je tadi time drive kereta.”

“kenapa Aniq? Apa dah jadi?”. Soal Puan Sri Belinda bertalu-talu.

“Aniq kena hon tadi. Aniq tak tau la kenapa Aniq gementar bila nak pegang stereng kereta”. Adu Aniq.

Puan Sri Belinda semakin cemas mendengar kata-kata anaknya, sebelum ini Aniq cekap memandu mungkin peristiwa kemalangan hari itu masih menghantui anaknya.

“Aniq jom kita pergi hospital, mama nak tanya doktor Prakash”. Ajak Puan Sri Belinda tergesa-gesa.

“mama calm down, Aniq okay la nanti lama-lama hilanglah rasa takut ni” pujuk Aniq.

“isshh.. mama susah hati la tengok keadaan Aniq macam nie, kalau Aniq nak pergi mana-mana pergi je dengan Pak Daud dulu nanti mama suruh papa cari driver baru untuk Aniq”.

“tak mahu la mama, InsyaAllah Aniq dapat atasi rasa takut nie nanti asyik mengharapkan driver je Aniq jadi tak pandai terus nak drive kereta”.

 Puan Sri Belinda hanya menganggukkan kepalanya tanda menyetujui kata-kata anaknya. Malas mahu bertekak dengan anaknya yang keras kepala itu.


……………………………………


Teuku Zakir, memandang Iphone 5 nya yang berkecai diatas lantai serabut kepalanya selepas mendapat panggilan daripada papanya diUK.

‘hissh, papa nie tak reti nak bersabar ke? Aku dengan Aireen tu dah la banyak masalah. Aireen tu pun satu, setan apa yang merasuk kepala hotak dia sampai aku pun dia mati-mati tak ingat. Habis hancur plan aku. Tak pasal-pasal kena rancang plan baru’. Rungut Teuku Zakir.

teringat perbualannya dengan Aireen semalam membuatkan hatinya bertambah sebal. Pantas dia mencapai kunci kereta untuk pergi ke rumah kekasihnya.

Dia tiba di apartment kekasihnya malamnya tepat pada jam 5petang.

“ehh! Dhiya you nak pergi mana?”. Terkejut melihat Nik Dhiya sudah siap berpakai cantik, hati lelakinya bergelora melihat nik Dhiya mengenakan dress ketat berwarna maroon terbelah sehingga kepaha dan belahan di dada luas.

“I nak keluar kejap, jumpa boyfriend I?” balas Nik Dhiya selamba.

Hati teuku Zakir bertambah sakit, baru ingin menenangkan hatinya bersama Nik Dhiya.

“I tak benarkan you keluar”. Tegas kata Teuku Zakir berbau arahan.

“hey, you siapa nak halang I keluar? Bukan ke you booked I hanya pada waktu malam je?”sinis Nik Dhiya membalas kata-kata Teuku Zakir.

Sakit hatinya dengan Teuku Zakir yang sesuka hati beri arahan kepadanya.

“ish.. you tepi sikit boyfriend I dah tunggu”, nik Dhiya menolak tubuh Teuku Zakir yg menghalang pintu.

“please dhiya, don’t leave me alone”, rayu Teuku Zakir sambil mengesel-geselkan kepalanya didada Nik Dhiya. Seperti kucing pula lagaknya.

Nik Dhiya berasa serba salah, lantas di gigit bibirnya.

“ok, hari nie je”.bisik Nik Dhiya sambil mengigit lembut telinga Teuku Zakir yg gatal dan yakni miang itu. Mereka hanyut dalam dosa.

……………………………………………



Aniq Rayyan gelisah menunggu kekasih hatinya yang tidak kunjung tiba, jam sudah menunjukkan pukul 5.30 hatinya menjadi risau dengan keselamatan kekasihnya. Dia sudah memaafkan Nik Dhiya kerana tidak melawatnya di hospital tempoh hari. Kerjaya Dhiya sebagai model sering menjadi penghalang wanita itu untuk melawatnya banyak showcase dan ‘Free Show’ terpaksa dihadiri wanita itu atas urusan kerja, semua itu sudah diterangkan oleh Dhiya sendiri.

Aniq mengambil handphone galaxy note 2 hadiah daripada kakaknya, handphone itu dipandang lama menunggu panggilan dari kekasih hati. Dia tersentak apabila handphone yang dipegangnya berdering, pantas dilihatnya nama pemanggil bibirnya mengukir senyuman lebar lantas diangkatnya handphone itu ketelinga.

“helo Aniq, sorry I tak dapat datang”.

