benci nora elena??


hahaha..mesti korang terkezut baca tajuk entry niekan hahaha.. sebenarnya bukan pqah yg benci tengok cite tu tpi orang lain la, masa pqah pegi dekat website GUA tadi pqah  baca satu entry dia yang bertajuk bantahan terhadap penyiaran nora elena, bantahan nie dihantar oleh seorang peminat GUA.. jom kita baca apa yg dia tulis=D

Nowa,
Kakitangan Kajaan,
Putrajaya

TV3
Sri Pentas,
No 3, Persiaran Bandar Utama
Bandar Utama, 47800 Petaling Jaya

Tuan,
Per : Bantahan Terhadap Penyiaran Drama Bersiri Nora Elena

Adalah dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas dan drama bersiri Nora Elena adalah berkaitan.

2. Dimaklumkan, bahawa saya, Nowa dengan ini membantah penyiaran drama bersiri Nora Elena yang disiarkan setiap hari, jam 7 petang di saluran tuan. Antara sebab sebab pembantahan saya adalah seperti berikut.

i) Membuatkan jiwa isteri isteri terganggu.
Mana ada suami gitu sabo dalam dunia ini? Logik tak bila Nora tanya Seth, asal Seth tak penah dengan apa saja perbuatan Nora? Seth jawab, sebab Seth terlalu sayangkan Nora. Jadi kesimpulan, isteri-isteri mula curiga dengan suami mereka yang sepanjang masa marah marah. Ni laki aku sayang ke tak ni?

ii) Jiwa jiwa suami juga turut terganggu.
Ini kerana, apa bila tiba scene scene romantik dan tidak dapat diterima akal, seperti Nora terpeleot, Seth siap dukung bawak g sofa, tingkat bawah..(gila gagah..aritu aku nak branak, laki aku gendeng henbek aku, beg kain aku, pastu tunggu aku kat grill depan umah, aku la terkedek-kedek jalan sendiri..pastu pegang lengan aku je tau..bila suh dukung macam biasa drama atau filem buat, laki ckp, "ah gile mung, patoh pinggang!" Pastu sampai sepital, lari lari amik wilca..kalu dukung macam drama melayu kan bagus??)

Oh pasal part romantik tu, biasanya isteri akan menjeling kepada suami, disertai dengan kata kata sinis, "dedi mung ni masa dulu geletak nok ke mami, masa mami begetoh je belanar beli bunga, minyok wangi, cekelat bagai..leni doh dapat mami doh haghammmmmm!!! asal besday ke anniversary ke, pakai tektik, hadiah ai pada yu adalah sebuah cinta yang murni dan ikhlas"....itu je?? harharharharam!!

Paling koman, selepas jelingan tajam, cubitan kental di lemak perut pasti akan singgah di bahagian perut suami.

Jadi, sebagai lelaki melayu, suami, mereka juga merasa hangat dengan penyiaran drama bersiri ini.

Kebiasaan jugak, malam malam yang sepatutnya diisi dengan aktiviti sukan berair akan berlalu begitu saja, pabila sang isteri makan hati, lelaki melayu dalam drama lagi romantik dari laki sendiri. Saje saje wat merajuk, ingatkan si laki pujuk cam si Seth pujuk Nora, tapi tak tau laki sendiri penat, dah, amik kau, sampai ke pagi tak dapat apa apa..laki tak pujuk satu hal, laki horny dibuat bini gitu pun satu hal..Sian Johnny!

iii) Memberi harapan pelesu kepada gadis gadis yang belum menikah.
Apabila pengaruh Seth Tan mula menular, maka ramai gadis gadis mencari pasangan hidup yang romantik nak mampus macam Seth Tan. Selepas menonton siri itu juga, kajian secara rambang mendapati kebanyakan dahi gadis gadis lebam. Ini adalah berikutan dengan tabiat sebelum tido mereka yang gemar meletakkan belakang tapak tangan ke dahi sebelum tido sambil berangankan lelaki seromantik Seth Tan, walau sebenarnya, Non Ada lelaki MELAYU seromantik itu. Yang romantik cumalah, lelaki Bangladesh, lelaki Lombok, dan Shahrukh Khan sahaja.

iv) Pasangan-pasangan bercinta kerap bergaduh.
Sang aweks memaksa jejaka untuk kerap membelikan bunga. Sedangkan boipren tu keja Kerani je kat Kementerian Kewangan. Gaji pun RM1500 jek. Kau gile sekuntum bunga brape hengget?? Kalu nak 3 kuntum sebulan, takpe jugak. Ni nak 21 roses everiday??