Kening Aniq Rayyan tercantum mendengar suara si pemanggil

“kenapa? You sakit eh?”,Tanya Aniq sambil membuat andaian sendiri. Masak benar dia dengan suara Nik Dhiya yg bertukar serak jika wanita itu sakit.

“haah, kita jumpa lain kali ya”.

“it’s okay Dhiya. You nak I bawa ke klinik tak?”.

“ehh.. no….no”, kalut Nik Dhiya menjawab.

“I tak nak menyusahkan you lagipun kawan I ada, I takut you segan”, tambah Nik Dhiya untuk menyedapkan hati Aniq Rayyan.

“Okaylah kalau you dah kata macam tu” kata Aniq kecewa.

“bye darl… muahhh I love You”.

“bye sweet.. Love you too”, balas Aniq lemah.

………………………………………


Nur Najeeeba Qaireen, yang terdengar perbualan mamat yang membelakanginya bagai hendak termuntah. ‘Bye sweet’ yuckss!!.Aireen membuat memek mulut meniru percakapan lelaki tersebut.
Aireen membuat muka sinisnya ‘love you too’ huh! not ‘You too’ but ‘you two’ that’s mean two girlfriends what an idiot girls. Entah mengapa dirasakan dirinya begitu pesimis terhadap lelaki.

Kelibat pak su dan mak su nya tidak juga kelihatan. “Ishh!! Mana mereka nie”.rungut Aireen, sudah kebas punggungnya menunggu di restoran di dalam hotel JW Marriott.

 Mamat di belakangnya juga dilihat sudah berlalu pergi. handphone Blackberry Torch di capai hendak didailnya nombor pak sunya, belum sempat dia mendail kelibat pak su dan mak su sudah kelihatan.

Senyuman dilemparkan menyambut kedatangan pak su dan mak sunya. Disalamnya tangan paksu nya.

“aireen apa khabar?”, Tanya maksunya sambil membawa Aireen didalam pelukannya.

“sihat mak su. Mak su dengan pak su pulak?”.

“macam nie la Aireen sihat-sihat orang tua”. Balas pak sunya

“Aireen, tujuan paksu panggil Aireen ni nak bincangkan tentang syarikat arwah daddy Aireen, Material Holdings”.

“paksu dah tak larat nak uruskan dua syarikat dalam satu masa, jadi pak su rasa Aireen harus mengambil alih syarikat peninggalan arwah daddy Aireen. Walaupun Aireen amnesia paksu yakin Aireen mampu menerajui syarikat tu”.

Aireen yang mendengar hanya terdiam sahaja. Selama ini daddynya sering memaksa dia untuk berkerja disyarikat itu namun ditolaknya mentah-mentah. Ya Allah! Banyaknya dosaku kepada Mu dan ayahku.
 Tanpa disedari, air mata Aireen mengalir. Dosanya kepada daddy dan mummynya begitu banyak.

Datin Najla yang di sedari tadi hanya mendiamkan diri menjeling kearah suaminya agar menghentikan perbincangan tersebut.

Dato’ Akid terkedu melihat air mata Aireen yang mengalir. Mungkin dia terlalu berkeras dengan anak saudaranya ini.   




TO BE CONTINUED =D

P/S: scha sedang improve penggunaan bahasa Inggeris, scha terbiasa guna bi pasar so jadi rojak la... haha.... harap kalo scha tersilap korang tolong betulkan ye:) tqsm.

HEY MR, BENCI KAMU!! BAB 3



BAB 3


Aireen termenung selepas mendapat panggil drpd Teuku Zahir. Teringat dia akan kata-kata yg diterima dari tunangnya.

“hi, my beautiful fiancé”, kata Teuku Zahir.

yucks!!Aireen yg mendengar bagaikan hendak termuntah sambil membuat memek muka menyampahnya.

“baby, I miss you so much”, panggil Teuku Zahir lgi dgn suara manjanya.

“engkau nk apa lgi hah?geli aku dgr kau panggil aku baby, aku tak kenal kau dan aku tak nk kenal kau. By the way, aku nk kau putuskan pertunangan kita”, kata Aireen kasar.

Tidak larat lgi dia hendak berlakon dgn lelaki itu. Perbincangan ibubapa saudaranya dgn kedua-dua org tua lelaki itu menemui jalan buntu apabila tarikh pernikahan mereka dipercepatkan pula selama 1 bulan oleh org tua lelaki itu, dgn alasan dirinya amnesia mungkin apabila tinggal bersama lelaki itu kenangan cinta mereka dpt memulihkan dirinya. Bermakna dia hanya mempunyai 3 bulan saja lgi untuk melepaskan diri dari lelaki buaya itu.

“ Baby, I love you and we will got married soon!”, kata lelaki itu di hujung talian dgn nada tegas.

Semakin sakit hati Aireen dibuatnya.

“hey!, lelaki mcm kau tahu ke apa erti cinta, jgnkan nk bercinta nak sebut perkataan tu pun kau tak layak”, kata Aireen dgn nada sinis.

“I don’t care baby, cepat atau lambat I akan pastikan you jadi milik I, only I can touch you… hahaha” kata Teuku Zahir lgi dgn deraian tawa dgn lebih kuat.

Tanpa menunggu lama terus talian diputusan dgn perasaan geram, sakit hatinya mendengar perkataan terakhir dr lelaki itu. ‘huh! Sah jantan tu psiko, takpe Aireen kau relax nnt kau psiko la jantan tu balik’ kata Aireen untuk menenangkan dirinya.

“mbak reen”. Panggil bik yanti bila melihat anak majikannya itu mengelamun.

“oh, ada apa bik”, terbang segala peristiwa tentang Teuku Zahir yg menyakitkan hatinya.

“bik udah siapin makanannya,”.

“nanti saya turun bik, kita makan sama ya?”, ajak Aireen

“o..oh ia”, kata bik yanti smbil menganggukkan kepalanya.

Dia tahu benar sikap Aireen, yg merendah diri walaupun dia hanya org gaji tpi Aireen melayannya dgn baik begitu juga dgn org tua gadis itu.

……………………………………………………


“papa, bila Aniq boleh balik? bosan la tinggal dkt sini lama-lama”. Adu Aniq Rayyan.

Hampir 1 minggu dia terperap di sini semenjak dia sedar namun insan yg ditunggu-tunggunya tetap tidak kunjung tiba.

“hmm.., papa lebih suka Aniq tinggal dekat sini lama-lama”. Usik Tan Sri Syukur.

“sampai hati papa”, terpancar kekecewaannya mendengar kata papanya itu.

“haha.. Aniq ni papa melawak je la, anyway kenapa anak papa nie sensitive sgt, dah macam mama dah papa tgk”.

 Aniq Rayyan hanya mendiamkan diri mendengar soalan papanya. Hanya senyuman paksa sahaja di berikan kepadanya papanya.

“papa!”, panggil Aniq.

“ Dhiya ada melawat Aniq tak time Aniq terlantar dulu?”,tanya Aniq  lgi

Tan Sri Syukur sudah mengagak soalan itu akan ditanya oleh anaknya, pantas dia menyibukkan diri mengemas barang2 milik anaknya.

“Aniq, dah boleh check out hari nie, lekas la bersiap mama tengah tunggu Aniq. macam2 mama masak utk Aniq”. Kata Tan Sri Syukur smbil menyibukkan diri mengemas barang anaknya. Malas dia menjawap soalan itu, daripada berbohong lebih baik dia mendiamkan diri.

Sikap Nik Dhiya tidak disenangi dirinya dan isterinya. Dia tahu Nik Dhiya tidak ikhlas mahu mendampingi anaknya.

Aniq Rayyan mengeluh mendengar kata2 ayahnya. Dia tahu ayahnya mendengar kata-katanya tetapi entah mengapa soalan itu tidak dijawap oleh ayahnya.

………………………………………………………


Puan Sri Belinda bergegas turun ke halaman setelah melihat kereta Audi Q5 milik suaminya memasuki perkarangan rumah.

“Aniq, anak mama syukur dah balik”, sambut Puan Sri Belinda gembira sambil memeluk anaknya.

Puan Sri Belinda terus menarik tangan anaknya menuju kedalam rumah.

“hai mama, lupa pulak dkt suami mama tu tengok muka papa dah merajuk” usik Aniq lantas mengerling ke arah papanya.

Puan Sri Belinda hanya tertawa kecil mendengar usikan anaknya.

…………………………………………………………………….


Nur Najeeba Qaireen menghabiskan masanya berjalan-jalan di Pavilion hari ini. Sudah lama rasanya tidak menjejakkan kaki dimana-mana shopping complex. Sejak tinggal dgn mak sunya pergerakannya di rasakan terbatas.
Tiba-tiba Aireen tersentak apabila bahunya dicuit seseorg. Pantas dia mengalihkan pandangan.

“eh! mak su”, tersentak Aireen disapa mak sunya.