Kau gile, ko nak mamoh kelopak bunga ke? Kau ingat kau cantik macam Nora Elena nak demand-demand? cess

v) Tak logik punya citer..
Brape lama kawen baru bole 'bersama'?? Ada ke lelaki sesabar Seth tu.. Ok, takde ke tunjuk scene Seth 'tumbuk sambal'?? eh, kalu betol ada lelaki tak penah sentuh isteri, kira mesti dia 'tumbuk sambal' kan? hahahha...takut awak sakit belakang konon..padahal ajak tido skali..mood cameron suda mari..eh, tetiba teringat Jay....kahkahkahakha

vi ) kari hangus, nasik hangit.
Duk sibuk berkejar dari dapur ke hall, pastu ke dapur semula, pastu part ehem ehem, part ada pelangi, dah teralit, tengok sambil berangan, jeling laki, dah lupa kari kat dapur..hangit gitu je..

vii) Mengganggu tumbesaran anak kecil.
Pabila seorang isteri, terpengaruh dengan apa yang dilihat di kaca telebisi, nak perli secara derek kepada laki sendiri takut kena penampo, jadi, anak kecil dijadikan medium untuk menyampaikan isi hati

"tengok tu Alya, dulu dedi mung semart gitu ah, nok g dating siap bukak pintu bagai sume? leni? mami terkedek kedek bawok barang dia hon siap siap doh"

"owoh Alya ork? napok ngat nipu..mana ada orang kawen doh romantik gitu ork??"

Kesian la budak kecit tu terkebil kebil tak tau ape mak dia bebelkan.

3. Sekian dimajukan untuk pertimbangan dan kelulusan pihak tuan. Dan semoga dengan ini, tiada lagi kekeliruan dan kecelaruan minda penonton penonton lagi. Mana ada lelaki romantik gitu dalam dunia..kalu ada pun sebelum kawen, lepas kawen, bagi setahun, atau dah dapat anak sorang, jadi kayu la semuanya..Jadi, dimohon pihak tuan agar tidak mempermainkan perasaan kami, dan memberi harapan pelesu kepada gadis gadis diluar sana.

Sekian,

"BERPIJAK DIDUNIA NYATA ADALAH TUNGGAK KEHIDUPAN BAHAGIA"

( NOWA)
Pengerusi,
Kelab Ibu-Ibu Menyusu Badan 
Putrajaya
ada jugak orang macam nie(psiko).haha.. dah namanya pun cerita mesti la penuh dengan fantasi  tambah2 lagi cite nie diadaptasi drpd novel, even kalau korang baca novel pun rasa benda yg penulis tu tulis semuanya indah2 macam dia alam fairytale dan x ada di alam realiti kalau ada pun maybe 1 dalam sejuta=P.

sekian, terima kasih
apa pendapat korang tentang manusia yg menulis surat bantahan tu, sila la komen ye=D

p/s: cite nie dah abis pun=P

kebenaran atau kebetulan

masa bukak fb tadi pqah terkejut tgk kawan pqah tulis benda nie dekat status dia actually pqah tak tau benda nie betul ke tak tapi pqah nak kongsi dengan korang
klik untuk tumbesaran

pqah dah try buat memang terkejut sangat tadi sebab benda nie yg keluar 
Q33 NY
kalau korang tak caye korang try la buat  pastu kalau korang pandai korang translatekan la untuk pqah
sebab pqah memang tak tahu nie bahasa ape!! .. oke assalammualaikum, n bye..ngehehe

angah tolong beli-kan

assalammualaikum
beberapa minggu nie pqah rasa sedih sangat sebab kakak pqah tak belikan novel yang pqah mintak..sob..sob..T_T pqah memang minat baca novel, pqah suka sangat novel karya SITI ROSMIZAH sebab siti rosmizah nie kalau buat novel, novel tu boleh menyentuh hati pembacanya(kihkih ayat klaka) korang try baca novel beliau mesti lepas tu korang nak baca lagi..pqah ada 3 novel karya SR nie iaitu