“kebetulan pulak kita jumpa dekat sini Aireen, Aireen sihat?”. Tanya mak sunya smbil memegang bahu Aireen.

“Alhamdulillah mak su, Aireen sihat. Mak su nak pergi mana lepas nie?”.

“nie lah mak su geram nie, Pak Zabo tu katanya kereta rosak. Dia suruh mak su tunggu lgi tiga jam mak su dah sakit kaki pusing shopping complex nie. Tak tahu nak shopping apa dah ingat nak balik naik teksi je lah”. Rungut mak sunya.

“oh! Ye ke, tak pe lah mak su biar Aireen yg hantar mak su balik, lgi pun Aireen nak balik jugak tadi just jalan-jalan je nak hilangkan bosan”. Pelawa Aireen

“betul ke Aireen? Kalau macam tu mak su nak call Pak Zabo bagi tahu dia tak payah jemput mak su dekat sini”, lalu mengeluarkan Iphone dri handbag Prada miliknya


……………………………………………………….


“adoii kemutnye la Lamborghini Superleggera nie, harap je kereta sport, bawa mcm siput”.bebel Aireen yg memandu Volkswagen Beetlenya.

“mak su, tengok kereta kancil depan kereta Aireen nie pun dapat potong kereta Lambo tu”. Adu Aireen melihat kereta kancil didepannya sudah pun selamat memotong, sekarang tiba pula gila Aireen untuk memotong.

“Aireen janganla potong kereta tu, depan tu byk kereta la”. Cemas  Datin Najla melihat pemanduan anak saudaranya, mcm pelesit, desisnya.

“kejap la mak su, Aireen geram dgn kereta tu kemut sgt. Siaplah pemandu tu kalau aireen dapat potong dia”. Pantang betul dia melihat orang memandu perlahan kalau tiada halangan didepan.

“piiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiinnnnnnnnnnnn”. lama Aireen membunyikan hon keretanya.

Akhir Aireen berjaya memotong kereta itu dgn selamat, semasa memotong aireen menayangkan muka marahnya smbil mengegilkan matanya kepada pemandu kereta lambo itu.

Sampai dirumah, Datin Najla menarik nafas lega. Rasanya itu kali pertama dan terakhir dia menaiki kereta anak saudara. Taubat tak mahu naik lgi, dia lebih rela menaiki bas drpd menumpang si Aireen.

“Aireen, marilah masuk minum petang” pelawa Datin Najla.

“Takpe maksu, Aireen ada hal nak buat”. Tolak Aireen lembut takut menguris hati ibu saudaranya.

“oh! Okay la kalau macam tu, jaga diri baik-baik”. Pesan Datin Najla
Aireen melambai ke arah ibu saudaranya sebelum memejut laju keretanya.

………………………………………………


Aniq Rayyan memegang dadanya, fobia. hari ini banyak sungguh hadiah yang dia dapat daripada pemandu berhemah Malaysia. Mana tidaknya hampir 5 kali dia dihon paling dia tidak boleh lupa seorang wanita yg memandu kereta kura-kura a.k.a Volkswagen Beetle berani sungguh wanita itu mengegilkan mata terhadapnya malah dihon lama. Malu sungguh dia.



 TO BE CONTINUED :)

 P/S: comment korang buat scha semangat nak sambung enovel nie <3, scha tergelak baca comment anon. dia suruh scha publish dkt alaf21.. haha... segala kritikan akan scha ambil sebagai pembakar semangat utk mnerus menghasilkan enovel ini.. im open minded ok... hehe =D

                            1:24 AM 
28/12/12

HEY MR, BENCI KAMU!! BAB 2


BAB 2

“bang… Aniq dah sedar bang”, tangisan kegembiran terpancar pada wajah Puan Sri Belinda.


“Ya Allah, syukur Linda”, kepala Tan  Sri Syukur yg tadinya sakit kini beransur pulih setelah mendengar khabar gembira itu.

“Linda, jom kita pergi tgk Aniq”, ajak Tan Sri Syukur.

“Doktor Prakash tak benarkan kita melawat lgi bang, skrg doctor tengah check condition Aniq, Alhamdullilah bang usaha kita selama ni berjaya” ucap Puan Sri Belinda dalam sendu.

Semasa dtg melawat Aniq Rayyan dia terkejut melihat keadaan Aniq seperti hendak nazak, dia menekan butang kecemasan ditepi katil Aniq mujur doctor yg selama ini merawat anaknya pantas bertindak.

“ehh bang!, tu doctor Prakash”, panggil Puan Sri Belinda.

Bergegas Tan Sri Syukur mendapatkan Doktor anak.

“how’s my son condition?” tergesa-gesa Tan Sri Syukur bertanya, tidak sabar untuk mengetahui keadaan anaknya.

“Well Tan Sri, he’s condition more stable and you son can join Marathon soon,” gurau Doctor Prakash.

“haha.. thank you so much doctor” gembira Tan Sri Syukur mendengar kata2 doktor prakash.

“it’s okay Tan Sri, shall we go?, your son already waiting you”

Tan Sri Syukur dan isterinya pantas mengekori Doctor Prakash kerana tidak sabar untuk melihat keadaan anaknya.

…………………………………………………

“Mak Su, Aireen nk balik rumah daddy”, teringin benar dia melihat rumahnya dulu.

“tapi Aireen kan tak sihat lgi, lgipun dekat sana mana ada siapa2 yg ada cuma bibik je baik Aireen duduk sini ada jugak org yg tengok2kan Aireen”. Panjang syarahan Datin Sharifah Najla.

“Aireen nk cari memory Aireen dkt sana mana tahu Aireen boleh ingat semula lgipun aireen membesar disana”, pujuk Nur Najeeba Qaireen.

“tengoklah dulu Aireen nnt mak su bincang dgn pak su dulu ya?”. Berat hatinya mahu melepaskan Aireen pergi.

“okay mak su, tpi Aireen harap sgt Mak su dgn Pak su benarkan aireen pergi”, Nur Najeeba Qaireen berlalu dgn lemah.

hampa hatinya jika bapa dan ibu saudaranya tidak membenarkannya pergi, hidupnya dirasakan kosong setelah penyakit amnesia ini menyerang dirinya.  

……………………………………………………

Aniq Rayyan gembira melihat kelibat ibubapanya dri jauh bersama seorang doktor. Senyuman manis dilemparkan kepada kedua-dua org tuanya itu, terserlah kedua-dua belah lesung pipitnya.

“Hi, papa mama” manja Aniq Rayyan menegur ibubapanya.

Dia merupakan anak bongsu drpda 2 org beradik. Mempunyai seorg kakak perempuan yg tinggal  jauh di Paris. Disebabkan itu dia seorg yg manja dgn ibu bapanya.

“Aniq, anak mama” panggil datin Belinda dlm linangan air mata smbil memeluk erat anaknya.

“come on mama!, I don’t want to see your crying. Nothings happen to me la mama” kata Aniq rayyan sambil mengelap air mata mamanya. Manja benar dgn mamanya.

Makin kuat tangisan Datin Belinda rindu benar dia dgn telatah anaknya itu.

“sudah, sudah lah tu mamanya Aniq tu dah sihat esk lusa dah boleh lari agaknya, kan doctor”, gurau Tan Sri Syukur.

Bilik itu gamat dgn tawa Doktor Prakash dan Tan Sri Syukur, Aniq Rayyan tak kurang juga gelak tawanya. Makin panjang muncung Puan Sri Belinda.

“alah papa ni nak mengata mama, hari tu time dpt call Aniq accident bukan kemain risaunya, org ambil kunci kereta dia ambil kunci motor” kata Puan Sri Belinda smbil mengerling kearah suaminya, pautan pada tangan anaknya tetap tidak dilepaskan.

“hahaha.. yeke mama?” Tanya aniq Rayyan dgn sisa tawa yg masih ada.

Aniq Rayyan tahu kedua-dua ibubapanya amat menyayangi dirinya walaupun tingkahnya sering membuat mereka diserang migraine.

……………………………………………………….


Banglo setinggi empat di Mont Kiara dipandangnya rindu, hampir 3 bulan dia meninggalkan rumah itu. Dipandangnya sekeliling halaman rumah berbeza sekali landskap yg dilihatnya di rumah ibu saudaranya terdapat sebuah gazebo di tengah2 kolam renang. Terdapat juga taman mini milik daddynya yg suka berkebun. Dilihatnya air terjun buatan kesygan mummynya pada kolam air terjun itu terdpt spesis ikan pearl gouramy dan ikan guppy.

‘hmm… cantik’. monolog Aireen, dipandangnya lgi pohon sakura yg bnyk dihalaman rumah seoleh-oleh memagari kawasan rumahnya.

Lamunan Aireen tersentak apabila disapa seseorg

“wa duh mbak Reen kenapa enggak dibilangin pulangnya hari ini”. Kalut bibik yanti bertanya. Bibik yanti sudah 7 tahun brkerja dgn ayahnya.