tapi pqah sedih sebab tak baca 1 lagi karya beliau iaitu



 p/s:entry kali ini hanya luahan hati semata-mata!!
      tiada kaitan diantara yang hidup atau pun yg telah meninggal dunia ^_^v peace

gunung berapi puyehue

assalammualaikum
korang pernah dengar gunung berapi puyehue tak??mesti korang pun tak pernah dengarkan... pqah pun tak pernah dengar nama gunung berapi tu tapi blog serius telah memberi pqah ilham untuk buat post hari nie..heehe.. gunung berapi puyuehue nie terletak di daerah Chile,korang pernah dengarkan nama tempat tu kalau korang peminat tegar bola sepak tentu korang pernah dgr punyalah.. tapi pqah  terpegun kejap tengok gambar yg cameraman tu ambil serius cannnntttiiiiikkk dan terrrammmaaat cantik oke!! serius tak tipu...oke kalau korang tak caya korang tengok sendiri..=D







macam mana puas hati =P..ngehehe
walaupun cantik tapi gunung berapi nie tentu banyak musnahkan harta benda dan nyawakan
apapun ini semua dugaan Allah swt untuk hambanya=)
oke assalammualaikum...

maharaja lawak terbaek



assalammualaikum
lawak gila la dgn lawak2 yang peserta maharaja lawak buat memang pecat perut la tadi tpi nabil dengan R2 out la mlm nie, pqah memang tak suka dengan nabil tu kekadang dia tu nampak macam buat lawak bodoh je sama la macam si amir tu.hahaha..dah la masa dia buat persembahan tadi dipaksanya orang tepuk tangan untuk dia betul-betul desperate la kan...dan paling pqah tak puas hati ada ke patut r2, jozan dengan jambu dekat bottom three patutnya nabil =P (betul ke nie sbb pqah tak tengok masa penyingkiran dia, kakak pqah yang cakap)..pqah target sepah,jambu ngan jozan akan masuk final sebab bila time dorang buat lawak je mesti pqah akan menangis..hahaha dan rasa nak terkeluar isi dalam perut..hahaha apa-apa pun maharaja lawak memang best5 sangat5..sedih rasanya sebab maharaja lawak dah nak abis, pqah harap tahun depan ada lagi maharaja lawak..oke assalammualaikum dan bye

untuk maklumat lanjut baik korang pegi ke website rasmi maharaja lawak

wahh!! pqah sudah buat banner


Photobucket




<a href="http://s1089.photobucket.com/albums/i344/syafiqah_yunus95/?action=view&amp;current=banner-1.png" target="_blank"><img src="http://i1089.photobucket.com/albums/i344/syafiqah_yunus95/banner-1.png" border="0" alt="Photobucket"></a>


tadaaa!! nie la banner yang pqah buat, walaupun tak cantik mcm korang punye, pqah puas hati sebab pqah buat banner nie atas usaha sendiri, oke la tu kan cubaan pertama pqah buat banner. sebelum nie pqah mana ada buat banner.. pqah create banner nie guna paint je pastu upload dkt photobucket, sebab notebook pqah mana boleh letak adobe photoshop bagai nie sebab dia punya space sikit je, bende2 tu semuanya berat2=D.. kalau korang nak ambil banner pqah nie letak dkt blog korang pun boleh, tiada syarat yg pqah kenakan kalau korang nk ambil banner nie, sesetengah blogger pqah tengok selalu kenakan syarat almaklum la dorangkan ramai follower, pqah nie follower ciput je..nghehe korang jgn la terasa pulak ye..oke sampai sini je pqah membebel nnti korang tak larat dengar pulak, pqah nie kalo membebel kalah nenek pqah tau..assalammualaikum n bye

sincerely:
              syafiqah yunus <3

tutorial sliding sidebar pada blog


tutorial datang lagi hehehe cuti skolah takde keje nak buat so pqah buat tuto je lah, sebelum tu tutorial pqah bagi credit  dekat jeritanblog.. pqah lupa sudah url untuk blog nie, korang pandai2 la cari sendiri gambar di atas tu ialah contoh gambar sliding sidebar , kalau korang  nak buat, sila tgk betul2 tutorial yg pqah bagi nie

kalau nak belajar tuto nie sila pegi ke tuto's oh tuto's
sekian terima kasih
oke sekarang masa utk relax =D