“ ehh! takpe bik, aireen rindu dgn rumah nie dan rindu dgn bibik jugak”. kata aireen smbil tergelak melihat bibiknya yg kalut mengaru kepala yg bertudung itu.

‘wa duh, Datin bilangin mbak Reen amensia, kok keliatannya biasa-biasa aja’ bibik yanti bermonolog sendiri smbil mengaru kepalanya, pelik.

“bik?” panggil Aireen setelah melihat bibiknya itu mengelamun.

“ohh iaa, mbak Reen mahu bibik bantuin diangkat bagasinya?”.

“emm… boleh jugak bik, letak dlm bilik saya ya”.

“itu bisa diurusin mbak Reen”. Sambil mengambil beg dri tgn Aireen.

“eh Mbak, mahu kemana dong?”. Panggil bik yanti kuat setelah melihat Aireen menuju kearah gazebo terapung itu.

“saya nak telefon mak su!!!”, gerit aireen takut bibik tidak mendengar.

Dilihat bibik yanti hanya menganggukan kepalanya. Dia sudah berjanji akan menelefon maksunya setelah sampai dirumah, sudah besar rahmatNya apabila  paksu dgn maksu membenarkan dia tinggal disini. Banyak perkara yg boleh dia lakukan bila tinggal disini.

TO BE CONTINUED =)


P/S: scha harap korang boleh comment lepas baca e-novel nie. sebab comment korang buat scha bertambah semangat nk smbung nvel nie.. hehe ILYSM.


HEY MR, BENCI KAMU!! BAB 1




Bab 1

“mak su, tolong la Aireen! Aireen tak nak kahwin dengan Teuku Zakir, Aireen tak cintakan dia mak su” tersedu-sedan Aireen memujuk mak sunya agar membatalkan pernikahannya yg akan berlangsung lebih kurang 4 bulan lagi. Terkejut bukan main lgi Aireen apabila diberitahu oleh mak sunya bahawa dia sudah bertunang dengan Teuku Zakir sejak 1 tahun yg lalu .

“Aireen jangan nak bagi malu maksu boleh tak?, bukannya maksu yg paksa Aireen kahwin dengan dia, Aireen yg nak bertunang dengan dia dulu hampir 3 tahun aireen couple dgn dia. Ya Allah! Aireen takkan yg tu pun Aireen tak boleh ingat” pening kepala Datin Sharifah Najla apabila memikirkan perangai anak buahnya yg seorang ini. Sejak sedar dari koma sebulan yg lalu akibat kemalangan jalan raya yg turut mengorbankan kedua-dua ibubapa Aireen, iaitu Tan Sri Lee Zainail dan Puan Sri Sharifah Najihah. Perangai Aireen semakin berubah, penyakit Amnesia Aireen juga dilihatnya semakin teruk mana tidaknya Aireen yg dulunya begitu pandai bergaya menjadi begitu kekampungan . paling teruk Aireen tidak mengenali kekasih hatinya, malah dirinya juga Aireen tidak ingat puas juga dia memaksa Aireen mengenali dirinya dan mujurlah Aireen dpt menerima kematian daddy dan mummynya.

“mak su, b…be..tul Ai..reen tak in..gat di..a lang…sung.” Semakin teruk sedu sedan Aireen dibuatnya.

“ Aireen, persiapan semua dah dibuat takkan kita nak cancel macam tu saja, kalau parents Aireen masih ada tentu mereka marah dan sedih dgn keadaan Aireen begini” .Datin Sharifah Najla mengelengkan kepala  melihat penampilan  Aireen yg dirasakan berubah 360  darjah berbanding  Nur Najeeba Qaireen yg dulu, Nur Najeeba Qaireen yg dilihatnya sekarang  hanya memakai kain batik dan berbaju kurung kedah tak ubah seperti Mak Ziah pembantu rumahnya, nasib baik juga anak buahnya ini mempunyai rupa paras  yg cantik diwarisi daripada kedua-dua ibu bapanya, Tan Sri Lee Zainail merupakan mualaf, ibu berketurunan iban manakala ayahnya pula org korea, Lee Zainail sudah memeluk islam sebelum mengenali kakaknya, mereka pula berketurunan arab . perkahwinan kakaknya direstui oleh kedua-dua ibubapanya walaupun ditentang oleh ibubapa Lee Zainail kerana melarang anak lelaki mereka menukar agama padahal anak mereka sudah lama memeluk islam, oleh kerana keikhlasan Lee Zainail memeluk islam perkahwinan kakaknya bahagia walaupun hanya dikurniakan seorang anak.

Wajah satu-satunya anak saudaranya dipandang lama, wajah Aireen lebih banyak diwarisi dari mummynya Cuma matanya sahaja diwaris oleh daddynya.

“ma..ak mak su”
Lamunan Datin Sharifah Najla terhenti apabila mendengar lirih suara anak saudaranya itu.

“ya Aireen, kenapa sayang?” panggil Datin Sharifah Najla lembut. Tidak guna rasanya jika dia memaksa Aireen sekarang.

“Ai…reen ten…tu dah ban..yak su..sahkan mak..su kan?” sayu sahaja suara Aireen, rasa sudah terlalu banyak masalah yg dia taburkan kepada maksunya itu.

“tidak sayang , maksu faham aireen tertekan sekarang . Aireen dh sedar dari koma hari tu pun dah melegakan hati maksu. Nanti maksu bincang dengan family Zakir pasal masalah Aireen nie, mak su tahu dia org mesti faham”.

‘Bakal mentua Aireen pun satu hal jugak, Malaysia punya la besar masih nak tinggal dkt UK,’ sungguh dia tidak berkenan dia dgn si Teuku Zakir  dulu. Macam mana la anak saudaranya ini boleh tersangkut dengan dgn The King Of Crocodile ini mahu ditegah rasanya dihanyalah ibu saudara Aireen, serasanya dulu ibubapa Aireen juga tidak berkenan dengan Teuku Zakir n tetapi disebabkan anak kesayangan dituruti juga kemahuan Nur Najeeba Qaireen. Dan sekarang apabila Aireen menolak ditidak mampu untuk bebuat apa-apa kerana janji sudah termerterai.


……………………………………………………………………………………


suasana hening didalam bilik hospital Asia Columbia bagaikan mengetahui kesedihan yg melanda keluarga pemilik bilik itu sejak 3 bulan yg lalu.

“I’m sorry Tan Sri, Puan Sri, I’m trying soo harder to saves his lives, only mircle of god can makes your son aware from his comma”

Kata-kata doktor berbangsa India 3 bulan yg lalu masih segar didalam minda Tan Sri Syukur  dan Puan Sri Belinda.

Selama 3 bulan juga saudara mara dtg untuk membaca yasin kepada anak mereka untuk memberi kekuatan kepada anak mereka untuk berjuang untuk hidup. Entah bila masanya anak mereka akan sedar, melalui maklumat yg mereka perolehi mangsa yg sama terlibat dlm kemalangan jalan raya itu sudah sedar dri koma dan kemalangan yg menglibatkan anak mereka ini bukan berpunca dari anak mereka tetapi disebabkan kecuaian insan lain, hendak disalahkan siapa semua ini terjadi sebagai org islam dia harus berbalik kepada qada dan qadar Allah S.W.T mungkin ada hikmah disebalik kejadian yg menimpa anaknya.

………………………………………………………………


“hey, baby why you’re sulking like that?, hmmm… tak jadi La I nak beri you nie” sambil tangannya melayangkan rantai platinum dari Tiffany&Co di hadapan kekasih malamnya. Rantai platinum itu dibelinya untuk insan lain, tetapi mengenangkan insan tersebut hatinya menjadi sakit, ‘tak guna punya perempuan tau la apa nak buat dgn nanti’ katanya didalam hati sambil tersenyum manis dihadapan kekasih malamnya.

“hishh, you ni la, setiap kali I call you bukan nak angkat. Asyik awek you je yg angkat” kata Nik Dhiya sambil memalingkan muka kearah lain, kononnya merajuk padahal dlm hati mcm nak rampas je necklace yg ada pada kekasih gelapnya.

“hah!! Awek I? siapa?” peluh jantannya sudah memercik didahinya, tahu takut.

“alah operater girl tu la, sambil mengeling ke arah kekasih gelapnya yg berketurunan tengku itu”

“hahaha, you nie dgn operater girl tu pun you nak jeles, she not my tastes, you’re my taste” smbil memakaikan kekasih malamnya rantai platinum itu, dikucupnya leher kekasih malamnya itu.


……………………………………………………………


Sudah seminggu Nur Najeeba Qaireen berkurung didalam bilik makan minumnya tidak menentu. Naik pening kepala Datin Sharifah Najla memikirkan anak saudara tunggalnya.

“Naj, Aireen tu mcm mana hari ini?” Dato’ Akid juga risau memikiran  kesihatan anak saudara isterinya yg sudah dianggap seperti anak sendiri kerana perkahwinannya dgn Sharifah Najla tidak dikurniakan zuriat. Setelah kematian iparnya dirasakan tugas dia dan isteri bertanggungjawab untuk melindungi Nur Najeeba Qairen Lee Zainail sperti anak sendiri.

    ‘Akid, abg long harap kau boleh jaga Aireen macam anak kau sendiri bila abg long pergi nanti, Aireen tu memang degil budaknya, abg long harap kau pilih jodoh yg terbaik untuk dia, boleh membimbing dia selama ni abg long sudah banyak abaikan dia, nasib baik abg long ada isteri… haha… jaga syarikat abg long tu, harap abg long boleh percayakan kau’.

Kata-kata Tan Sri Lee Zainail terngiang-ngiang diminda Dato’Akid, pada mulanya dia menganggap kata tu hanya sebagai gurauan sahaja kerana Tan Sri Lee Zainail berkata begitu disebabkan akan ke outstation selama 3 minggu ke jepun, belum pun sempat ke jepun mereka kemalangan apabila kereta Bentley Continental yg dipandu oleh Aireen milik Tan Sri  Zainail merempuh sebuah kereta Ferrari Berlinetta. Yg pelik bin ajaibnya kenapa Aireen yg bawak kereta tu selalunya Aris yg  bawa, selama ini Aireen apabila di suruh membawa kereta milik ayahnya pasti dia menolak dgn alasan takut, ish.. ish pelik pelik smbil mengelengkan kepala.

“abg! Org ckp dgn dia boleh pulak mengelamun  lepas tu geleng2kan kepala” masam wajah Datin Sharifah Najla menegur.

“ayang ni, yg tu pun nak marah muka berkedut-kedut tu kenapa, ha kedut betul-betul baru tau” gurau Dato’Akid

 Makin panjang muncung Datin Sharifah Najla mendengar kata2 suaminya.


…………………………………………………………


Nur Najeeba Qaireen berjalan-jalan dihadapan halaman bunglow milik bapa dan ibu saudaranya. Dia berasa sungguh tenang melihat keadaan disekeliling bunglow tersebut yg dipenuhi rimbunan pohon menghijau, terdapat sebuat kolam renang dan berdekatan kolam renang terdapat sebuah gazebo yg menjadi tempat minum petang.

“Cik Aireen, pergi la dkt gazebo tu nnt Mak Ziah dah bawakan makanan, biasanya dato’ dgn datin suka makan di gazebo tu. Kejap ya mak ziah panggil”

“ehh, terima kasih Mak Ziah,” kata Aireen sambil menuju ke gazebo tersebut

Lamuan Aireen terhenti apabila terpandang kelibat pak su dan mak su yg menuju ke arahnya. Aireen mengukir senyum kepada mereka.

“Aireen sihat?” sapa pak su nya

“Alhamdulillah, sihat pak su” tersenyum kecil Aireen mendengar soalan pak su nya, hari2 jumpa pun pak su nya bertanyakan soalan yg sama.

Pandangan mata Aireen kembali tertumpu pada kawasan halaman rumah ini, matanya tertarik pada sepohon pokok sperti pokok sakura bunganya yg berguguran di rumput hijau tidak langsung mencacatkan pandangan Aireen . Hmm.. cntiknya pokok tu warna pink lgi..

“mak su?”

“ya Aireen”

“tu pokok sakura ya?” sambil matanya tidak terlepas memandang pohon tersebut.

“ya, mak su pun pelik macam mana pokok tu boleh hidup dkt sini iklim sini tapi yg berbezanya sakura Malaysia ada daun, sakura Jepun tak ada daun”.

“ya la mak su baru Aireen perasaan sakura tu ada daun, Aireen rasa cantik sakura Malaysia lagi”.

Lega Datin Sharifah Najla mendengar suara Aireen, sebelum ini berpatah-patah yg ditanya hanya sepatah sahaja yg dijawap. Wajah anak saudaranya di pandang sayang mungkin ada hikmah diatas segala yg berlaku.


………………………………………………………………

 “bang, ban..gun a..nak ki..ta”. teresak-esak Puan Belinda mengejutkan suaminya yg tertidur diatas sofa bilik hospital.

“Ya Allah linda, kenapa?” terkejut Tan Sri Syukur melihat isterinya yg menangis memandangnya, kepala yg dirasakan berdenyut-denyut mungkin akibat terkejut  dgn esakkan isterinya..


 TO BE CONTINUED